Monday, March 21, 2011

:: empat tempat bacaan unik dalam Al-Quran ::

Assalamualaikum wbt.


Hari ni dah baca Al-Quran ke belum? Kalau sudah bagus sangat, kalau belum, tinggalkan lah sebentar dunia dan berilah sedikit masa kita untuk mendekatkan diri dengan Allah. Bukan kena baca satu juz dalam satu masa, ikut kemampuan.

Ok lah kita ni manusia banyak lagi yang tak tahu dari tahu macam gua ni haa. Di dalam al-Quran ada 4 tempat bacaan yang unik sedikit berbanding bacaan biasa. Alhamdulillah, ilmu yang amat berguna ni di perolehi dari sini (Thanks!). Jom kita cek apa bacaan yang selama ni kita sedar ke tak betul salahnya. Jangan main langgar je.



1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

************


2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

**********


3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

**********


4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)

_______________________________________


p/s: sebenarnya gua terjumpa ada hamba Allah yang buat entry ni dan gua kongsikan. sebab jujur gua cakap kalau nak buat entry yang memerlukan sedikit kajian macam ni memang agak sukar dan gua agak malas sebenarnya. kalau nak lebih yakin dan pasti bacaan korang tu. korang kenalah rajin rajin pergi berguru dan baca dengan guru Al-Quran yang berpengalaman. dengan kata lain korang ber'talqqi' lah dengan guru guru Al-Quran ni. insyaAllah bacaan korang akan lebih baik. sebab sebagai contoh la. sebutan maghraj(tempat keluar) huruf bukannya boleh diajar melaliu tulisan. lebih tepat kalau dilihat 'direct' pada mulut guru Al-Quran itu sendiri bagaimana sebutan huruf huruf itu disebut. wallahua'lam.

23 orang tengah bermadah:

HEROICzero said...

agreed. nak belajar alQuran, perlukan guru. =)

aduh, yang pertama tu kantoi. gua baca, maj + ray +haa. yang lain ok. =)

*kena banyak belajar*

NISS said...

thanks 4 da info..gud info..

Ummu~Ishak said...

ustat qiraat mantop, heheh

Nurul Afifah said...

nice la...dpt tmbh pengetahuan..yg fes tu mak penah ckp..tp terlupa sbb kompius..bru pham skrg..thanks.!

(One) SiTi* said...

menarik miyo!
AKAK re-post kat fan-page akak yea..

Anonymous said...

erkkkk...
hebat ar awop..
thankss sbb kosi ilmu nie..
bilo nk aja sayo depe2 owh???

~ Tieqa~ said...

thank you so much..... for dis info

MERAH said...

Assalamualaikum.

Betul tu untuk keterangan yg lebih jelas lbh baik bhubung terus kpd ustaz2 yg lebih arif mengenai bacaan dan sebutan ni. Jangan malu utk bertanya nanti sesat jalan susahhh. Takpun cuba dgar utube tu dluu.haa.

Betul tajwid dan makhrajnya barulah sedap bacaannya dan ada makna bacaan tu.

hiro said...

kebesaran-Nya

hoyahadis said...

bagus info ni..sebelum ni memang banyak kesilapan dalam bacaan..yg pertame sebelum ni bace "maj rare haa"
yang keempat pun selalu kompius tang baris..(^_^)

hoyahadis said...

bagus info ni..sebelum ni memang banyak kesilapan dalam bacaan..yg pertame sebelum ni bace "maj rare haa"
yang keempat pun selalu kompius tang baris..(^_^)

FaKArePa!n said...

ilmu yang menarik..semoga hidup anda diberkati.. baru tau ni pasal ni..jahil betol aku ni..

Jom baca,,
April Fool Dari Perspektif Barat

Kejora said...

salam..

betul tu..belajar al-quran perlukan guru yg bertauliah.
tak salah belajar jika masih tak tahu membaca...buangkan sifat malu..mulakan mengenal huruf2 dari iqra.
jika pun dh pandai bc...tak salah kita belajar lagi dn memperdengarkan bacaan kite depan ustaz2..kan kan..:))

| gad1s s0ypans | said...

1 2 twu.....
3 4 x......
)=

im said...

berguna sungguh! Terima kasih. :)
P/s:zmn sekrg nk cari guru mengaji pun susah. Kalau nk minta member ajarkan, dorg pandang enteng pulak pd kami yg tak berilmu ni.

amiYo said...

tengs semua..semoga bermanfaat jugak untuk semua.. :)

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

thanks a lot ='(
siyes baru tau pasal ni.

amiYo said...

u r welkam. takpe baru tahu. jangan tak ambil tahu dah la. :)

najihah sahami said...

thanx sharing..baru tau sal ni..huhu..jahilnya..

SITI NURUL SYAFIQAH said...

bag0slah bende ni..aku share ke fb,, kau x kisah kan?

Fatin Izzati Hasnulhadi said...

Abe, angah share page ni kt fb.. Jazakallah (maaf x bgtw dulu)

AIZAD ZUL ROSLAN said...

hurmm... sy pon xtaw yg no 1,2,4 yg 3 je sy taw.. tpi silap jgk...

Wawan Se said...

Kumpulan foto-foto unik dan lucu versi Internasional Part 2