Saturday, January 7, 2012

:: Saman RM500 kepada orang tak tutup aurat di Kelantan ::




Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.



* Tak tutup aurat adalah jenayah sebenar yang lebih besar dari salah parking kereta. #damn its true

7 orang tengah bermadah:

Ct Aja said...

yes!! kelantan di hatiku...hiihi

Cik tikah said...

bagusnya :)

soniacamili said...

syukur alhamdulillah atas tindakan tu..:D

blog-tips-kurus said...

itu baru saman dunia..

Dkna Abza said...

bagus! negeri contoh supaya kita sentiasa dekat dengan-Nya...

sebelum nie budak remaja yang berpakaian tidak sopan di bandar KB akan ditangkap kemudian dikumpulkan untuk diberi tazkirah agama.

Anonymous said...

erm....benda2 elok yg klntan buat tak war2 pun kat Tv...,pahtu camna rakyat malaysia nak tau indahnya klate...krjaan klate menjaga & kasih kpd rakyat2nya...

Nor Darus said...

bagus la..patut diamalkan kat setiap negeri kat malaysia ni...