Thursday, August 4, 2011

:: Ramadhan, bukan sekadar menahan lapar ::



Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)
 
 
 
p/s: bulan Ramadhan bukan sekadar menahan nafsu lapar, tapi nafu pandangan juga.
p/s/s: alhamdulillah aku seronok berpuasa untuk kali terakhir di perantauan :)
p/s/s/s: tiba-tiba teringat pak tam aku (kucing aku di Malaysia)

Wednesday, August 3, 2011

Tuesday, August 2, 2011

:: Hadis-Hadis Tentang Ramadhan ::

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."    


Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."



Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

 
Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya." 



-Halaqah.net-

:: kenangan Cairo ::

assalamualikum.
rasa tak patut la pulak kalau gua tak update blog gua yang 'femes' neh. bajet Hanis Zalikha kah? haha. sambil sambil gua layan ceramah Ustaz Azhar Idrus pepagi buta lepas subuh yang hening neh, gua taip la entri ni. macam berbelit la pulak ayat gua. lantaklah. agaknya ni la penangan lama tak menulis or menaip. :P

so, disebabkan skill mengarang gua ni dah tumpul, gua rasa macam nak stop je kat sini. gua cuma nak bagitahu gua nak kongsi sedikit-sebanyak gambar kenangan gua study di Cairo. gambar gambar berikut adalah bertarikh tahun lepas. untuk tahun ni. tunggu gua update tahun depan. sekian dan layan.


kalau nak nombor hp gua, mintak je dengan budak yang pakai
baju kaler biru. yang chinese look yang pakai baju keler ungu yang
duduk sebelah gua tu adalah russian. banyak lah pulak 'yang' gua.
-.-


ini pon russian. gua dah tak ingat nama beliau. yang gua ingat dua
budak kecik tu anak beliau lah. beliau datang study kat Cairo ni bawak anak
dan bini beliau dan beliau stedy. sebab bapak beliau kat Rusia ada
ladang anggur berpuluh ekar. pendapatan tahunan mencecah ratusan ribu
dollar. kata beliau lah. :D


Mc Delivery versi Egypt. pakai vespa.
stylo weh.


sekali sekala buat discussion atas rumput macam ni best jugak.
bola kat tengah tengah tu hiasan semata mata.
bukan untuk bermain.


okkay. gua dah malas nak upload dan tulis lagi. gu stop kat sini.
kalau rajin gua sambung entry ni.
terima kasih sudi singgah blog gua.

-sekian-

Monday, August 1, 2011

:: Rintihan Ramadhan ::

TUHAN!
Aku tidak tahu mengapa aku ini,
Aku berlainan sekali dari orang,
Setiap kali kedatangan Ramadhan
mereka menyambut dengan gembira,
Muka-muka mereka kelihatan ceria,
Tapi aku berlainan pula,
Kedatangan Ramadhan penuh dukacita,
Bukan aku benci dengan bulanmu,
Yang penuh dengan rahmat dan berkat,
Tapi aku benci dengan diriku,
Aku bimbang Ramadhan-Mu
aku tidak dapat mengisinya dengan sebaik-baiknya,
Aku rasa puasaku tidak sempurna,
Bahkan adakalanya aku rasa puasaku terbatal selalu,
Sembahyang yang aku bina tidak sah,
Tarawikh dan bacaan Al Quranku tidak sampai ke mana,

Tuhan!
Inilah yang menyelubungi hatiku,
Setiap kali kedatangan Ramadhan,
Aku tidak tahu apakah ini satu kesalahan,
Ampunkan aku Tuhan!
Maafkan aku!
Kalau ini satu kesalahan,
Pimpinlah aku,
Dan betulkanlah sikapku,
Sekali lagi aku memohon ampun dari-MU


-Nukilan Sahibuzaman-