Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

:: The Ray Ban ::


assalamualaikum.

internet rumah gua memang cari pasal dengan gua. lu main chipsmore dengan gua yer. sekejap lu ada sekejap lu takdak. ni dari semalam lu takdak. nasib baik sempat gua pau broadband Vodafone member gua neh. 

entah dapat ke tidak gua siapkan entry ni pakai broadband yang dah sah memang lembab. kali ni masih lagi dalam mud entry bergambar. siapa-siapa internat slow macam gua, padan muka! ha ha ha. so, layanlah entry bergambar gua kali ni. 'The Rayban'.

-Irfan-


-takkan tak kenal tuan belog|amiyo. aku sekeh kang!-


-kembatolo-


-bai-



-zamri-



-amin-







-arull-





p/s: kontek gua kalau nak nombor tepon depa. kah kah kah.
p/s/s: nampaknya senang jugak update entry bergambar. tak perlu taip panjang berjela bagai.
p/s/s/s: saja gua nak test kelajuan internet korang. :P

Saturday, July 23, 2011

:: cuti-cuti perantau ::

assalamualaikum.

gua pon tak pasti kenapa semenjak dua menjak ni gua lagi suka blogwalking dari update entry baru. padahal nak update entry bukan susah pon. kalau ada gambar sekeping pon dah boleh dibuat entry yang panjang berjela gua agak. gambar apa-apa pon tak kisah. asalkan boleh dibuat modal entry. 

tapi untuk entry kali ni gua ingat nak taruk gambar banyak-banyak lah. suka hati gua lah blog gua. tapi kalau part upload gambar dari dslr ni memang gua menyampah sikit. gambar memang cantik. tapi berat. kalau makan nasik mahu gua tambah dua kali baru siap upload tiga keping.

apa pon dengan agak rajinnya kali ni gua nak kongsi gambar gua and the gang pergi "cuti-cuti perantau". lepas ni terus sambung blogwalking balik. rajin kan gua? apa-apa pon layan.


 dalam perjalanan menuju ke destinasi. Hurgada. 7 jam perjalanan dari Cairo.


 sampai destinasi terus check in hotel. gambar ni pemandangan dari hotel kami. muehehe.


 lunch dulu sebelum merantau. makanan versi Indonesia. sedap! tapi masih tak dapat menampung perut gua. ha ha ha.


 ok. siap lunch terus berlari menuju ke pantai yang berhadapan dengan hotel. lepak-lepak dan mandi- mandi. 


 keesokan hari. naik bot menuju Paradise Island. mandi, lepak, dan snorkeling. kami sewa 3 bot.


 dalam bot pon sempat tidur sebab 1 jam jugak nak sampai ke destinasi weh. =__=


parking dulu sebelum naik bot kecil untuk ke pulau. cuba teka mana satu bot yang gua tunggang naik?


now. snorkeeling time! abaikan gaya terjun malam pertama yang member gua buat tu.



p/s: sekian. 
p/s/s: untuk kali ni gua masukkan gambar pemandangan je. takdak gambar kitorang melainkan yang last tu je. spesel. ha ha.
p/s/s/s: kalau gua rajin adalah sambungannya nanti :P
p/s/s/s/s: internet korang perlu laju gila untuk layan entry ni. muehehe.

Friday, July 22, 2011

:: im back ::

assalamualaikum.

hai readers blog gua yang cantik dan kacak. walaupun readers blog gua takde la sampai 20k sehari macam blog femes-femes tu. gua tetap bangga dan berterima kasih untuk korang ok. untuk readers blog gua, im back! keh keh keh!

back dari mana? kan gua dah cakap gua pergi sini. so, gua baru balik la ni. kalau ada masa nanti gua update pasal journey gua tu. tu pon kalau gua rajinlah. sebab kadang-kadang gua memang malas nak tunggu upload gambar berat-berat dan banyak-banyak ni. sebab internet rumah gua memang agak slow semenjak dua menjak ni. dah nama pon gua pergi travel, mesti la update bergambar. tengok lah dulu nati macam mana. :P
ok. penat gua pon masih belum hilang habis. kulit pon hangus hitam legam gua agak. (putih la konon-konon). jadi gua rasa blog gua agak sunyi sebab gua dah tak blogwalking 2 3 hari ni. jom ikut gua jalan-jalan blog sekarang. babai. stay tuned!

atas kapal. ok.  babai.


Friday, July 15, 2011

:: burung marah gila ::




assalamualaikum.

hai. apa khabar readers gua yang kacak dan comel? korang buat apa hari minggu macam ni? owh kalau kat pantai timur memang Jumaat dan Sabtu adalah hari minggu. yang lain-lain tu sabar je la yer. yang gua ni pulak tak dak beza hari minggu ke tidak. memang gua makan, tidur, bangun je kerjanya. tak payah ngengada nak jeles dengan gua. gua memang tengah cuti sekarang ni. tengah tunggu risult final exam. cuak gila.

pernah layan cerita omputih bertajuk Prison Break? ada empat seasons kalau tak silap gua dan semua gua khatam. kah kah kah. best weh cerita tu. geng-geng gua download dan gua layan sampai muntah. dah satu season berbelas episod. mana tak muntah kalau empat seasons gua layan direct. bengkak mata pon tak apa weh. terukkan perangai gua.
 
eh macam tak berkait je dengan tajuk entry gua. macam ni lah. sebelum gua melalut lagi jauh. gua memang tak boleh kalau dah bukak 'creat new post' memang tangan gua jalan je atas keyboard ni. lepas demam drama dah habis, keluar la pulak game Prison Break ni. memang best gila. kalau tak minat game pergi main jauh-jauh. ok gua gurau. game ni memang betul-betul ikut jalan cerita yang asal. memang perlukan strategi dan kepantasan. gua apa lagi. gunakan sebaik mungkin masa cuti ni dengan mngadap benda ni. kalau mak gua kat Malaysia tahu dah tentu-tentu beliau suruh gua balik terus. +__+

ok la bagi gua kalau nak gila game yang mencabar minda macam ni. tapi gua agak pelik jugak dengan manusia-manusia yang tengah menggila dengan game Angry Birds! gua pun tak tahu la macam mana game ni boleh jadi fenomena sekarang ni. sampaikan habis segala benda nak ada gambar burung gila ni. dari baju, spender, laptop. henpon. sampaikan gua pun main sekali. arghh! damn! 

susah jugak gua nak agak tahap gila game burung marah gila ni. kalau tahap member gua, biasa lah kalau setakat ajak lunch memang tak berganjak lah dari bertapak depan laptop. ingatkan tengah webcam dengan buah hati ka. maksud gua mak bapak di Malaysia. rupa-rupanya tengah hadap burung marah! gua delete kang menatang Angry Birds neh. ha ha ha. 

untuk sesapa yang tak tahu apa itu Angry Birds. korang pergi tanya pakcik gugel. kalau nak try demam jugak korang try download dan try lah hadap benda ni. kalau antibody korang kuat macam gua, korang takkan gila kan game sengal macam burung marah ni!



p/s: gua dah masuk stage dua main game Prison Break. mu ha ha ha.
p/s/s: baru gua perassan yang gua selalu up gambar kaler kuning sehari dua ni. dah la tulisan dah kuning. =__=
p/s/s/s: tak sabar gua nak berangkat ke Hurgada 19/7 ni. sila jangan jeles.
p/s/s/s/s: hari ni turn gua masak dan gua lewat masak disebabkan game burung marah gila ni. damn!
p/s/s/s/s/s: banyak gila 'p/s' gua kali ni. ada yang gua tipu kot.

Wednesday, June 8, 2011

:: Ziarah Maqam Auliya' ::

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Dalam kesempitan waktu ini wujud lagi kesempatan untuk gua update blog. Kebelakangan ini memang jarang sangat gua nak update blog yang bersawang ni. Nak buka blog gua sendiri ni pun gua malas. Apa lagi gua nak blogwalking. Gua sekarang memang tengah mode exam yang melampau. Imtihan Syahadah a.k.a Final Exam semakin menghampiri. Gua memang cuak gila. Apa yang gua harapkan moga-moga Allah memberikan yang terbaik untuk gua dunia akhirat. Amiin.


Tiga hari yang lepas, tanggal 5/6/2011, hari Ahad, gua dan geng-geng gua yang sama-sama akan berjuang pada final exam nanti sempat lagi melawat maqam para ulama'. Pernah dengar perkataan 'tawassul'? Sedikit keterangan mngenai 'tawassul'. Syeikh Hasanin Makhluf dalam fatwanya menegaskan :
“Bertawassul dengan zat para Nabi dan orang-orang soleh dengan pengertian memohon syafaat dengan zat-zat mereka sebagai satu cara untuk memohon hajat kepada Allah kerana melihat kepada hampirnya mereka dan mulianya mereka di sisi Allah seperti dengan seorang itu berkata; ‘Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawassul kepadaMu dengan NabiMu atau dengan si fulan hambaMu yang soleh agar Engkau menunaikan hajatku atau mengurniakan rezeki kepadaku, atau menyemuhkan penyakitku’, maka tawassul sebegini atau seumpamanya adalah harus dan tiada apa yang menegahnya”. -sumber-

Baiklah. Sudah faham apa yang dimaksudkan dengan 'tawassul'? Apa pula kaitan 'tawassul' dengan entry gua ni? Final exam kan dah dekat. Dengan kesempatan kami yang dah study di Mesir ni, kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin. Gua and the gang melawat maqam-maqam para ulama' ini sambil bertawassul. Memohon kejayan final exam nanti dan kejayaan dunia akhirat. InsyaAllah.

Gua memohon maaf jika ada yang bercanggah dengan keharusan 'bertawassul' ini. Apa-apa pun Allah memberikan akal fikiran untuk kita berfikir membezakan baik dan buruk. Yang pasti, bertawassul bukan lah memohon sesuatu kepada 'alim ulama' yang sudah tiada. Tetapi memohon 'direct' kepada Allah subhanahuwataala dengan keberkatan para ulama'. Wallahua'lam. Layanlah sedikit sebanyak gambar kami. Dalam perenggan last ni baru gua perasan yang penulisan dalam entry gua kali ni agak skema. =__= Sekian.



kami dan van kami. :D


gua dan bukan pakcik gua.


maqam sultan.... ?? err. gua lupa.


mereka sedang khusyuk.


di pintu masuk maqam Sultan Hanafi.


posing berhampiran dengan maqam Imam Syatibi Rahimahullah.


singgah makan bekal yang kami bawa. lapar doh!


maqam Imam Syafie Rahimahullah. imam mazhab yang kita ikuti.


beli air jap. dahaga weh musim panas ni!


Power Rangers!


Saturday, November 28, 2009

:: Raya kali keempat kami di perantauan ::


BiLa UnTa dAh kEnE AnoRekSia,
KaMbINg mULa hyPerTensioN,
LEmBu pURa2 bUaT PsikO,
aYaM jE NaMpAk cOOL,
tU tAnDAnyA RaYa KoRbAn daH tIbA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
"كل سنة وانتم طيبين"

Kali ni dah masuk kali keempat aku beraya di bumi anbiya' ni. Dua kali raya 'aidilfitri dan dua kali raya haji aku pernah sambut di sini. Nak kata sedih sangat tu takde la sebab dah masuk kali keempat ni. Dah kalis dah untuk nak sedih-sedih ni. Ha ha. Tapi orang-orang tersayang di Malaysia tetap dalam ingatan. Terutama untuk mak dan ayah aku, selamat hari raya 'aidiladha maaf zahir dan batin. Alhamdulillah malam raya aku sempat jugak la call family aku di Malaysia. Alhamdulillah diorang semua sihat walafiat.

Sebenarnya aku ni dah terlewat kot untuk post pasal raye haji ni. Tapi untuk tatapan keluarga dan member-member aku, aku post kan jgk la. Nak tulis awal-awal hari tu memang tak sempat la sebab raya kat sini pun tak kurang meriahnya kalau nak dibandingkan dengan beraya di Malaysia (ayat bajet tenang tak balik raya). Malahan aku rasa raya kat sini lagi meriah kot. Tapi kalau raya puase kat sini memang tak meriah sangat la di kalangan rakyat Mesir. Terbalik pulak dengan Malaysia kan? Kali ni aku malas la nk menulis panjang-panjang. takdak mood! Aku just nk kongsi gambar-gambar aku dengan kawan-kawan yang beraya jauh di perantauan tahun ni. InsyaAllah raya puasa tahun depan aku nk raya kt Malaysia bersama orang-orang tersayang. Yeahhh...!!! InsyaAllah...



**********************************


-Malam raya-


the making of kuah kacang. anak-anak buah sedang mem'proses' kulit kacang. keh3.



tugas Azri untuk mencari resepi di internet. nak buat kuah kacang dan rendang daging. he he.



ha ha. akhirnya resepi untuk buat rendang berjaya ditemui Azri. RENDANG TOK...!



beliau tengah proses daging.



apa yang penting?? kerjaa sama!! ha ha ha.



akhirnya. kuah kacang siap. keh3.



rendang tok juga tak kurang lazatnya. lazatkah...??!! muhaha.


Pagi raya tu kami solat dengan arab je kat masjid. Tak same dngn sebelum ni kitorang solat dengan budak-budak melayu yang dianjurkan oleh persatuan pelajar melayu kat sini. Kalau solat dengan arab lepas subuh kejap je dah start. Awal woo...




**********************************



-Raya pertama-


nasi himpit yang tak berapa nak himpit kata beliau. ha ha ha



hidangan nasi himpit denga kuah kacang dan rendang buatan orang bujang.






**********************************



-Raya ketiga-


expert lah konon lapah daging unta. :P



ok. buat kerja elok-elok.



ok. potong elok-elok.



penat buat kerja lah sangat, minum la dulu.



minum-minum.



maaflah kalau mak ayah tengok gambar ni kabur sikit. :D



ok. Azri nak nyanyi lagu "Dedang Perantau" nampaknya.



Amin pon tak kurang berbakat lah sangat.


Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu aku sediakan. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan rakan-rakan yang baik kepada aku. Tanpa mereka semua di sini, mungkin raya tidak semeriah ini. Selamat hari raya dan terima kasih kepada ahli bait Mahattoh Mouyyah. Ahli rumah aku. Sekian.