Wednesday, January 26, 2011

:: Bahariya Explore 2011 ::

assalamualaikum dan samat pagi..

nampaknya gua akan meng off kan diri gua selama 3 hari 2 malam dari Cairo menuju ke Bahariya Oasis dan White Dessert. perjalanan ini akan bermula 26-Jan-2011(hari ini) hingga 28-Jan-2011(Jumaat). doakan perjalanan gua dan geng-geng gua yang lain selamat ya. insyaAllah

gambar di bawah adalah belah ehsan dari pacit Google. more picha kena tunggu gua balik dari sana lah.



Bahariya Oasis


White Dessert

Saturday, January 22, 2011

:: kacap terlabik ::



SAAT INDAH PERKAHWINAN.....

TERUNA : Akhirnya inilahsaat yg ku tunggu sekian lama
DARA : Apakah kau rela kalau aku pergi?
TERUNA : Tentu tidak! Jangan sesekali kauberfikiran begitu
DARA : Apakah kau mencintai diriku?
TERUNA : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
DARA : Apakah kau pernah belaku curang?
TERUNA :Tidak ! Aku tak akan melakukan halseburuk itu!
DARA : Mahukah kau mencium ku?
TERUNA : Ya !
DARA : Sayangku...!

SESUDAH 5 TAHUN PERKAHWINAN.....

(baca dari bawah ke atas pulak...muehehe...)


*credit

:: isteri solehah ::


soalan :
Assalamualaikum.
Ustaz,
Saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami & di redhai.
saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik utk menambat hati suami utk mewujudkan rumah tangga yg bahagia & diberkati?
Terima kasih.

jawapan :
w.salam
* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.
wallahua'lam

*kredit to ustazazhar.com
*entry ini dituju khas kepada kedua dua orang kakakku dan kepada yang terlibat :)

Friday, January 21, 2011

:: only in egypt part 1 ::


kalau nak cerita pasal Egypt ni memang takkan habis satu malam. sebab tu la gua terus je buat tajuk entry ni ade part 1, part 2 dan bla...bla...bla... sebelum gua datang sini dulu, ramai jugak yang berpesan kat gua macam macam. dan ape lagi. gua pon terbayang macam macam jugak la mengikut imaginasi kreatif gua. orang cakap kat Mesir makan roti je. diorang tak makan nasi. sebab tu badan diorang besar besar. ape lagi. gua bayangkan yang tinggi gua hanya separas pusat arab. ditambah pulak bayangan badan mereka mungkin berbulu bulu. kerinting! lebih kurang begitu la imaginasi gua ketika itu. senang lah nak takutkan dan rampas apa saja dari orang luar yang kecik kecik macam kite ni. tak kire la rampas or ragut or wateva. dan tak kira la rampas beg ke, jam ke, laptop ke, 'mahkota' ke dan ape saje. gua bagi contoh bukan gua reka reka. memang dah berlaku sepanjang gua di sini. tapi alhamdulillah tak pernah berlaku pada gua dan sahabat sahabat terdekat gua. na'uzubillah. dan yang pasti selepas gua datang kat sini gua dan rakan rakan memang makan nasi setiap hari. -.-

macam macam lagi lah orang lama lama duk cerita dekat gua dan rakan rakan yang laen pasal pantang larang di Mesir. dan semakin kreatif lah imaginasi kami berpusing dalam kepala. ustaz gua kat sekolah pernah cakap kalau duduk dalam kelas atau kat mane mane atas kerusi jangan silang kaki. nanti arab yang duduk sekali dengan kite ingat kite samekan tapak kaki dengan muka mereka. bagi mereka ini aib. pernah jugak terdetik dalam hati gua nak cuba try test betol kah macam ni? sebelum gua sempat try tu ade sekali member gua try dulu kat kedai makan. sekali beliau angkat kaki letak ats paha time arab nak amik order. alah macam awek duduk lepak kat kedai mamak lah silang paha tu. lebih kurang macam tu lah. beliau nak tengok lah macam mane respon arab tu. gua berebar jangan cakap lah macam tunggu turn nak bersunat. sekali arab tu datang terus tumbuk muka member gua. dan gua TIPU. takde respon ape ape pon sebenarnye. gua bukan nak cakap ustaz gua tipu, tapi mungkin sebab kami pelanggan kat kedai tu. kalau tak, harus jugak tangan arab yang bersaiz ikan pari tu singgah kat muka beliau. boleh pecah jerawat bujang yang tumbuh meliar kat muka beliau tu.



malam malam macam ni gua tak heran kalau gua tak leh tido. kalau gua lapar? tengok je lah kedai makan kat sini. 'OPEN 25 HOURS' . seven eleven kat Malaysia pon setakat 24 jam je bukak. gua pon tak berape nak pasti sangat dari mane lah beliau ambik lagi 1 jam. tapi mungkin jugak ini salah satu care beliau tarik pelanggan untuk ke kedai itu. orang ramai tengok sign board tu gelak sampai sakit perut kemudian jadi lapar. terus singgah makan kat situ. mungkin jugak begitu taktik beliau kan? tapi gua agaklah kan, takde kot arab yang gelak tengok sign board ni sebab diorang memang ingat sehari memang 25 jam. heh!

kadang kadang gua memang tak boleh nak pertikaikan mereka memang kreatif. err.. kalau tersangat kreatif payah jugak kan. sebab tu la kalau bab menipu gua memang tabik spring lah kat diorang. kalau dah kepala otak dah kreatif, senang lah nak putar belit. sekali sekala kalau time main bola lawan dengan diorang. best jugak belasah diorang sampai 16-0. tapi lepas je siap main senang senang je risult jadi 6-6. mereka mereka pon pulang lah dengan girang nya sebab perlawanan tersebut seri!!


kreatif bukan..??
~.~



*bersambung......

Tuesday, January 18, 2011

:: Kenapalah Engkau Malas Sembahyang? ::



Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang....


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang....


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

***************

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."


"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."


*sekali sekala gua share benda macam ni supaya kalau ade yang tengah berblog sekarang ni tak sembahyang lagi..silakanlah yer..credit to..