Monday, March 21, 2011

:: empat tempat bacaan unik dalam Al-Quran ::

Assalamualaikum wbt.


Hari ni dah baca Al-Quran ke belum? Kalau sudah bagus sangat, kalau belum, tinggalkan lah sebentar dunia dan berilah sedikit masa kita untuk mendekatkan diri dengan Allah. Bukan kena baca satu juz dalam satu masa, ikut kemampuan.

Ok lah kita ni manusia banyak lagi yang tak tahu dari tahu macam gua ni haa. Di dalam al-Quran ada 4 tempat bacaan yang unik sedikit berbanding bacaan biasa. Alhamdulillah, ilmu yang amat berguna ni di perolehi dari sini (Thanks!). Jom kita cek apa bacaan yang selama ni kita sedar ke tak betul salahnya. Jangan main langgar je.



1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

************


2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

**********


3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

**********


4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)

_______________________________________


p/s: sebenarnya gua terjumpa ada hamba Allah yang buat entry ni dan gua kongsikan. sebab jujur gua cakap kalau nak buat entry yang memerlukan sedikit kajian macam ni memang agak sukar dan gua agak malas sebenarnya. kalau nak lebih yakin dan pasti bacaan korang tu. korang kenalah rajin rajin pergi berguru dan baca dengan guru Al-Quran yang berpengalaman. dengan kata lain korang ber'talqqi' lah dengan guru guru Al-Quran ni. insyaAllah bacaan korang akan lebih baik. sebab sebagai contoh la. sebutan maghraj(tempat keluar) huruf bukannya boleh diajar melaliu tulisan. lebih tepat kalau dilihat 'direct' pada mulut guru Al-Quran itu sendiri bagaimana sebutan huruf huruf itu disebut. wallahua'lam.

Sunday, March 20, 2011

:: amaran dari Ali ::

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya.

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.

Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak bali! k rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal. "Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!" Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...
"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari.
Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...
"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"
"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

Friday, March 18, 2011

:: punca Arsenal kempunan meraih piala demi piala ::

assalamualaikum
salam gua untuk islamic readers sahaja.
:)

alhamdulillah. gua selamat sampai di bumi anbiya' setelah mengharungi perjalanan
selama 25 jam termasuk transit. penat dohh. tapi gua puas hati dan sangat- sangat
berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri Kelantan sebab menguruskan
perjalan pulang kami dari A-Z. dan gua pon bersyukur sebab negara Mesir dah aman
bagi gua. perangai arab pon gua rase makin berubah kot. berubah semakin baik.
setakat gua jumpa la. harap- harap berkekalan.
insyaAllah.

ok. berbalik kepada tajuk entry gua. cukuplah satu perenggan je untuk intro entry
pertama gua di Cairo. sekadar memberi makluman kepada family gua di Malaysia
bahawa gua kat sini alhamdulillah selamat sampai dan keadaan pon semakin stabil.
alhamdulillah. yang pasti gua kembali ke Mesir dengan semangat berkobar kobar
untuk terus menuntut ilmu. disamping itu semangat gua nak tengok bola pon
menaik jugak lah sebab waktu tengok bola eropah kat sini takde la lewat macam
kat Malaysia. kena tunggu sampai pukul 3-4 pagi. kalau kat sini lepas isyak je
terus boleh layan.


untuk fans Arsenal. maaflah. sebab gua fan tegar Barcelona.
gua mula simpati dengan Arasenal sejak bermulanya kekalahan
mereka ke atas Birmingham dan seterusnya.

-sekian & KESIAN-


pemain Arsenal perlu lebih fokus kepada bola sepak.
:P

Tuesday, March 8, 2011

:: dunia akhir zaman dan manusia anjing ::

Tak ada ayat yang mampu untuk menggambarkan perasaan saya, saat menerima email ini dari seorang teman. Nak marah... rasanya tak perlu sebab orang waras tak akan terfikir untuk melakukan sejauh ini, nak kesal .. benda dah jadi dan tak ada kena mengena dengan saya pun, tapi sedih dan kecewa masih tetap meniti tubir hati.
Asbab, bila ada yang sanggup melakukan, pasti akan ada jua yang mengikut kemudian hari.. jadi kalau selama ini kita kata...BINATANG BERTOPENGKAN MANUSIA..rasanya pepatah itu harus diubah MANUSIA YANG TERINGIN JADI BINATANG!
Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.
Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di’lekatkan ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila.










*na'uzubillahi min dzalik!!
*sumber

Monday, March 7, 2011

:: disebalik tangisan Nani ::

tadi kita dikejutkan dengan kekalahan seterusnya pasukan setan merah.
gua agak kecewa jugak sebenarnya sebab di EPL gua sokong mereka.
tapi yang menarik perhatian gua ketika Nani mendapat kecederaan.gua
pon pelik kenapa beliau nanges nanges bagai anak kecil.
gua agak dia tipu je.
tapi...


tapi kalau gua bukan setakat nanges lah kalau sampai terkoyak otot macam ni.
-.-

Saturday, March 5, 2011

:: happy birthday to me ::

assalamualaikum...
baru sempat gua nak update blog.sepatutnya entry
ini gua update lebih awal iaitu pada 3/3/2011.
kenapa?tentulah sebab pada tarikh 3/3 lah gua dilahirkan.
gua hanya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat sahabat
yang 'wish' bitrhday gua.tak kira lah kat wall facebook ke,private message FB ke, ataupun mesej kat henset gua ke.
terima kasih.



usop(hantu kak limah) - happy birthday to me
:P

Wednesday, March 2, 2011

:: Rahsia Kehebatan Barcelona ::



KELAB bola sepak Barcelona memiliki barisan superstar yang dicemburui di seluruh dunia.Sebuah akhbar British berjaya mendedahkan bagaimana kelab gergasi Catalunya itu membentuk kejayaan bermula daripada sistem akademi remaja.

Pasukan kendalian pengurus Pep Guardiola sudah dianggap sebagai 'pasukan terbaik sepanjang zaman' kerana kejayaan epik mereka dalam tempoh tiga tahun terakhir.


Lionel Messi, Andres Iniesta, Carles Puyol, Victor Valdes, Pedro Rodriguez, Xavi Hernandez, Gerard Pique, Sergio Busquets, Bojan Krkic dan Jeffren semuanya tampil daripada sistem remaja Barca.

Semua pemain itu adalah produk yang dipanggil Barca 'futbol base' atau asas bola sepak.

Hari ini, ia menampilkan 330 kanak-kanak dan beratus kakitangan, lantas kelab itu perlu membelanjakan sebanyak �10 juta (RM48.7 juta) setahun.

La Masia, 'chalet' bertentangan dengan Stadium Nou Camp di mana 60 bakat terbaik - yang keluarganya tinggal di kawasan pedalaman Sepanyol mahupun di luar negara - menginap di situ dengan harapan untuk berada dalam pasukan utama.

Bangunan itu setinggi dua tingkat, ia memiliki satu dewan makan, enam bilik tidur, sebuah perpustakaan, sebuah bilik komputer dan sebuah bilik rekreasi.

Hanya 12 orang kanak-kanak tidur di bangunan itu. Selebihnya menginap di bilik asrama di tingkat satu stadium itu, kira-kira 30 meter dari bangunan itu.

Messi, Iniesta, Puyol, Valdes dan Pedro tinggal di La Masia bertahun-tahun lamanya. Krkic dan Jeffren turut menginap di situ, manakala Xavi pergi ke sana untuk makan, jadi kelab itu boleh mengawasi dietnya. Pique dan Busquets tinggal bersama keluarga mereka di bandar raya itu.

Guardiola turut menghabiskan bertahun-tahun di La Masia pada 1980-an sebelum menjadi seorang legenda sebagai pemain. Begitu juga orang kanannya, Tito Vilanova, dan orang yang mengetuai skuad remaja ketika ini, Guillermo Amor, seorang lagi bekas pemain antarabangsa Sepanyol.

Ketiga-tiganya berada dalam pasukan 1986-87 dan hari ini trio itu menguruskan setiap aspek kelab itu daripada sudut bola sepak.

Suku abad kemudian, mereka memastikan kesinambungan daripada falsafah kecemerlangan, kedua-dua sukan dan kemanusiaan, dikekalkan di kelab gergasi Sepanyol itu.

Pernah menjadi residen La Masia termasuk kapten Arsenal, Cesc Fabregas, penjaga gol Liverpool, Pepe Reina, pemain tengah Everton, Mikel Arteta dan pemain Atletico Madrid bekas pemain tengah Arsenal, Fran Merida. Senarai itu tanpa penghujungnya.

Albert Folguera, ketua La Masia, menjelaskan pendekatan kelab itu.

Beliau berkata: “Ia adalah satu sistem pengarah, guru, seorang doktor, seorang pakar psikologi, tukang masak dan pekerja lain. Ada tiga orang guru yang bekerja pada sebelah petang dengan kanak-kanak.

“Ada juga ketua pembelajaran dan seorang lagi petugas pentadbiran yang menguruskan semua pembelian, tiket dan semua barang yang diperlukan kanak-kanak bagi rekreasi dan pelajaran mereka. Kami juga ada tiga tukang masak dan enam kakitangan dapur.” Bintang semasa seperti Xavi dan Iniesta sering memuji mengenai tahun-tahun mereka di La Masia.

Folguera berkata: “Xavi bercakap mengenai nilai-nilai yang kami terapkan di sini - berkongsi sesuatu, semangat sepasukan, persahabatan, gelak ketawa. Anda tidak boleh mempelajarinya, anda perlu mengalaminya.

“Adakah kami berdepan masalah menyesuaikan diri dengan sesetengah kanak-kanak? Sudah tentu. Mereka hadir di sini berusia 12 tahun dan berjauhan daripada keluarga mereka. Ia sukar tapi ia sebahagian daripada proses.

“Bagi Iniesta, bulan pertamanya memang teruk sekali. Dia rindukan keluarganya yang berada 700km dari Barcelona di Albacete.

“Begitu juga Leo Messi. Ibu dan bapanya berada di Argentina. Dia hanya berusia 12 tahun, mempunyai masalah tumbesaran dan tidak boleh bermain perlawanan rasmi selama setahun kerana masalah dokumen.

“Victor Valdes terpaksa pulang ke rumahnya selepas semusim. Dia terlalu rindukan keluarganya.

“Di sini, kami menangani masalah emosi. Untuk membuatkan mereka berasa berada seperti di rumah dan berada di kalangan orang ramai, membuatkan kanak-kanak itu berasa tidak dipinggirkan.

“Ia lebih seperti sebuah keluarga. Doktor, pakar psikologi, guru dan ada ketikanya, jurulatih datang ke sini untuk makan bersama, jadi kanak-kanak itu berasa mendapat sokongan.

“Semua bintang semasa yang terpisah daripada keluarga tercinta menjadi juara hebat. Mereka memiliki karakter dan kesungguhan untuk mengatasi kesukaran.” Anehnya, hampir sepanjang hari dihabiskan dengan pelajaran sekolah. Hanya dua jam dikhaskan untuk berlatih pada sebelah petang dan “sering bersama bola”.

Folguera mendedahkan: “Ini adalah masa terbaik buat La Masia sejak ia diperkenalkan pada 1979 dan juga dalam sejarah Barca.

“Tiga lelaki yang bertanggungjawab dalam setiap aspek FC Barcelona membesar di rumah ini. Pasukan utama mempunyai 10 pemain dari akademi, majoritinya dari La Masia.

“Dalam pasukan Barcelona B, pasukan simpanan, 12 pemain menuntut di universiti.” Mereka menyediakan kanak-kanak itu selengkapnya, pertamanya sebagai individu yang berpendidikan dan keduanya sebagai atlet.

Pelajaran membolehkan mereka menceburi bidang lain, sekiranya bakat mereka tidak cukup bagus atau kecederaan menghalang mereka daripada merealisasikan impian masing-masing. Semuanya di bawah pengawasan Guardiola.

Folguera berkata: “Saya bercakap dengan Amor sekali seminggu dan beliau memaklumkannya kepada Guardiola. Pep berada di sini 10 hari lalu dan kami berbicara mengenai pelbagai perkara. Beliau datang ke sini beberapa kali setahun.

“Sejak Pep menjadi jurulatih, lebih ramai pemain berusia 17 dan 18 tahun berlatih dengan pasukan utama. Beliau adalah orang pertama yang membetulkan mereka dan menasihati mereka.”

*gua peminat tegar fcBarcelona...

Tuesday, March 1, 2011

:: half empty or half full ::


LIhat gelas ini dengan baik.
Tanya kepada diri anda tentang gelas itu.

Sekiranya anda menjawab gelas itu "sgelas tu separauh sebenarnya"
- anda seorang yang positif -


Sekiranya anda menjawab "separuh gelas itu kosong sebenarnya"
- anda adalah seorang yang negatif -


( kenapa saya nampak macam separuh kosong? im negatif? but i think im positif, alamak, kena check balik )

Sekiranya kita melihat sesuatu secara negatif, latihlah diri anda bermula sekarang untuk melihat sesuatu yang negatif sebagai positif.
Sebagai permulaannya , cuba lihat setiap perkara positif yang ada pada kawan, keluarga dan masyarakat walaupun hakikatnya mereka mempunyai 1001 kekurangan.

Selamat mencuba dan renungkanlah!
-DARI MAJLAH SOLUSI-