Showing posts with label Ustaz Azhaz Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhaz Idrus. Show all posts
Saturday, July 21, 2012
:: Syarat Sah Niat Puasa ::
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Sunday, January 1, 2012
:: Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak (video inside) ::
*****************************************************
* Akan diupdate dari semasa ke semasa kalau ada kesempatan waktu dan sumber.
* Kehadiran dianggarkan lebih 70k jeww.
* Sumber web UAI dan You Tube jeww.
Labels:
isu semasa,
Ustaz Azhaz Idrus
Monday, October 3, 2011
:: beruntungnya orang yang ganjil ::
* Gadis melayu berniqab, ganjil?
* Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
* Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
* Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
* Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
* Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
* Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
* Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
* Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
* Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
* Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
* Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
* Gadis melayu ganjil?
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap
asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap
asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)
p/s: maka beruntunglah siapa yang ganjil :)
p/s/s: kredit to Ustaz Azhar Idrus.
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Friday, September 23, 2011
:: Amalan Yang Berguna Selepas Mati ::
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa
pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang
telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan
Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah
dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”
2. Bersedekah
Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku
telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau
menjawab, “Ya, dapat.”
3. Berpuasa
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki
menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal
dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah
aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab,
‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhnya hutang kepada Allah lebih
layak ditunaikan.
4. Haji
Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari
Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah
bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal.
Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab,
berhajilah untuknya. tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak
menerima pembayaran.”
5. Solat
Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah
s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada
mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada
mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya
perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka
dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”
6. Membaca al Quran
Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran
tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah
dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran
selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah
pahala bacaanku ini kepada. (nama almarhum dan almarhumah)
p/s: berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih ada.
p/s/s: artikel ini aku ambil dari Ustaz Azhar Idrus untuk dikongsikan dengan semua.
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Sunday, July 31, 2011
:: selamat menyambut bulan Ramadhan 1432 Hijrah dari belog|amiyo ::
assalamualaikum.
beberapa minit dari sekarang bakalan masuk waktu Maghrib. (waktu Cairo)
dan yea, Ramadhan hampir kunjung tiba.
harapan untuk Ramadhan kali ni biarlah lagi elok dari Ramadhan sebelumnya.
beberapa minit dari sekarang dah boleh untuk ke masjid,
solat terawih yang ditunggu-tunggu genap setahun akan bermula.
tapi solat Subuh berjemaah lagi dituntut daripada solat terawih berjemaah, ingat baik-baik.
beberapa minit dari sekarang.
beberapa minit dari sekarang.
yea, beberapa minit dari sekarang.
semoga Kau berikan kesempatan untuk diriku merasai kemanisan beribadat dibulan mulia ini.
jauhkan rasa malas dan nafsu jahat dari menguasai diri.
beberapa minit dari sekarang akan dirasai sekiranya Engkau masih meminjamkan nyawa untuk ku.
beberapa minit dari sekarang akan dirasai sekiranya Engkau masih meminjamkan nyawa untuk ku.
sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dalam memberi dan mencabut nyawa hamba-hambaMu.
*****************************
- niat puasa sebulan :
"sahaja aku berpuasa esok hari selama sebulan Ramadhan kerana Allah Taala... "
sesiapa yang terlupa niat pada mana-mana malam, puasanya adalah sah jika telah berniat sebulan seperti diatas.
- Solat witir afdhal dilakukan berjemaah dibulan ramadhan dan bersendirian dibulan-bulan lain.
- Siapa yang telah menunaikan solat sunat witir selepas terawih tidak boleh lagi mengulanginya di waktu tengah malam tapi boleh melakukan solat-solat sunat yang lain seperti tahajjud dan seumpamanya.
petikan niat puasa dan solat witir dipetik dari facebook
-Ustaz Azhar Idrus-
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Wednesday, July 20, 2011
:: Hukum Simpan Gambar perempuan [video inside by Ustaz Azhar Idrus] ::
Soalan :
Apakah hukum seorang lelaki menyimpan gambar seorang perempuan?
Jawapan :
Ada ketika dibolehkan dan ada ketika tidak dibolehkan. Sebagai contoh yang tidak boleh/haram, korang simpan gambar awek korang dalam wallet atau bawah bantal atau dalam handphone atau ikut suka hati la kat mana pon untuk korang tengok malam-malam buta sebelum tidur, atau untuk khayalan, atau untuk lepas kerinduan atau apa-apa seumpama dengannya adalah tidak boleh. Contoh yang dibolehkan pula, seorang majikan menyimpan gambar pekerjanya yang diserahkan ketika pendafaran atau untuk simpanan atas sebab perempuan itu adalah pekerjanya, atau yang seumpama dengannya adalah dibolehkan. Selain itu, jika minta gambar untuk ditunjukkan kepada ibu bapa kerana untuk masuk meminang adalah diharuskan juga pada syara'. Jadi, jelaslah yang tidak boleh seorang lelaki menyimpan gambar perempuan adalah untuk memuaskan nafsu. Sedikit pesanan untuk orang perempuan, jika mahu mengambil gambar pasport, lesen atau sebagainya di kedai-kedai gambar, sila pastikan korang ambil gambal dikedai orang islam selagi mana kedai orang islam itu ada. Bukannya di kedai orang kafr. Gambar orang perempuan, isteri kita, anak-anak dara kita, jangan dibiarkan gambar mereka berada dalam simpanan orang kafir. Kalauyang lepas-lepas tu tak apa. Pastikan yang akan datang tidak berlaku lagi. Kalau orang lelaki tidak apa. Ini adalah keran perempuan adalah aurat dan di dalam islam perempuan adalah sangat dimuliakan. Banyak jagaan di sisi syara'. Wallahua'lam.
p/s: gua hurai sedikit sebanyak soalan dan jawapan di atas.
p/s/s: untuk lebih jelas korang tengok dan dengar je video dari Ustaz Azhar idrus sendiri. wallahua'lam.
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Saturday, July 16, 2011
:: Hukum wanita ambil gambar by Ustaz Azhar Idrus ::
Soalan :
apa hukum jika fotographer wanita berkumpul sekali dgn fotographer lelaki dgn tujuan untuk pergi ambil gambar dan belajar sama-2 dan bukan niat untuk bersuka antara lelaki.
apa hukum jika fotographer wanita berkumpul sekali dgn fotographer lelaki dgn tujuan untuk pergi ambil gambar dan belajar sama-2 dan bukan niat untuk bersuka antara lelaki.
Jawapan : Oleh Ustaz Azhar
Tidak menjadi kesalahan wanita outing dengan syarat mesti ditemani oleh mahramnya dan menutup aurat dengan sempurna dan ketika TT tidak boleh duduk semeja melainkan bersama suaminya. Apa yang berlaku sekarang kaum wanita tidak mematuhi hukum2 agama apabila berouting. Dalam keadaan tidak menutup aurat kemudian bercampur gaul pulak dengan kaum lelaki dengan bergelak ketawa.

Sabda Nabi saw :Al-mar_atu auratun..
yg bermaksud : Kaum wanita itu kebanyakkan tubuhnya adalah aurat yg wajib ditutup.
yg bermaksud : Kaum wanita itu kebanyakkan tubuhnya adalah aurat yg wajib ditutup.
Natijahnya…Para fotog dimana saja berada tidak terlepas dari adab dan
hukum agama yg wajib dijaga samada suka atau tidak. Sebagai Muslim yg
telah mengucap dua kalimah syahadah mesti patuh pada ajaran agama. Agama
itu sendiri bermaksud cara hidup. Apa artinya beragama kalau cara hidup
tidak menurut lunas2 agama.
Wallahua’lam
p/s: macam biasa. gua akan share soal jawab atau artikel dari Ustaz Azhar Idrus.
p/s/s: moga bermanfaat untuk semua.
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Thursday, July 14, 2011
:: Temuduga Tertutup by Ustaz Azhar Idrus ::
Temuduga Sebagai 'Calon Jenazah'. Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian.
Kekosongan Jawatan:
1. Ahli Syurga Dari Awal.2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)
1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.
Lokasi Temuduga:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).
Kelayakan:
Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.
Panel/Penemuduga:
Mungkar Dan Nakir.
Enam Soalan Bocor:
1. Siapa Tuhan Anda?2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?
Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.
p/s: tazkirah atau peringatan malam Jumaat.
p/s/s: gua suka dengar dan kongsi artikel dan ceramah Ustaz Azhar Idrus.
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Wednesday, July 13, 2011
:: benarkah anda belum bertunang? ::
Soalan:
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi
gambar hiasan. ni kalau tak silap gua gambar tiga tahun lepas di Cairo.
saja buat gila berlakon kahwin. kalau mak bapak kami tengok
naya jugak ni gua agak. muka serius tak leh blah.
=__=
saja buat gila berlakon kahwin. kalau mak bapak kami tengok
naya jugak ni gua agak. muka serius tak leh blah.
=__=
PERTUNANGAN MENURUT SYARAK
Pertunangan di sisi syarak terbahagi kepada lima cara. Pertunangan boleh dikira jika berlaku salah satu dari cara berikut:
1- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
2- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
3- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
4- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
5- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
p/s: sumber perkongsian petikan dari iluvislam. untuk lebih lanjut klik sini.
p/s/s: video dari you tube adalah penerangan dari Ustaz Azhar Idrus.
p/s/s/s: semoga bermanfaat untuk semua.
p/s/s/s/s: tak payah intai gua dalam gambar hiasan tu. masa tu gua tengah snap gambar ni kot.
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Thursday, July 7, 2011
:: Hukum scan bayi dalam kandungan by Ustaz Azhar Idrus ::

Soalan : Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?
Jawapan : Oleh Ustaz Azhar. Tidak menjadi kesalahan melakukan scan kepada ibu2 yg sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan dengan syarat amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi tersebut dan mestilah di lakukan oleh doktor wanita. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram sekalipun suami ada bersama ketika scan dilakukan kerana scan ini tidak termasuk perkara dharurah.
Apabila keputusan scan telah di putuskan hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah swt yang bersifat dengan amat mengetahui segala perkara yang ghaib.
Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sesungguhnya hanya Allah swt yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan pada bumi”.
“Sesungguhnya hanya Allah swt yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan pada bumi”.
Artinya keputusan scan tersebut boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Ada beberapa kes yang telah di laporkan berlaku kesalahan berkenaan keputusan jantina yang akan lahir ini. Apabila telah diketahui jantina bayi pula, kita mestilah redha dengan apa jua jantina yang dikandung itu kerana anak adalah merupakan nikmat yang sangat besar dan suatu amanah yang sangat berat. Amalan berduka apabila mengetahui jantina anak tidak sebagaimana yang diingini adalah salah disisi syara’ dan ini merupakan amalan jahiliyyah sebagaimana umat2 musyrikin arab yang tidak suka apabila melahirkan anak perempuan sebagai contoh.
p/s: Jadi yang haramnya bukan terletak pada scan tersebut tetapi pada tindakan kita apabila mengetahui jantina anak samada masih didalam kandungan atau setelah dilahirkan.
Wallahua’lam
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Monday, June 20, 2011
:: Tips Perkahwinan by Ustaz Azhar Idrus ::
assalamualaikum
ni gua ada sedikit tips untuk gua kongsikan dengan rakan-rakan blogger yang dah kahwin dan yang akan berkahwin dan yang wajib kahwin dan yang bernafsu nak kahwin. yang tak nak kahwin langsung pergi main jauh-jauh. tips ni adalah daripada Ustaz Azhar Idrus. gua tak tahu lah kalau korang tak kenal ustaz ni. korang boleh pergi ke fan page ustaz di sini. korang jugak boleh tengok video-video ceramah terkini atau lama dari lain-lain ustaz termasuk juga Ustaz Azhar Idrus di sini. dan Ustaz Azhar Idrus adalah salah seorang feberet penceramah yang gua suka dengar. gua pernah post sebelum ni tips dari Ustaz Azhar Idrus di sini. semoga dengan ilmu dan amal ikhlas yang mencukupi dan disertai redha Allah, dapat memberi kita bekal yang secukupnya untuk dibawa kemuka pengadilan di akhirat nanti. insyaAllah. wallahua'lam.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Saturday, January 22, 2011
:: isteri solehah ::
soalan :
Assalamualaikum.
Ustaz,
Saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami & di redhai.
saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik utk menambat hati suami utk mewujudkan rumah tangga yg bahagia & diberkati?
Terima kasih.
jawapan :
w.salam
* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.
* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

wallahua'lam
*kredit to ustazazhar.com
*entry ini dituju khas kepada kedua dua orang kakakku dan kepada yang terlibat :)
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Subscribe to:
Posts (Atom)