Monday, November 16, 2009

:: warna kulit tiada beza di sisi Allah ::


"Ikhwatuna fil islam" (kami bersaudara dalam islam). Itulah ungkapan yang aku dengar dari salah seorang kanak-kanak  kecil yang terbiar di tepi jalan di mesir ni. Mereka sangatlah kotor dan tidak terurus. Dua orang budak lelaki dan tiga budak perempuan sedang berkeliaran dekat denganku. Peergghh...!! Dalam hati aku tuhan je tahu. Duk tarik-tarik baju aku. Ya Allah. Dah la tangan tu kotor. Sebenarnye masa tu aku dengan member aku kat sini tengah rehat-rehat atas kerusi di tepi jalan sambil makan-makan dan minum-minum. Tapi member aku ni pulak duk layan budak tu. Aku tengok budak-budak tu macam terliur je tengok kami makan. Tapi apakan daya. Makanan yang dilahap tadi sudah habis. 


member klas aku. walaupun warna kami berlainan, kami etap bersaudara.



Ketike member aku tengah syok barangkali dikerumuni budak-budak arab ni, salah seorang kawan aku ni bertanya kepada salah seorang dari mereka. Seorang budak perempuan yang paling kecil. 

"Da akhuk wal leih?" (itu abang kamu atau siapa?)

sambil menuding jari kepada seorang budak lelaki yang agak besar dari kalangan mereka itu dia berkata. 

"La,walakin ikhwatuna fil islam!" (bukan,tapi kami bersaudara dalam islam!)

Tersentak aku seketika. Ungkapan begitu boleh keluar dari mulut seorang budak yang berumur dalam lingkungan 4 ke 5 tahun. Dah la budak tu nampak tak terurus dan kotor. Kalau di tempat kita di Malaysia pula bagaimana? Umur 5 tahun masih di tatang bagai minyak hitam. Tapi begitu lah kenyataannya. Ketika itu juga aku terus jadi tertarik untuk turut berbual-bual dengan mereka. Kami turut berikan mereka air yang kami bawa. Air je yang tiggal. Makanan dah habis. 

Aku rasa diri ini sungguh beruntung kerana dapat menulis blog sambil minum milo panas. Stok milo ni baru tiba dari Malaysia sebenarnya. Ha ha ha. Bagaimana pula dengan budak-budak tu? Apa yang sedang mereka lakukan ketika ini? Apa yang sedang mereka makan atau minum? Wallahua'lam... Semoga Allah bersama mereka.


gambar ni adalah realiti sebenar kehidupan kanak-kanak jalanan di Mesir. member aku yang candid.

Itulah antara pengalaman aku yang baru masuk tahun kedua di bumi berdebu ini. Sebuah negara yang mempunyai penduduk yang sungguh unik Bagi aku mereka tidak boleh dinilai dengan mata kasar. Walaupun kita dari tempat yang berbeza. Warna kulit berbeza. Bahasa pertuturan pun berbeza. Tapi...

Kita tetap bersaudara dalam islam. Banyak pengajaran dapat aku ambil dari kejadian tu. Diri ini insaf tatkala kejadian itu.

2 orang tengah bermadah:

Seri said...

assalamualaykum...
sedih gak cerita nie...
ada jgk terdetik keinsafan pada diri..
yela kita senang2 hdup dengan mewah..
tapi kita lupa bahawa ada yg lebih memerlukan dari kita...
so moral value for this story..
dont ever judge person by its colour,language,race or anything...
lain kali bawak la roti byk sikit..
bg sedekah kat diorg....
mereka tiada apa kecuali meminta dari org yg lebih mewah dari mereka..

iyllienaz said...

salam..wah..betol laa..budak 5tahun dah ckp mcm tu..mmg agak tekejut..mungkin keadaan budak td ngan budak2 laen berbeza..dye lebih memahami semua tu lebih awal lagi..ape2 pon, sgt bersyukur berada di negara yg bertuah ni..