Saturday, January 23, 2010

XPDC Semenanjung Sinai 2010


"dan adakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi ini dan
memperhatikan akibat (yang dikenakan) kepada orang-orang
yang sebelum mereka"
(Surah al-Rum/ayat 9)


MALAM
11:30 p.m :Berkumpul di Markaz
12.30 a.m :Ekspidisi Sinai bermula
5.30 a.m :Melintasi terowong Syahid Ahmad Hamdi
6.00 a.m :Berhenti solat subuh



HARI PERTAMA
8.00 a.m :Berhenti di Terusan Suez
8.30 a.m :Bertolak ke St. Chaterine
9.30 a.m :Tiba di Kubu Lama Israel (Noktah Hasyinah)
10.15 a.m :Hammam Firaun,'Uyun Musa & Hammam Musa
2.00 p.m :Maqam Nabi Salleh a.s
2.30 p.m :Maqam Nabi Harun a.s & kesan Lembu Samiri
3.40 p.m :Solat Jama' & makan tengah hari di Wadi Muqaddas
4.00 p.m :Bertolak ke Mata Air 12 & Wadi Arbain
6.00 p.m :Solat Jama' di Wadi Muqaddas
8.00 p.m :Makan malam
12.30 a.m :Mendaki Jabal Musa


Terusan Suez


Terusan Suez (bahasa Arab: قناة السويس) (Qanā al-Suways), merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), berfungsi diantara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.

Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropah dan Asiatanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut secara kenderaan darat diantara 2 laut tersebut.

Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah.



di Kubu Lama Israel....

Kubu lama tentera Israel yang kalah kepada Mesir dalam peperangan tiga penjuru.Di sini terdapat peralatan-peralatan perang tentera Israel seperti kereta kebal,senjata seperti meriam dan sebagainya.Ia adalah salah satu tempat pelancongan yang masih dikekalkan oleh kerajaan Mesir hingga ke hari ini.

di kaki bukit sebelum mendaki....tggu pkl 12 daa....

Gunung Sinai dikatakan terletak di Semenanjung Sinai, laluan antara Tanah Mesir ke Israil, Arab dan Mesopotamia. Gunung setinggi 2,285 meter ini turut dikenali dengan nama Jabal Musa (Gunung Nabi Musa).

sejuk woo...pakak2 msk utk mkn sblm mendaki...

separuh pendakian....

alhamdulillah..sampai di puncak gunung sinai..tahun ni ado salji...
yeahh...!!

sejuk x terkata...setelah byk cabaran yg d tempuh..akhirnya sampai jgk d puncak..
kami d maklumkan semalam seorang pendaki mati sbb jatuh ketika mendaki...
fuuhh...!!"Burdah Bergema Di Puncak Sinai" juga boleh dilihat di blog DPM...

Gunung Thursina (Jabal Musa) merupakan tempat suci di dataran Sinai.Di sinilah Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah s.w.t sebagaimana yang di nyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud; "Sesungguhnya aku inilah tuhanmu,maka tanggalkanlah kedua terompahmu sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci,Thuwa".Di dalam al-Quran,Allah Taala merakamkan kalimah Thur Sina antaranya:- Firman Allah Taala;"Dan pohon kayu keluar dari Thur Sian (pokok zaitun) yang menghasilkan minyak dan sumber makanan bagi orang yang makan"."Dan Kami telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan Kami mendekatkannya kepada Kami diwaktu dia munajat (kepada Kami).""Hai Bani Israel,sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu sekalian dari dari musuhmu,dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu sekalian (untuk munajat) di sebelah kanan gunung itu dan Kami telah menurunkan kepada kamu sekalian manna dan salwaa"."Dan tiadalah kamu berada berdekatan gunung Thur ketika Kami menyeru (Musa) tetapi (Kami mengetahui kehendakmu) sebagai rahmat dari tuhanmu,supaya kamu memberi peringatan kepada kaum yang sekali-kali belum datang kepada mereka sebagai pemberi peringatan sebelum kamu agar mereka ingat".
Kawasan ini terletak pada ketinggian 2285 meter daripada permukaan laut.Udaranya yang dingin dan nyaman terserlah apabila seringkali diliputi salji pada musim sejuk di puncaknya.Kawasan ini juga menempatkan maqam Nabi Salleh dan Nabi Harun alaihuma salam.Kawasan ini juga terdapat lembaran sejarah keingkaran Samiri di mana tempat patung i'jil (anak lembu yang disembelih oleh Samiri) ketika Nabi Musa selesai bermunajat kepada Allah Taala selama 40 hari di atas bukit.Di sini jugalah dikatakan terdapatnya pohon suci yang telah dinyatakan di dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya;"Dan pohon kayu keluar dari Thur Sina (pohon Zaitun) yang menghasilkan minyak, dan sumber makanan bagi orang yang makan".


gayat woo....

HARI KEDUA
6.00 a.m :Menuruni Jabal Musa
6.15 a.m :Tiba di perkampungan Nabi Ilyasa'
8.00 a.m :Tiba di kaki bukit
9.00 a.m :Rehat dan bersiar-siar
10.00 a.m :Bertolak ke Dahab
2.00 p.m :Tiba di Dahab
2.30 p.m :Pembahagian penempatan (Bishb Shi Resort)
3.00 p.m :Solat jama'
3.30 p.m :Makan tengah hari
8.00 p.m :Menikmati malam di Dahab (menikmati seafood di Dahab)
9.00 p.m :Makan malam & khidmat diri


siap2 nk tubik plop.....(Bishb Shi Resort)

melantak seafood di Dahab.....

malam di Dahab...

Bishb Shi Resort...(resort air masin)wakaka....


HARI KETIGA
6.00 a.m :Solat subuh berjemaah
7.00 a.m :Kudapan pagi
8.00 a.m :Bersiar-siar di Dahab.(snorkeling,menunggang kuda & lain2)
9.00 a.m :Rehat dan bersia-siar
12.00 p.m :Soalt jama' & makan tengah hari
1.00 p.m :Bertolak ke Taba
3.00 p.m :Melawat Qal'ah Salahuddin al-Ayubi
5.30 p.m :Solat jama' dan bertolak pulang


snorkeling dlu spuko....

perkampungan Salahuddin al-Ayubi...

pok cek wt macho...(koya macho)... :P

ambik angin di kubu Salahuddin.....hehe...

subhanallah...di puncak kubu...

teringat ore jauh ko...??
:P

dont try dis at home.......

naik kapal skali-skalo.....

jom balik....bas tgh tggu dh 2....

sek2 koya macho.... :P
x sabar nk balik dh...penat...~

*sumber maklumat adalah dari pengalaman aku sendiri,buku xpdc yg di beri oleh penganjur dan wikipedia.
*sumber gambar dari kamera aku sendiri,kamera dean dan iphone dean.
*sebenarnya kami pulang pada hari keempat sbb tersangkut d hentian terakhir.sbb tanah runtuh.
*alhamdulillah.kami pergi dngn selamat dan pulang dngn selamat.


"dan adakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi ini dan
memperhatikan akibat (yang dikenakan) kepada orang-orang
yang sebelum mereka"
(Surah al-Rum/ayat 9)

0 orang tengah bermadah: