Saturday, November 28, 2009

:: Raya kali keempat kami di perantauan ::


BiLa UnTa dAh kEnE AnoRekSia,
KaMbINg mULa hyPerTensioN,
LEmBu pURa2 bUaT PsikO,
aYaM jE NaMpAk cOOL,
tU tAnDAnyA RaYa KoRbAn daH tIbA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
"كل سنة وانتم طيبين"

Kali ni dah masuk kali keempat aku beraya di bumi anbiya' ni. Dua kali raya 'aidilfitri dan dua kali raya haji aku pernah sambut di sini. Nak kata sedih sangat tu takde la sebab dah masuk kali keempat ni. Dah kalis dah untuk nak sedih-sedih ni. Ha ha. Tapi orang-orang tersayang di Malaysia tetap dalam ingatan. Terutama untuk mak dan ayah aku, selamat hari raya 'aidiladha maaf zahir dan batin. Alhamdulillah malam raya aku sempat jugak la call family aku di Malaysia. Alhamdulillah diorang semua sihat walafiat.

Sebenarnya aku ni dah terlewat kot untuk post pasal raye haji ni. Tapi untuk tatapan keluarga dan member-member aku, aku post kan jgk la. Nak tulis awal-awal hari tu memang tak sempat la sebab raya kat sini pun tak kurang meriahnya kalau nak dibandingkan dengan beraya di Malaysia (ayat bajet tenang tak balik raya). Malahan aku rasa raya kat sini lagi meriah kot. Tapi kalau raya puase kat sini memang tak meriah sangat la di kalangan rakyat Mesir. Terbalik pulak dengan Malaysia kan? Kali ni aku malas la nk menulis panjang-panjang. takdak mood! Aku just nk kongsi gambar-gambar aku dengan kawan-kawan yang beraya jauh di perantauan tahun ni. InsyaAllah raya puasa tahun depan aku nk raya kt Malaysia bersama orang-orang tersayang. Yeahhh...!!! InsyaAllah...



**********************************


-Malam raya-


the making of kuah kacang. anak-anak buah sedang mem'proses' kulit kacang. keh3.



tugas Azri untuk mencari resepi di internet. nak buat kuah kacang dan rendang daging. he he.



ha ha. akhirnya resepi untuk buat rendang berjaya ditemui Azri. RENDANG TOK...!



beliau tengah proses daging.



apa yang penting?? kerjaa sama!! ha ha ha.



akhirnya. kuah kacang siap. keh3.



rendang tok juga tak kurang lazatnya. lazatkah...??!! muhaha.


Pagi raya tu kami solat dengan arab je kat masjid. Tak same dngn sebelum ni kitorang solat dengan budak-budak melayu yang dianjurkan oleh persatuan pelajar melayu kat sini. Kalau solat dengan arab lepas subuh kejap je dah start. Awal woo...




**********************************



-Raya pertama-


nasi himpit yang tak berapa nak himpit kata beliau. ha ha ha



hidangan nasi himpit denga kuah kacang dan rendang buatan orang bujang.






**********************************



-Raya ketiga-


expert lah konon lapah daging unta. :P



ok. buat kerja elok-elok.



ok. potong elok-elok.



penat buat kerja lah sangat, minum la dulu.



minum-minum.



maaflah kalau mak ayah tengok gambar ni kabur sikit. :D



ok. Azri nak nyanyi lagu "Dedang Perantau" nampaknya.



Amin pon tak kurang berbakat lah sangat.


Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu aku sediakan. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan rakan-rakan yang baik kepada aku. Tanpa mereka semua di sini, mungkin raya tidak semeriah ini. Selamat hari raya dan terima kasih kepada ahli bait Mahattoh Mouyyah. Ahli rumah aku. Sekian.


Wednesday, November 25, 2009

"Abe Din" Dalam Kenangan,Kejohanan Kami Adakan



sebahagian peserta yg mnyertai kejohanan Piala Abe Din...aku main pakai selipar jepun je.. :P


Assalamualaikum.Pertama sekali aku nk mintak maap banyak2 la kt member2 aku yang join kejohanan "berprestij" ni sebab aku lambat post citer ni.Aku tahu yang korang ternanti-nanti kan.Kan3...??Hahaha...!!(koya blog soho)Ape2 pon inilah sedikit sebanyak yang dapat aku sediakan untuk korang.Aku memang betul2 x sempat nk post bende ni awal2.
Blog aku ni pn dh beberapa hari aku sendiri x view.Hanya orang2 yang berdekatan dengan aku je yang tahu kenapa.=P
Kejohanan ini diadakan bukanlah hanya untuk suka2 semata-mata.Ini adalah serius...!!"Piala Abe Din"....Walaupun orang lain hanya memandang sebelah mata sahaja pada perlawanan ini,tp bagi kami ia sanagt bermakna.Ini adalah tanda ingatan dan kenangan kami dengan "otai" Tanta kesayangan kami,Abe Din.Agak ramai juga yang telah datang untuk memeriahkan kejohanan yang hanya mungkin sekali ini sahaja diadakan kerana bagi kami sudah tiada lagi pengganti yang seumpama Abe Din.
Abe Din Umpama bapa kepada kami
di bumi ambiya' ini.Kalau nk diungkapkan kisah hidup Abe din
di sini x banyak bezanya dengan
watak utama filem Ketika Cinta Bertasbih,Khairul Azam.kate Abe Din junior (unjai) "bezo dio abe din x masok untuk ata duit ko keluargo dio".Itu je la yang aku sempat nk tulis kt sini.Kalau nk tahu lebih lanjut sila la rujuk (Abe Din junior) sebab beliau lebih tahu daripada aku.................


salah seorang pemain yang datang dari jauh.......BSA..??!!


mereka bermain dengan penuh bersemangat....!! :D


sehinggakan ada yang tercedera...??!! :(


Kini Abe Din tiada lagi di sini bersama kami.Setelah berjaya menamatkan pengajian di sini,Abe Din telah pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Malaysia.Kenangan kami dengan Abe Din terlalu banyak dan tak akan kami lupakan.

Abe Din dan anak-anaknya...hehe....

pergilah Abe Din.teruskan langkahmu............

Sekian...........

Friday, November 20, 2009

:: STAR-BIEL fc atau JUBAH fc? ::




masih lagi jersi pinjam



Bola. Bola. Bola. Tapi jangan salah sangka la plak. Blog aku ni bukan blog bola sepak la. He he he. Selepas setahun, akhirnya tercapai jugak la hajat team bola aku kat Mesir ni nak menyarung jersi kami sendiri. STAR-BIEL fc! Cuti musim panas tahun ni tak ramai kawan aku yang pulang ke tanah air. Mungkin mereka lebih seronok merayau-rayau di bumi anbiya' ini. aSambil melawat piramid yang masih gagah berdiri di padang pasir. 

Tapi beberapa orang kawan aku yang pulang bercuti ke tanah air pula mungkin berseronok dengan keluarga tercinta sambil mambalas dendam dengan memakan apa saja makanan yang tak ade di mesir ni. Nasi lemak? Nasi kerabu? Ayam percik? Tempoyak? Budu? Perrgghhh! Sungguh beruntung mereka yang pulang. Sudah setahun lebih aku tak membaham semua itu. Hari untuk aku pula membalas dendam insyaAllah akan tiba juga pertengahan tahun depan. Akan ku hentam secukup rasa. He he.

kami membuang waktu di piramid. jangan tgk kasut yg aku pakai. kah3!

Faiz Hamdan (bukan nama sebenar), adalah salah seorang kawanku yang pulang bercuti ke Malaysia pada tahun ini. Beliau adalah seorang ayam tambatan dalam pasukan star-biel fc yang telah banya k membantu kejayaan pasukan.Walaupun hanya menggunakan jersi yang dipinjam dari persatuan pelajar tempat kami belajar, tapi ia langsung tidak menghalang pasukan kami untuk merangkul juara piala exco 2009. Faiz (bukan nama sebenar) telah diamanahkan oleh kami untuk membeli jersi pasukan star-biel di Malaysia.  Selaku seorang yang sudah pro tentang bola sepak, dia sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menunaikan amanah membeli jersi ni.
Tapi.......

jersi a.k.a jubah mini kami. damnn!

Sungguh sadis aku melihat saiz jersi yang di beli Faiz (bukan nama sebenar). Apa dia ingat mentang-mentang kitorang tak balik cuti ke Malaysia ni badan boleh jadi macam arab ka? Jersi ke jubah ni wey? Jubah mini kah? Ha ha ha! Kesian sungguh kepada kami yan g setia menanti ni. Tapi tak apa. Kami masih belum terlambat sebenarnya untuk menempah kali yang ke 2 kerana Faiz (bukan nama sebenar) masih belum balik lagi ke Mesir. Hanya jersi kami je yang dikirim lebih awal kepada kawan kami yang lain, Waafi (bukan nama sebenar). Untuk tempahan ke 2 ni kami sudah menghantar maklumat lengkap kepada Faiz (bukan nama sebenar) tentang saiz dan warna yang diingini. Harap pasukan kami tetep kekal dengan nama "STAR-BIEL fc". Bukannya terpaksa ditukar kepada "JUBAH fc"!

kami bukan "jubah fc"



Monday, November 16, 2009

:: warna kulit tiada beza di sisi Allah ::


"Ikhwatuna fil islam" (kami bersaudara dalam islam). Itulah ungkapan yang aku dengar dari salah seorang kanak-kanak  kecil yang terbiar di tepi jalan di mesir ni. Mereka sangatlah kotor dan tidak terurus. Dua orang budak lelaki dan tiga budak perempuan sedang berkeliaran dekat denganku. Peergghh...!! Dalam hati aku tuhan je tahu. Duk tarik-tarik baju aku. Ya Allah. Dah la tangan tu kotor. Sebenarnye masa tu aku dengan member aku kat sini tengah rehat-rehat atas kerusi di tepi jalan sambil makan-makan dan minum-minum. Tapi member aku ni pulak duk layan budak tu. Aku tengok budak-budak tu macam terliur je tengok kami makan. Tapi apakan daya. Makanan yang dilahap tadi sudah habis. 


member klas aku. walaupun warna kami berlainan, kami etap bersaudara.



Ketike member aku tengah syok barangkali dikerumuni budak-budak arab ni, salah seorang kawan aku ni bertanya kepada salah seorang dari mereka. Seorang budak perempuan yang paling kecil. 

"Da akhuk wal leih?" (itu abang kamu atau siapa?)

sambil menuding jari kepada seorang budak lelaki yang agak besar dari kalangan mereka itu dia berkata. 

"La,walakin ikhwatuna fil islam!" (bukan,tapi kami bersaudara dalam islam!)

Tersentak aku seketika. Ungkapan begitu boleh keluar dari mulut seorang budak yang berumur dalam lingkungan 4 ke 5 tahun. Dah la budak tu nampak tak terurus dan kotor. Kalau di tempat kita di Malaysia pula bagaimana? Umur 5 tahun masih di tatang bagai minyak hitam. Tapi begitu lah kenyataannya. Ketika itu juga aku terus jadi tertarik untuk turut berbual-bual dengan mereka. Kami turut berikan mereka air yang kami bawa. Air je yang tiggal. Makanan dah habis. 

Aku rasa diri ini sungguh beruntung kerana dapat menulis blog sambil minum milo panas. Stok milo ni baru tiba dari Malaysia sebenarnya. Ha ha ha. Bagaimana pula dengan budak-budak tu? Apa yang sedang mereka lakukan ketika ini? Apa yang sedang mereka makan atau minum? Wallahua'lam... Semoga Allah bersama mereka.


gambar ni adalah realiti sebenar kehidupan kanak-kanak jalanan di Mesir. member aku yang candid.

Itulah antara pengalaman aku yang baru masuk tahun kedua di bumi berdebu ini. Sebuah negara yang mempunyai penduduk yang sungguh unik Bagi aku mereka tidak boleh dinilai dengan mata kasar. Walaupun kita dari tempat yang berbeza. Warna kulit berbeza. Bahasa pertuturan pun berbeza. Tapi...

Kita tetap bersaudara dalam islam. Banyak pengajaran dapat aku ambil dari kejadian tu. Diri ini insaf tatkala kejadian itu.

Saturday, November 14, 2009

:: BARCELONA dan aku yang "ANTI" real madrid ::

Barcelona...??Pasukan yg paling aku minati selain manchester united.Aku tak tahu la kenapa dngn member2 aku kat mesir ni boleh x suka dngn Barcelona dan fanatik sgt kat real *&^*#@.Adakah di sebabkan oleh pok do..??(cristiano ronaldo)Ataupun kerana real telah sanggup berbelanja besar pada musim ini untuk mendapatkan pemain2 dunia bertaraf bintang.Sehingga ratusan juta pound telah di belanjakan.Bukan pound MESIR yea kawan2...hahaha...Mungkin di sebabkan itu la kot mereka semua secara tiba2 menjadi fanatik terhadap pasukan real yg aku sgt ANTI ini.

Ape pun semua itu aku x peduli.Yg aku tahu.Barcelona adalah pasukan terbaik dan terkuat.Bayangkanlah kt sini aku x jumpa lg peminat Barcelona selain diri aku yg dhaif ni.kah3....!!Yang aku plg x tahan time nk tgk perlawanan kedua-dua pasukan ni.Walaupun kedua-dua mereka masih belum bertemu lg pada musim ini.Tp kalu time barca lawan je mst aku sorang je yg tgk.Kalau ade osmate aku yg join pn mesti nk kutuk barca punye.Panas btol aku.(koya tekke)Kalau time diorang layan real aku join la jgk.tp xde la kutuk2 mcm diorang tu.hahaha...!!=P Ape2 pn kite tunggu je la pertemuan pertama kedua-dua pasukan ni pada 29 NOV ni.Perlawanan PANAS...!!




:: Ma'alish Ya 'ammu (maaf wahai pakcik) ::

Pagi Jumaat kelmarin aku terasa sungguh bingung dalam kepala yang sudah agak bingung ini. Ha ha. Aku diajak oleh ahli bait(huosmate) aku untuk ke Tanta pada pagi itu. Huh! Dah la pada malam tu aku tak tidur langsung. Jarak dari Cairo ke Tanta tidak la jauh sangat. Lebih kurang 9okm je. Tapi kepala ini sungguh bingung pagi itu. Aku jalan ke bilik air nak mandi pun huyung hayang je. Niat di hati tak nak pergi je. Tapi aku gagahkan juga untuk pergi kerana tujuan kami untuk ke sana adalah untuk menghadiri jamuan senior yang kami sayangi yang akan pulang ke tanah air tak lama lagi, Abang Din. Cuaca agak sejuk pada pagi itu. Sebenarnya dah dekat pukul 1o pagi. Kami lewat turun pun disebabkan aku la. ha ha ha!

Sungguh berat hati ini meninggalkan internet yang berkelajuan tinggi yang kami miliki di rumah ni. Seperti meninggalkan isteri la plaks.(kalau isteri tak tinggl la kot) :P. Untuk ke sana, kami terpaksa menaiki tiga kenderaan. yang pasti ia tak melibatkan pacuan empat roda a.k.a 4x4 kerana bukan nak masuk hutan pun. Firstly, kami berlima naik bas untuk keluar ke jalan besar kerana di sana la baru kami akan menaiki metro.(kereta api bawah tanah) dan perjalanan ke sana tak lama pun. Hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Apa yang ingin aku ceritakan di sini hampir tiba. 

Bas yang kami naiki itu sebenarnya tersangat la padat. Seperti sardin yang sedang melepak di dalam tin. Kami naik melalui pintu belakang. Aku yang masuk terlebih dahulu dari kawan-kawan yang lain terpaksa di tolak oleh sardin-sardin arab yang lain. Yang aku paling bengang tahap babeng a.k.a cipan a.k.a seumpama dengannya pakcik yang bagi tiket tu bising-bising suruh masuk ke tengah bas lagi. "Khush guwwah..!! Khush guwwah..!!" ("Masuk dlm lagi..!! Masuk dalam lagi..!!") huh! Panas betol aku. Dah la kepala tengah bingung time tu. Nak masuk ke mana lagi? Bas dah penuh gila dah. Nak pecah dah bas tu aku agak. Dia tak habis-habis bising cakap macam tu lagi. Aku pn mungkin dalam keadaan separuh sedar kerana kebingungan bercampur bengang ketika itu terus menengking pakcik 2. "Rouh fein ya 'ammu..??!!" ("Nak gi mana lagi nya pakcik...??!!"). takde la kuat sangat laungan aku itu. Banyak mata arab lain yang memandang ke arah aku. 

Mungkin pelik dengan tindakan aku sebab aku bukan arab. Masa tu bas sudah hampir dengan tempat yang kami perlu turun. Kawan-kawan aku yang lain dah dapat turun melalui pintu belakang. Aku? Tengah tersepit di tengah-tengah raksasa busuk. Perghh! Arab beb! Dengan tenaga yang ada aku terus berjalan ke pintu depan dengan susah payahnya. Bas sudah meninggalkan tempat berhenti tadi. Akhirnya baru la aku dapat turun di perhentian kedua. Aduuh! Jauh woo kene pusing balik kat kawan aku. Stesen metro kat sana. Tapi kena pusing jugak la. Hmm. Dengan kesusahan yang aku alami itu baru aku terfikir balik kejadian atas bas tu. Tak patut sungguh aku buat pakcik tu macam tu. hu hu. Maafkan aku pakcik.(sedikit poyo bunyinya) :P


salah satu bas di sini

Ha ha ha. Sebenarnya aku tak tahu apa yang hendak aku post dalam blog aku hari ni. Sebab tu aku cerita je kisah bangang ni kat sini. Ikutilah sambungan perjalanan aku ke sana pada masa yang akan datang ye.(macam la laku sgt blog aku ni.) :P muhahaha..!!

hiasan semata-mata

p/s: bersambung. tu pun kalau aku rajin la. kah kah kah.

Friday, November 13, 2009

:: Blog. Blog. Blog. bla. bla. bla. ::

Assalamualaikum.

Ada apa dengan blog ni? Belog Amiyo? Hari ni tercapai jugak la hajat aku nak buat blog ni. Sebenarnya dah lama aku nak buat blog. Nak kata aku ni sibuk sangat sampai tak sempat nak buat benda ni? Wallahua'lam.

Cinta dan Murka Allah? Ape la maksud tajuk blog aku tu ye.sekarang belog|amiyo). Sebenarnya itu adalah tajuk sebuah buku ilmiah. Aku pau je tajuk tu letak jadi tajuk blog aku. ha ha ha. Sungguh berbakat diri ini. Banyak maksud tersirat dalam tajuk tu. Act, jadi peringatan untuk diri aku gak. Aku tak buat sebarang tema pun untuk blog ni.

Tema agama? Tema bola sepak? Tema jiwang?(x mungkin sama skali) Tema patriotik?(hahaha) Semua tu aku tak ambil kira pun dalam blog aku ni. Sebab aku akan post kan ape je yang aku rasa nak post. Contohnya pasal kehidupan aku dan kawan-kawan sebagai penuntut Al-Azhar di Mesir ni. Pasal keagamaan tu sudah tentu la aku akan jadikan sebagai salah satu dari kewajipan aku untuk aku post kan. Aku ni dh la nak berdakwah macam penceramah-penceramah hebat tak boleh. Naik depan then pegang mic. Fuuhh! Sudah pasti lutut ini akan menjadi longgar dan tak hairan la jika tiba-tiba mic yang aku pegang tu jatuh menyembah bumi.(itulah aku sebagai penuntut al-azhar) So, aku akan ambil peluang yang ada ini untuk aku berdakwah je lam blog milik aku ni. Akan diselang selikan juga benda melalut yang bakal di post kan. ha ha ha.

Mungkin lagi banyak yang aku nak melalut kot dalam blog ni nanti. Tapi sekurang-kurangnya ketika aku nak melalut dalam blog ni nanti aku akan melihat tajuk blogku ini. Mungkin menyebabkan idea-idea melalut yang akan ku taip tadi sedikit luntur. Tapi tak semua yang luntur kot..??!!


Aku ni bukan pandai sangat pun nak mengarang ni. Sebab dah lama tak buat karangan bahasa melayu yang Cikgu Fauzi suruh buat. ha ha. Kalau setakat chating aku tak hairan la. Semua orang pun boleh. Guna bahasa yang serba ringkas. Aku pun tak perasan yang aku tengah taip ni pun banyak perkataan yang aku ringkaskan. So, aku harap korang yang baca blog aku ni nanti jangan la dok komen pasal penulisan aku kat blog ni. (macam la ramai nk baca blog aku) Satu lagi pesanan. Aku ni anak jati kelantan. Korang paham-paham jela kalau aku tersasul ke pape ke. he he he.

huh. Seperti yang sudah termaktub tadi. Bakat aku dalam bidang penulisan sudah luntur. Dah la asal memang pudar. Ditambah pulak dengan kelunturan ni. Maka dikhuatiri tidak ada lagi la bakat menulis yang tersisa dalam diri aku ini.

Maka dengan lafaz bismillahirrahmanirrahiim, aku selaku pemegang share terbesar blog yang bertajuk "cinta dan murka Allah" merasmikan blog ini. Sambil minum kopi yg d buat oleh hosmate aku, aku tersengih-sengih membaca tulisan aku di atas.