Thursday, September 22, 2011
:: I want u 2 marry a girl of my choice ::
Wednesday, September 21, 2011
:: Wordless Wednesday #16 ::
Labels:
Wordless Wednesday
Thursday, September 15, 2011
Tuesday, September 13, 2011
:: Atok cikgu lagi hebat ::
Tiga orang budak di dalam sebuah sekolah tadika sedang asyik
bercerita tentang kehebatan atok masing-masing. Cikgu Siti sekadar
mendengarnya dari kejauhan.
Karim: Atok aku hebat dan kuat!
Atok aku boleh menyelam lama sampai satu jam tak timbul! Semua orang
kampung kenal atok aku yang hebat!
Samad: Atok aku lagi hebat! Minggu lepas atok aku tempeleng kerbau mengamuk! Sampai sekarang kerbau tu tak bangun-bangun lagi
Raju:
Atuk Samad tak hebat! Lepas atok Samad tempeleng kerbau tu, Atuk aku
tangkap Atuk Samad, sebab dia tempeleng Kerbau orang! Atuk Samad sampai
sekarang kat dalam lokap tak keluar lagi! Atuk akulah lagi hebat!
Samad:
Mana boleh! Atuk Raju jahat tangkap atuk orang mana aci! Kita lawan
pakai kehebatan bukan pakai jawatan! Atuk Raju Polis memanglah boleh
tangkap orang!
Karim: Takpe-takpe, jom kita tanya Cikgu Siti, Atok Siapa yang lagi hebat nak tak?
Mereka bertiga pun bersetuju dan bertanya kepada Cikgu Siti yang sedari tadi hanya memandang dan mendengar dari kejauhan.
Mereka bertiga bertanya serentak kepada Cikgu Siti
"Cikgu, cikgu.... Antara atok kami bertiga atok siapa paling hebat?!"
Cikgu Siti: Atok Cikgu paling hebat! Atok korang tak hebat!
"Kenapa pulak?!!" Tanya budak-budak kecil yang comel itu serentak.
Cikgu Siti: Atok Cikgu, dah 20 tahun kena tanam dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.
"Hebatnya........!" Kata mereka serentak.
Labels:
Jenaka
Thursday, September 8, 2011
:: [gambar] Perbezaan matahari pagi 25 ramadhan dengan hari-hari lain ::
Adapun
tanda umum yang dapat dilihat oleh kebanyakkan orang adalah matahari
terbit pada pagi itu tidak bercahaya. Ianya dikhabarkan oleh baginda
s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, At-tirmizi, Ahmad dan
lain-lain bahawa rasulullah s.a.w mengkhabarkan
"Tanda
berlakunya lailatul qadar adalah matahari yang terbit pada pagi itu
keputihan(dan dalam riwayat yang lain: kemerahan) yang tidak bercahaya."
Dikatakan sebabnya adalah kerana para malaikat turun pada malam itu
memenuhi bumi sehinggakan tiada satu jengkal pun dari muka bumi
melainkan terdapat malaikat disitu. maka apabila manusia bersolat subuh,
para malaikat mula naik ke langit. Maka dengan bilangan malaikat yang
begitu banyak beserta cahaya mereka -kerana malaikat dicipta dari
cahaya- maka terhalang cahaya matahari dengan cahaya para malaikat dan
menyebabkan pudarnya cahaya matahari.
Gambar-gambar ini diambil di mu'tah, Jordan dengan menggunakan kamera digital Nikon coolpix L11 dan ia juga adalah asli tanpa edit sedikitpun.
Gambar-gambar ini diambil di mu'tah, Jordan dengan menggunakan kamera digital Nikon coolpix L11 dan ia juga adalah asli tanpa edit sedikitpun.
pagi 23 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 24 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 25 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 25 Ramadhan 1432 Hijrah.
video pagi 25 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 26 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 27 Ramadhan 1432 Hijrah.
credit : Mohammad Amir Wan harun.
Panel Taqyif fiqh- Daru Ifta'
Takhasus Fiqh Wal usul
Universiti Mu'tah, Jordan.
p/s : apa-apa pun wallahua'lam. hanya Allah yang lebih mengetahui.
Labels:
gambar,
Islamic Words,
Ramadhan 1432
Subscribe to:
Posts (Atom)



