Thursday, November 3, 2011

:: siapa lebih kejam sebenarnya? ::

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!

Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri...


p/s: artikal ini memang terkena pada batang hidung aku sendiri sebenarnya. :(
p/s/s: kalau korang tak terasa tak tahu lah aku. he he.

p/s/s/s: alhamdulillah aku selamat tiba di tanah air 3 hari yang lepas. moga-moga dapat la aku update selalu yer dak? :P

16 orang tengah bermadah:

Melati Qistyna's Mummy said...

Akak pon jua.... Terpacak atas dahi ni...

Owh, patutla blog sunyi je.... :D

blog-tips-kurus said...

sentapppp!!! hakikatnya begitu..

Anonymous said...

Sentap jgak -- tp ape yg kte boleh buat?

Ct Aja said...

tak dapat nak kata pape....

Faaein Talip Roy said...

selalu terleka dengan keadaan duniawi sampai lupa dengan keadaan saudara Islam di sana.. =(

Anonymous said...

terasa betul!
sinis ajewk entry nieyh!

@Fr!^n@ said...

owhhh aku terasa.. :'(

azwa amani said...

dushhh, kena kat batang hidup..selamat pulang ke tanah air..

HEROICzero said...

keh3x kan dah kenaaaaaaaaa !

ILA HonEyBuNNy said...

ya pernah terbaca...

terasa kot..hehehehhe

kokser kokdam said...

adik yo duk mano loni..?

eLL said...

yo,
saya terasa sedih

SaRaH said...

yaaa..
sungguh terasa..kita mmg kejam!
wlau xdpt mmbantu secra langsung..tp,jgn lupa bantu dgn kirimkan doa buat mereka..

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

Memang terasa, terkena...
Jadi sama2 berusaha agar jgn jadi lelaki yang ke3..insyaAllah

Anonymous said...

tak mampu nak tolong apa2.
chemay hanya mmpu doa.
Allah lindungi saudara kita kat sana.
:(

Anonymous said...

xpyh fikir jauh sngt la, umat islam kt malaysia pn mmg dh lemah cmne nk tlg org len, cer kire bpe rmai yg xsmyg pd hr ni? xtrkire kn... doa tnpe ibdah xjalan der...