Thursday, December 22, 2011

:: gua masih aktif dengan blogger sebenarnya ::

Hai assalamualaikum. Sapa cakap aku dah tak aktif sebagai blogger? Meh sini nak bagi duaposen sebab jawapan tak tepat. Ha ha. Aku sebenarnya masih aktif dengan blogger ni. Tapi dengan blog lain la pulak. 

Blog mana pulak dah? Aku sekarang tengah aktif la jugak buat jualan pakaian bundle secara online. Muehehe. So, dengan kata lain aku ada blog lain yang perlu aku uruskan. Serius aku cakap memang aku tak sempat nak update Blog Amiyo ni.

Bayangkan jualan secara online ni bukan setakat blog yang perlu diuruskan. Mesti nak kena ada facebook khusus. Nak kena iklan situ sini. Nak kena upload gambar situ sini. Kat Mudah dot my. Kat facebook. Kat blog. Siang hari pulak kena cari stok. Ambik stok. Ambik gambar stok. Demn! busy bukan? Ha ha...

Owh hampir terlupa la pulak aku nak bagitahu kawan-kawan blogger aku semua yang blog aku yang satu lagi tu bernama Azhari Bundle. Cekidaut! :) 


5 orang tengah bermadah:

Unknown said...

PERHATIAN- facebook anda dalam BAHAYA :
Ancaman virus spam sudah merebak... tagged you in a post...

Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/12/facebook-ancaman-virus-spam-sudah.html

azwa amani said...

lame betul tak udpate.. :)

budak penjara said...

celakak mu yo..jutawan terus loni..hehe

Dkna Abza said...

rezeki!! :)

blog-tips-kurus said...

wah! ahli perniagaan sekarang ye? nak cekidaut ni.. :)