Tuesday, September 13, 2011

:: Atok cikgu lagi hebat ::




Tiga orang budak di dalam sebuah sekolah tadika sedang asyik bercerita tentang kehebatan atok masing-masing. Cikgu Siti sekadar mendengarnya dari kejauhan.

Karim: Atok aku hebat dan kuat! Atok aku boleh menyelam lama sampai satu jam tak timbul! Semua orang kampung kenal atok aku yang hebat!

Samad: Atok aku lagi hebat! Minggu lepas atok aku tempeleng kerbau mengamuk! Sampai sekarang kerbau tu tak bangun-bangun lagi

Raju: Atuk Samad tak hebat! Lepas atok Samad tempeleng kerbau tu, Atuk aku tangkap Atuk Samad, sebab dia tempeleng Kerbau orang! Atuk Samad sampai sekarang kat dalam lokap tak keluar lagi! Atuk akulah lagi hebat!

Samad: Mana boleh! Atuk Raju jahat tangkap atuk orang mana aci! Kita lawan pakai kehebatan bukan pakai jawatan! Atuk Raju Polis memanglah boleh tangkap orang!

Karim: Takpe-takpe, jom kita tanya Cikgu Siti, Atok Siapa yang lagi hebat nak tak?

Mereka bertiga pun bersetuju dan bertanya kepada Cikgu Siti yang sedari tadi hanya memandang dan mendengar dari kejauhan.

Mereka bertiga bertanya serentak kepada Cikgu Siti

"Cikgu, cikgu.... Antara atok kami bertiga atok siapa paling hebat?!"

Cikgu Siti: Atok Cikgu paling hebat! Atok korang tak hebat!

"Kenapa pulak?!!" Tanya budak-budak kecil yang comel itu serentak.

Cikgu Siti: Atok Cikgu, dah 20 tahun kena tanam dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.

"Hebatnya........!" Kata mereka serentak.

12 orang tengah bermadah:

Fyqa said...

hahaha

cikgu pon sengal

whitecappuccino said...

hehehe..cikgu pun sama naik dgn budak..

Ct Aja said...

hahahahhaha, padat jwpan cikgu die...ki3

azwa amani said...

huhu...budak2 selalu percaya cakap cikgu kan..

laskar pelangi said...

hehehehehe..cikgu dah jadi perangai bebudak tu ;D

pengemis Cinta~ said...

hebat!! ^^

Faaein Talip Roy said...

budak kecik.. memang camtu perangainya..

Solihin Zubir said...

memangla.. dh mati.. haha.. lawak!

tieykah said...

aah,atok kita pon sama

HAHAA!

Afikah Aziz said...

hehe cikgu yg sengal,xnk kalah ng budak2 heee :p

Fara Zakaria said...

haha , elok cekgu tuh jadi budak2 tadika gak lahh :D

Nur Aizureen Md Zahir said...

cikgu pon layan kepala anak murid :P
huhu ! besh :)