Assalamualaikum. Tahun baru kian hampir menjenguk kita. Masing-masing sibuk dengan tugasan akhir tahun macam biasa. Termasuk budak-budak sekolah yang nak masuk sekolah balik. Orang-orang meniaga pon sibuk nak tutup akaun. Nak bukak akaun baru. Ceh mentang-mentanglah meniaga kecil-kecilan sekarang ni. :P
Jangan lupa, semakin menuju tahun baru sebenarnya kita semakin hampir kepada kematian. Bahkan setiap hari kematian semakin menghampiri kita. Tapi tak salah untuk kita merancang masa depan yang seterusnya. Azam baru. Itulah perkataan yang femes setiap kali menuju tahun baru. Padahal azam 5-6 tahun lepas pon belum tertunai lagi.
Aku sebenarnya jarang sangat ada masa untuk nak update blog ni. Tapi sayang pulak nak biarkan blog ni terbiar je. Sekurang-kurangnya boleh jugak aku guna untuk berdakwah sedikit sebanyak. Berkongsi bahan-bahan islamik untuk dijadikan peringatan kita semua.
Sudah sedia maklum memang setiap tahun sambutan tahun baru akan diadakan pada 31 Disember. Menunggu detik 12 malam. Konsert diadakan. pergaulan bebas lelaki dan perempuan. selepas 9 bulan ramai lah anak luar nikah akan dilahirkan. Memang lazimnya macam tu lah. Hmm...
Jom baca sedikit sebanyak ulasan mengenai Sambutan Tahun Baru Masihi ala Barat ini oleh Abu Haseef...
3 orang tengah bermadah:
pejam celik da tahun baru kan..
cepat je masa berlalu
azam berganti azam
Lama tk singgah
:D
semoga biz kamu success! :-)
Post a Comment