asalamualaikum.
aku rasa dah agak lama kot aku tak blogwalking a.k.a blog berjalan. sepanjang bulan Ramadhan yang lepas memang aku tak singgah mana-mana blog pon kot. kalau ada pon satu dua blog je dalam sebulan tu. yang aku buat hanyalah update entry berbentuk peringatan atau dakwah yang aku dapati dari segenap pelusuk internet untuk aku kongsikan. semoga berguna untuk sesiapa yang memerlukan. contoh entry tentang perihal punca batal puasa atau sebagainya.
walaupun aku takde dan malas dan memang tak sempat nak blogwalking ke mana-mana blog, alhamdulillah entry-entry yang dikongsikan sepanjang bulan puasa memang dicari-cari di google. sebenarnya pengetahuan yang macam ni memang sangat diperlukan tak kira waktupun. apa lagi di bulan Ramadhan. bulan ibadat.
aku harap korang semua puasa penuh tahun ni. :P terawih pon penuh. duit raya pon penuh. ha ha. sapa yang dapat duit raya meletop-letop banyaknya boleh kongsi dengan aku kat sini berapa korang dapat. kalau malu, guna je 'anony' untuk tinggal komen. keh3.
menu raya perantau untuk 2011. gambar dari blackberry Jerteh Boy. :P
alhamdulillah tahun ni mungkin raya terakhir aku di perantauan. untuk mak dan ayah, insyaAllah tahun depan kita raya sama-sama. mungkin raya perantauan kali adalah yang terbaik kot bagi aku sepanjang beberapa kali beraya di Cairo ni. kalau ada kesempatan insyaAllah aku akan buat entry khas untuk pengalaman raya perantauan pada kali ini.
ok. selesai je aku buat entru pembukaan selepas raya ni aku nak terus blogwalking ke blog korang. dah lama sangat dah kot tak blogwalking. sudi-sudilah tinggal komen untuk aku jejak kembali blog korang. terima kasih. :)
Jenis
yang manakah baju raya korang tahun ini? Yang tutup aurat atau bungkus
aurat? Pakaian hari raya pertama anda sudah menggambarkan adakah sebulan
bulan Ramadhan yang lepas memberi kesan atau tidak di dalam diri anda.
Renung-renungkan...
p/s: Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)