Saturday, July 2, 2011

:: i love egypt ::

assalamualaikum

yer. tajuk entry agak jiwang. tapi bukan seperti bayangan jiwang dari minda korang. sebenarnya, walaupun kadang-kadang (selalu kot) gua cemuh tinggal kat Mesir ni. tapi banyak perkara yang gua lagi suka kat sini yang mana memang tak ada di tanah air gua sendiri. meh gua list kan:

1. kat sini jumpa sapa-sapa pon bagi salam walaupun tak kenal hatta masuk kedai nak beli ayam pon bagi salam. kat Malaysia? jumpa bakal bapak mertua baru bagi salam penuh bertajwid. heh!

2. orang kat sini tak berdendam macam orang melayu. kalau gaduh, hempuk kepala dua tiga das pakai kapak pon boleh setle. asalkan beliau yang dihempuk tak mati. kalau melayu, mahu nya dendam sampai pakai bomoh bagai.

3. tapi kat sini kalau gaduh sampai bawak mati boleh dendam sampai 300 tahun. atau mungkin 7 ketrunan. ini realiti!

4. kat Malaysia minum air masak atau air tapis atau mineral. kat sini air paip. =__=

5. kat sini makan roti. best gak weh kalau beli yang panas-panas dari kilang. seposen dua bijik. kat Malaysia boleh dapat ka? ha ha ha.


6. hari-hari gua naik bas kat sini. tambang limaposen je weh. tak kira jarak dekat jauh. tempat kita? *limaposen duit sini. kalau gua convert mahu jadi tigaposen jek.

7. bagi gua kat sini syurga buah-buahan. err. maksud gua memang buah-buahan yang kat pokok tu. kalau summer boleh makan buah lain. kalau winter pulak buah lain pulak yang keluar. dan harga memang murah. kalau boleh hari-hari gua nak beli. balik letak dalam peti ais. bangun tidur tengok habis! =__=

8. semua orang tahu Mesir baru je lepas rusuhan. dan gua berada di sini ketika detik bersejarah itu berlaku. bagi gua Mesir memang negara yang mendapat berkat ulama'. 18 hari je kalau tak silap gua rusuhan selesai. yang gua pulak dapat tiket free pergi balik selama sebulan!


9. kat sini gua belajar tentang berdikari. pengalaman hidup bersendirian tanpa keluarga sangatlah manis bagi gua walaupun terselit kerinduan. makan, pakai, memasak, membasuh, membeli, membuat urusan dan segala 'mem' gua lakukan sendiri di sini. semua itu mengajar gua erti hidup di awal usia lagi. maksud gua semua ini gua hadapi bersama rakan-rakan. kawan adalah keluarga di sini. he he.

10. kat sini banyak makanan semulajadi sebagai ubat kuat! kat Malaysia ada? tongkat ali! ha ha ha!

sekian sepuloh perkara gua kongsikan dengan korang. sepuloh perkara yang menyebabkan gua terpaksa mengatakan gua agak sukakan Mesir. kalau gua tulis banyak-banyak pon belum tentu korang baca sampai habis. ada masa dan kalau gua rajin nanti gua kongsikan lagi. gua nak kena study untuk final. ada lagi tiga kertas. sekian.

p/s: bukan semua sepuloh-sepuloh gua suka. kah kah kah.

15 orang tengah bermadah:

Ceiler Mun said...

serius teringin nak pi sana.. kawan aku pon ada dok belajar kat sana..

good luck untuk final.. :)


p/s: aku baca sampai habis.. heheh!!~



^^

Wanie said...

haha..minum air paip tu mesti tak suke pun kan?

harap ade peluang pergi sane nanti..:)

Anonymous said...

bilaa dah tahun akhir memang rasa sayang tu otomatik mai..sayang utk tglkan satu tempat yang pernah jadi negeri kita bermastautin, lagipon setiap tempat ada keistimewaan masing2 eventho byk tak istimewa..haha..

balik taw nieee..ai tunggu..haha

Sunah Sakura said...

kat sini pun kalo student international arab, masuk kedai je ucap salam..walopun tak kenal..bagus kan budaya diorang..

eh, tu roti ke? macam pelik pulak..

wahida said...

suka baca n3 ni, tetiba rasa duk Mesir lak...hehe...

bab roti tu yg best..panas2 dari kilang...ishhh, rasa nak try jer...

Anonymous said...

nt balik mesia tolong tapau kan roti tu yek..cicah kari sedappppppp

HEROICzero said...

tp gua teringin nak makan roti kat sana. nampak panas2, gebu2. hahaha.

Akunyer said...

mak ayah je belajar sana... dorang suh saya belajar kat Malaysia.. tapi teringin nak p sana... at least kalau tak dapat belajar dapat tengok tempat orang pun dah kira ok :)

shawarma..falafil... huii sedapnya :)

ghost said...

pernah makan roti arab,eh rasanya dari turki,masa kerja kat pelabuhan dan melawat kapal dari turki..
sekalipun turki dalam kesatuan europe tapi sedikit sebanyak pengaruh arab tuh masih kuat..

vampire's lovex said...

kan !! dorang air paip ilekkk je..

roti pon jemur2 kat lantai je..

gaduh kejap je...

banyak plak je..kbai hahaha

Nor Darus said...

saya bace sampai abis..pepun pengalaman tu tak kne bayar kan wlaupon dpt byk mane...best2...

:: cikNuurul :: said...

rndu kenangan kt sne,.huhuu,..kdg trmenung teringtkn bumi Anbiya',..ermm,.siyes rndu,.

psst my secret said...

salam..kito xse kecek banyok,.jz nok oyak bau budu weh masok blog nih..kikiki :D

psst my secret said...

salam..kito xse kecek banyok,.jz nok oyak bau budu weh masok blog nih..kikiki :D

psst my secret said...

salam..kito xse kecek banyok,.jz nok oyak bau budu weh masok blog nih..kikiki :D