asalamualaikum.
aku rasa dah agak lama kot aku tak blogwalking a.k.a blog berjalan. sepanjang bulan Ramadhan yang lepas memang aku tak singgah mana-mana blog pon kot. kalau ada pon satu dua blog je dalam sebulan tu. yang aku buat hanyalah update entry berbentuk peringatan atau dakwah yang aku dapati dari segenap pelusuk internet untuk aku kongsikan. semoga berguna untuk sesiapa yang memerlukan. contoh entry tentang perihal punca batal puasa atau sebagainya.
walaupun aku takde dan malas dan memang tak sempat nak blogwalking ke mana-mana blog, alhamdulillah entry-entry yang dikongsikan sepanjang bulan puasa memang dicari-cari di google. sebenarnya pengetahuan yang macam ni memang sangat diperlukan tak kira waktupun. apa lagi di bulan Ramadhan. bulan ibadat.
aku harap korang semua puasa penuh tahun ni. :P terawih pon penuh. duit raya pon penuh. ha ha. sapa yang dapat duit raya meletop-letop banyaknya boleh kongsi dengan aku kat sini berapa korang dapat. kalau malu, guna je 'anony' untuk tinggal komen. keh3.
menu raya perantau untuk 2011. gambar dari blackberry Jerteh Boy. :P
alhamdulillah tahun ni mungkin raya terakhir aku di perantauan. untuk mak dan ayah, insyaAllah tahun depan kita raya sama-sama. mungkin raya perantauan kali adalah yang terbaik kot bagi aku sepanjang beberapa kali beraya di Cairo ni. kalau ada kesempatan insyaAllah aku akan buat entry khas untuk pengalaman raya perantauan pada kali ini.
ok. selesai je aku buat entru pembukaan selepas raya ni aku nak terus blogwalking ke blog korang. dah lama sangat dah kot tak blogwalking. sudi-sudilah tinggal komen untuk aku jejak kembali blog korang. terima kasih. :)
p/s: Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)
15 orang tengah bermadah:
sape yg sediakn menu tu?nampak best je...:)
@kunang2: kitorang masak sama2. apa yang penting? kerjasama! :D
sedih lahh tengok sepupu sepapat ada yang berpakaian membalut mcm tu.rasa macamm lemah sangat iman nak tegur T.T
kena berani tegur lah. hehe. aku pon len macam gak rasa kalau nk tegur sebenarnya. =__=
sbb tu aku ungkap kt sini. :)
nampak gambar kat atas tu, terasa plak aku. memang la masa beraya pakai baju kurung longgar2.
dah berjalan2 ke soping kompleks tu kalau pakai jersey, kompem2 la pakai handsock yg ketat tu.. adoi.... hmm.. :(
selamat beraya di perantauan ! :)
duit rayo sayo cukup2 la nk beli casing ipom4 utk awop..hahaha
baguslah entri2 tu.. semoga teruskan lagi dengan entri2 yang macam tu.. leh jadi rujukan selalu.. ^^,
simple tp nmpk sedap makanan tu semua..blh buat calon menantu nih.. pandai masak..=)
cik mas: kalau hati kau dah terasa tu, memang dah cukup bagus. hanya tinggal untuk bertindak. :)
auny: selamat beraya di tanah air! :P
jie: doh tu cepat la beli! haha
faaein: insyaALlah... :)
hikari: alhamdulillah. semua sedap. hehe
Bila berpuasa ni, semua makanan nampak sedap. Tapi bila dah minum air waktu berbuka nanti semuanya tidak membuka selera lagi! :)
masak sndiri ke tuh?? erm? (smbil wat muke tak caye..)
salam singgah yo
thanks
selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir batin
kakcik: taw takpa. sbb tu la berlaku pembaziran.. :D
farahin: opkos la masak sendiri. dah duduk jauh2 macam ni sapa lg nak masak? haha
ell: thanks sbb singgah. samat ari raya gk..
Post a Comment