assalamualaikum.
waktu tempatan ketika gua memicit-micit keyboard menunjukkan jam 9 a.m. kalau tidur pon sodap. tapi apakan daya. imtihan syahadah(final exam) sudah semakin menghampiri. daripada gua melalut lebih jauh, gua iangat cukup la kot setakat ni je intro gua.
sekarang ni semua orang maklum. tengah musim cuti sekolah di Malaysia kan? gua jugak la yang tengah 'exam mode'. =__= ok. bila musim cuti sekolah. bermula lah musim mengawan. err. atau dengan kata lain musim orang kahwin. maka terjebak lah kakak gua dalam musim ini. tahniah gua ucapkan kepada beliau. dulu gua ada update pasal pertunangan kakak gua yang ni la. so, 28/5/2011 berkahwinlah beliau dengan orang yang meminangnya akan itu. lain macam je ayat gua. maaflah sebab gua tak ambil sastera. apa-apa pun, dalam kesedihan gua tak dapat join majlis kakak gua yang ni termasuk lah majlis perkahwinan kakak gua yang first. gua tumpang gembira. moga-moga dengan berkahwin dapat mngurangkan maksiat dan dapat menambah bekalan korang untuk ke syurga nanti. gua ada pesan dekat kakak gua sebelum akad nikah. gua petik dari ceramah Ustaz Kazim. orang perempuan senang nak masuk syurga dengan 4 perkara. 1, jaga solat. 2, puasa. 3, jaga faraj. 4, TAAT SUAMI.
yang pasti gua redha gua tak dapat join majlis perkahwinan kakak-kakak gua. lepas ni tinggal gua dengan adik laki gua je lah. bak kata mak saudara gua, "takpe' nanti turn abang kahwin nanti komfem abang ada sekali" =__=
"tahniah untuk kakakku Siti Nur Ayuni bt Rusli.
semoga Allah memberkati kamu dengan pasanganmu.
insyaAllah." -kata gua
gua ingat nak tiru abang ipar gua lah. bagi dinar emas buat hantaran.
p/s:
"Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;
Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
"
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
"
kata-kata ini dipetik dari page
yang bertarikh
20 mei 2011