Thursday, January 7, 2010

:: Sejarah Universiti Al-Azhar ::


Universiti al-Azhar (Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; al-Azhar al-Shareef, "Azhar yang Mulia"), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.

Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikanKaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.




Universiti al-Azhar ini diasaskan oleh dinasti Fatimid di Mesir, keturunan Fatimah, anak perempuan dari Rasul Nabi Muhammad S.A.W. Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar), dan universiti ini mengambil nama tersebut sebagai penghormatan kepada beliau.

Pengajian bermula di Al-Azhar pada bulan Ramadan, 975 AD. (Jami'ah) Universiti memiliki fakulti dalam Undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy), falsafah awal Islam, dan logik.

Pada abad ke-12, dengan kejatuhan dinasti Shia Fatimid, Sultan Saladin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi'ite.

Pada 1961, Al-Azhar dirombak kembali di bawah kerajaan Presiden Mesir ke-2, Presiden Gamal Abdel Nasser dan beberapa fakulti sekular di tambah ke universiti tersebut, seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian. Fakulti wanita Islam turut ditambah pada tahun yang sama.

0 orang tengah bermadah: