Friday, April 29, 2011

:: desktop background ::



baiklah.
ini hanyalah entry panjang yang memberitahu bahawa gua
tengah rindu pada baby yang bernama Khalis Hakim.
ku abadikan gambar mu pada desktop background.
biasalah. anak sedara sulong lah katakan.
-.-
-sekian-


:: buruk dan baik dalam lima minggu ::




setelah lima minggu gua bayar baru lah internet kat rumah gua ni masuk. resam berurusan dengan arab macam ni lah. dan gua redha. -.-


kesan buruk dalam lima minggu : 

1. blog gua bersawang
2. gua susah nak contect dengan family gua kat Malaysia
3. tak tahu khabar berita terkini. tak kira lah berita Malaysia atau dunia
4. tak dapat update status facebook
5. jadi tak keruan :P

kesan baik dalam lima minggu :

1. dapat lebih fokus untuk final imtihan syahadah bulan 6 nanti
2. kurang membuang waktu
3. berlawanan dengan lima kesan buruk di atas :P


okeh. sekian.

Monday, March 21, 2011

:: empat tempat bacaan unik dalam Al-Quran ::

Assalamualaikum wbt.


Hari ni dah baca Al-Quran ke belum? Kalau sudah bagus sangat, kalau belum, tinggalkan lah sebentar dunia dan berilah sedikit masa kita untuk mendekatkan diri dengan Allah. Bukan kena baca satu juz dalam satu masa, ikut kemampuan.

Ok lah kita ni manusia banyak lagi yang tak tahu dari tahu macam gua ni haa. Di dalam al-Quran ada 4 tempat bacaan yang unik sedikit berbanding bacaan biasa. Alhamdulillah, ilmu yang amat berguna ni di perolehi dari sini (Thanks!). Jom kita cek apa bacaan yang selama ni kita sedar ke tak betul salahnya. Jangan main langgar je.



1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

************


2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

**********


3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

**********


4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)

_______________________________________


p/s: sebenarnya gua terjumpa ada hamba Allah yang buat entry ni dan gua kongsikan. sebab jujur gua cakap kalau nak buat entry yang memerlukan sedikit kajian macam ni memang agak sukar dan gua agak malas sebenarnya. kalau nak lebih yakin dan pasti bacaan korang tu. korang kenalah rajin rajin pergi berguru dan baca dengan guru Al-Quran yang berpengalaman. dengan kata lain korang ber'talqqi' lah dengan guru guru Al-Quran ni. insyaAllah bacaan korang akan lebih baik. sebab sebagai contoh la. sebutan maghraj(tempat keluar) huruf bukannya boleh diajar melaliu tulisan. lebih tepat kalau dilihat 'direct' pada mulut guru Al-Quran itu sendiri bagaimana sebutan huruf huruf itu disebut. wallahua'lam.

Sunday, March 20, 2011

:: amaran dari Ali ::

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya.

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.

Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak bali! k rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal. "Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!" Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...
"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari.
Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...
"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"
"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

Friday, March 18, 2011

:: punca Arsenal kempunan meraih piala demi piala ::

assalamualaikum
salam gua untuk islamic readers sahaja.
:)

alhamdulillah. gua selamat sampai di bumi anbiya' setelah mengharungi perjalanan
selama 25 jam termasuk transit. penat dohh. tapi gua puas hati dan sangat- sangat
berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri Kelantan sebab menguruskan
perjalan pulang kami dari A-Z. dan gua pon bersyukur sebab negara Mesir dah aman
bagi gua. perangai arab pon gua rase makin berubah kot. berubah semakin baik.
setakat gua jumpa la. harap- harap berkekalan.
insyaAllah.

ok. berbalik kepada tajuk entry gua. cukuplah satu perenggan je untuk intro entry
pertama gua di Cairo. sekadar memberi makluman kepada family gua di Malaysia
bahawa gua kat sini alhamdulillah selamat sampai dan keadaan pon semakin stabil.
alhamdulillah. yang pasti gua kembali ke Mesir dengan semangat berkobar kobar
untuk terus menuntut ilmu. disamping itu semangat gua nak tengok bola pon
menaik jugak lah sebab waktu tengok bola eropah kat sini takde la lewat macam
kat Malaysia. kena tunggu sampai pukul 3-4 pagi. kalau kat sini lepas isyak je
terus boleh layan.


untuk fans Arsenal. maaflah. sebab gua fan tegar Barcelona.
gua mula simpati dengan Arasenal sejak bermulanya kekalahan
mereka ke atas Birmingham dan seterusnya.

-sekian & KESIAN-


pemain Arsenal perlu lebih fokus kepada bola sepak.
:P