Thursday, June 30, 2011

:: Luahan Guru Praktikal 5: cikgu jugak buat kesilapan ::

assalamualaikum.

"perhatian! ini bukanlah pengalaman gua. ini hanyalah luahan seorang guru praktikal. luahan ini bukanlah rekaan semata-mata. tapi mungkin sesetengah sahaja yang direka. luahan ini mungkin dilakukan dek kerana tekanan yang dihadapi ketika sedang menjadi seorang 'guru praktikal'. luahan pertama boleh dilihat di sini, luahan kedua boleh dilihat di sini, luahan ketiga boleh dilihat di sini dan luahan keempat di sini." -penulis belog amiyo.

*******************************



cikgu bengang biler students kat asembly bising macam pasar tani , tapi pernah tak cikgu tu terfikir yang dia sendiri sembang kencang time cikgu lain berucap kat depan?

cikgu mengamuk biler students tak solat hajat time buat solat hajat perdana, tapi cikgu tu tak perasaan or buat-buat tak nampak biler ada cikgu lain tak turun solat .. especially cikgu laki, cuti kah? oh cikgu tak wajib solat hajat, students je wajib =.=

cikgu naik angin biler students tak fokus/sembang/tido time P&P , tapi pernah tak cikgu tu terfikir yang dia jugak buat perangai yang sama time meeting hari khamis?

cikgu naik hantu biler pukul 12 nak masuk ngajo , tengok-tengok separuh kelas dah kosong sebab separuh students dah balik, tapi cikgu tak pernah balik seawal tu...!! sape tak naik hantu weh?? hahahahha..

kesimpulannya, cikgu jugak makhluk Allah yang suka buat kesalahan macam students .. tak kesahla kesalahan tu dilakukan ketika cikgu sudah bergelar cikgu or sebelum cikgu bergelar cikgu.. tapi jangan harap nak ubah seorang murid jadi baik kalo guru tu sendiri tak pernah nak betulkan kesilapan mereka.. yeppp, manusia tak lari dari buat salah, tapi ingatlah setiap kesalahan yang dilakukan ada balasannya yang setimpal ..



*******************************

-sekian luahan guru praktikal 5-

Wednesday, June 29, 2011

:: #AdorableQuotes 2 ::




:: Piala Exco 2011 : The Action ::

assalamualaikum. ini part 2 untuk Piala Exco 2011.-The Action!-

Rembatan Azri.


Rembatan Izwan.


Rembatan Waafi.


Sengit.


Semangat.



untuk part 1.
-The Orange!-

:: Wordless Wednesday #4 ::

Tuesday, June 28, 2011

:: 13 Kejadian Aneh Dalam Israk Mi'raj Rasulullah SAW ::

1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

p/s: kredit sini.
p/s/s: lagu best Israk Mikraj klik sini.

:: Famous Muslim Footballers part 2 ::

assalamualaikum.

baru-baru ini gua ada buat entry tentang pemain bola bertaraf antarabangsa part 1. so, dengan tiba-tiba nya mood gua nak update pasal ni untuk part 2 datang, gua pon tak buang masa terus update sebelum mood gua ni lari. sesaja gua buat entry ni untuk menambah pengetahuan am korang termasuk gua. he he. oh ya. sebelum gua tak hengat. korang boleh jenguk gambar-gambar player bola muslim ni lagi di sini. kalau nak tengok part 1 gua pernah post sebelum ni sila klik sini. apa-apa pon layan yang ni la dulu. yer dak?

Seydou Keita (barcelona FC)


Ibrahim Afellay (Barcelona FC)


Samir Nasri (Arsenal FC)


Halil Altintop (Schalke 04)
-Brother Of Hamit Altintop-


Zinedine Zidane
3 Time Winner - FIFA World Player Of The Year Award

Sunday, June 26, 2011

:: Kenangan Dulu Kala ::

assalamualaikum.

sesaje gua nak lepas tensen dan pening kepala gua baru balik dari exam. hari ni dua paper. kepala gua rasa nak pecah. memang berdenyut dari pagi tadi. tambah-tambah pulak sekarang ni musim panas. memang layan lah. ok baiklah. layan entry gua yang tak seberapa ni pulak. :P


15 September 1972. mana mahu cari? gua pon belum lahir. =__=


Pacman! gua tak minat sangat pon yang ni. he he.


Super Mario! yang ni boleh gaduh wo berebut nak main. ha ha.


Contra! yang ni pon gua agak boleh bertumbuk kalau berebut nak main.


oh yeah! go go Power Rangers! ha ha ha.
eh betul ke ni Power Rangers?
:D

Saturday, June 25, 2011

:: KFCM a.k.a Apek a.k.a Kerol Pahmi a.k.a Jejari Runcing, merempit ::

assalamualaikum.

selaku anak jati Kelantan, secara tidak langsung gua memang peminat setia The Red Warriors. dan secara tak langsung jugak lah gua peminat penjaga gol kebangsaan kita. Khairul Fahmi Che Mat. he he. walaupun gua bukan lah minat sangat/benci jadi penjaga gol kalau gua main bola dengan member-member gua. tetapi atas sebab KFCM adalah anak jati Kelantan dan memang power! maka gua minat jugak lah beliau. so, gua sediakan dua keping gambar beliau yang berlainan watak, waktu dan ketika. keh keh keh. gua minat sama lu bro!


Apek!


ini juga Apek!
=__=

:: Piala Exco 2011 : The Orange ::

assalamualaikum. ini part 1 untuk Piala Exco 2011.
-The Orange!-

get ready.


percaturan sedang dilakukan sebelum perlawanan. =__=


kepenatan sesudah perlawanan pertama. skema la pulak ayat gua. :D


kemurungan setelah tersungkur di suku akhir. :((


Muto Burok FC a.k.a The Orange!

Friday, June 24, 2011

:: Mengenal Haidh by Ustaz Azhar Idrus ::


Mengenal Haidh

Haidh dari sudut bahasa ialah mengalir (السَّيْلاَن)

Dari sudut istilah
دَمُ جِبْلَةِ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ فِي حَالِ الصِّحَّةِ فِي أَوْقَاتِ مَخْصُوصَةِ

Ertinya darah perangai yang keluar dari bahagian atas rahim perempuan pada ketika sihat badan pada waktu-waktu yang tertentu.


Darah yang keluar dari kemaluan kaum wanita terbahagi tiga:

1. Darah haidh: Darah yang keluar daripada perempuan pada waktu sihat.

2. Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin.

3. Darah istihadhah / penyakit: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas.


Dalil haidh firman الله al-Baqarah ayat 222

Dalil darah Haidh:

Maksudnya: Dan mereka itu bertanya kepada engkau ya Muhammad tentang haidh, katakanlah kepada mereka ia adalah darah yang cemar maka tinggalkanlah bersetubuh dengan segala perempuan yang berhaidh dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan setubuh sehinga suci mereka itu daripadanya, setelah suci mereka itu maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang menyuruh اللهsesesunguhnya الله mengasihi orang yang banyak bertauba.


Dan sabda nabi (ألنبي صلى الله عليه وسلم)
هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ

Maksudnya: Ini (haidh) suatu yang telah اللهtetapkan ke atas anak adam yang perempuan.


Hukum mempelajari tentang haidh

Menjadi kewajipan ke atas wanita islam mengetahui hukum berkenaan dengan haidh dan mengenal warna darah haidh. Seorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum-hukum haidh, nifas dan istihadah apabila suaminya tidak mampu menerangkan permasalahannya. Dan haram atas suami menegah isterinya daripada keluar melainkan ia dapat memberi jawapan apabila ditanya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh keluar tampa keizinan daripada suaminya.
Warna darah haidh.


Mengikut ulama-ulama mazhab Syafie terdapat lima warna darah haidh:

1. Hitam.

2. Merah.

3. Warna antara keemasan dan merah (perang).

4. Kuning.

5. Keruh iaitu antara warna kuning dan putih.


Warna kuning dan keruh

Darah berwarna kuning dan keruh yang keluar bukan pada waktu haidh tidak diangap haidh. Bersalahan jika ia keluar pada waktu haidh maka ia dikira sebagai haidh. Ini merupakan pendapat yang sohih didalam mazhab Syafie.


*kredit to ustazazhar.net

:: Luahan Guru Praktikal 4: karma ::

assalamualaikum.

"perhatian! ini bukanlah pengalaman gua. ini hanyalah luahan seorang guru praktikal. luahan ini bukanlah rekaan semata-mata. tapi mungkin sesetengah sahaja yang direka. luahan ini mungkin dilakukan dek kerana tekanan yang dihadapi ketika sedang menjadi seorang 'guru praktikal'. luahan pertama boleh dilihat di sini, luahan kedua boleh dilihat di sini dan luahan ketiga di sini." -penulis belog amiyo.

*******************************


assalamualaikum dan samat petang ..

apa nak jadi kalo?

1. dari 35 orang pelajar, hanya 5 bijik buku dapat di kutip .. padahal 5x duk ulang benda sama suh hantar buku hari Ahad..

2. dari 22 orang pelajar, hanya 2 bijik buku masuk bilik guru tadi .. padahal dah hold tarikh hantar .. patut hantar hari khamis, tapi bagi hantar jugak Ahad, malangnya macam-macam alasan keluar.

3. bagi rehat awal, janji masuk awal, tapi 15 minit lewat tak masuk lagi..

4. belajar 15 minit dah sibuk mintak nak keluar pi toilet .. tak lain tak bukan nak pi hisap rokok .. macam-macam gaya buat, macam tak tahan sangat nak kencing la, buat muka mengantuk la .. semua gaya tu 'direka' dengan harapan dapat keluar pi toilet .. but i'm sorry, nak keluar pi toilet semata-mata nak hisap rokok memang cari pasal ngan ai ..

5. pusing je badan tulis nota kat whiteboard, sepantas kilat diorang bukak kelab bual .. tengking sekali senyap, pastu mula menjawab macam cikgu ni kawan se geng .. langsung takde hormat ..

sapa cakap kerja cikgu senang? kalo tahap kesabaran senipis ciskek Secret Recipe jangan harap mampu jadi cikgu sampai 40 tahun masa .. selalu ingat dan tanam dalam hati untuk tidak membenci pelajar, untuk tidak 'meringankan' mulut dengan bahasa-bahasa kesat, untuk selalu sabar, tapi mampukah semua ni dilakukan dengan perangai dan akhlak pelajar sekarang?

andai kata masa dapat diputar kembali ke zaman sekolah menengah, ingin saja aku mengucup tangan dan memeluk erat tubuh semua guru yang pernah aku derhakai , yang pernah aku kurang aja dan yang pernah aku bad mouth .. kerana kesan negatif daripada semua perbuatan tu sudah dirasai sekarang .. :'(


*******************************

-sekian luahan guru praktikal 4-


:: Jumaat yang hening ::



Sambil ke bilik air mengambil wudhuk dan selepas itu mendapat kan songkok. Kitab al-Quran dan meminum seteguk air sejuk. Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya...

"BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat.....


antara aktiviti lain yang boleh dilakukan pada hari Jumaat.


p/s: Kisah ini tada kaitan dengan sesiapa. kredit.
p/s/s: Banyak lagi perkara sunat lain boleh dilakukan di hari Jumaat.
p/s/s/s: Setiap malam adalah malam Jumaat :P

Thursday, June 23, 2011

:: #AdorableQuotes 1 ::

:: Tabarruj ::

Pengertian Tabarruj
Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”
Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang gangguan maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).


Larangan Tabarruj Dan Kaitannya Dengan Wanita Islam
Maka dengarlah wahai wanita-wanita Islam semua, segala suruhan Allah swt andainya anda semua beriman denganNya, Allah ada berberfirman :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”
( QS An Nur : 31)
Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud : Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..
Bukanlah terhenti di bahagian kepala dan leher sahaja malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Pastikan kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada. Wanita-wanita Arab pada zaman Jahiliyah dahulukala ada yang berkelumbung kepala dan menutup bahagian leher mereka.Tetapi muka mereka terdedah, bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Kadang kala baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu walaupun sudah dikancing biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada, dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol.Oleh itu wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar, dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini.Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya maka sudah jelas ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.

Awas ! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud :
Janganlah menampakkan perhiasannya

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.”

“Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.

Ada pula dikalangan wanita yang bertudung disamping tudung ini diletakkan pula diatasnya sulaman bunga dan corak yang menarik, manakala rambutnya yang dibahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung dan terjuntai menutupi sebahagian dahi . Andainya angin meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.

Ada fesyen pula rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, selepas itu diletakan dengan kain tudung semakin jelas bentuk tubuh dan keindahan mahkotanya.

Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang dan kononnya supaya dianggap orang bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.

Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian adalah salah. Allah swt lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini beerti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up .

Ada pun di kalangan wanita bertudung sudah sempurna menutupi dada dan bahagian tubuhnya yang lain, tetapi mengenakan seluar panjang seperti ‘jean’ dan berbagai fesyen seluar di pasaran . Dengan hanya memakai baju lengan panjang separa bawah pinggul dan memakai seluar sebenarnya masih belum sempurna menutup aurat dan perbuatan ini boleh diistilahkan sebagai bertabarruj, sedangkan tabarruj itu haram. Ini kerana orang masih boleh melihat rentak dua kaki anda ketika berdiri dan ketika kaki dihayunkan ketika berjalan . Tetapi jika anda memakai kain mustahil orang lain dapat memerhatikan hayunan kaki anda. Jadi tidak salah sekiranya anda memakai kain dan memakai seluar panjang di dalamnya.

Kerana rata-rata wanita beralasan bahawa memakai kain atau jubah menyukarkan mereka untuk bergerak apatah lagi melakukan aktiviti yang lasak di era moden ini. Ini adalah pernyataan bagi orang yang beralasan kerana lebih mengutamakan hawa sendiri dari perintah Allah. Sedangkan kita diperintahkan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia.


Seterusnya kita melihat firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya

Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut. Perempuan beriman dilarang memukul atau menghayun kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Ini akan mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi sekiranya mendengar bunyi gemerincing pada gelang kaki tersebut.


Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(QS Al Ahzab : 59 )


Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada aurat wanita juga. Pengaruh suara wanita ke atas hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi , berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan?


Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau perfume ketika keluar dari rumah . Di mana Rasulullah saw bersabda

“Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)


Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki terutama bagi mereka yang mempunyai syahwat hayawaniyyah. Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan dihadapan mereka.Andainya makanan yang enak terbentang dihadapan mereka, mata siapakah tidak terbeliak? Selera siapakah tidak terbuka? Natijah daripada ini pula Allah swt tidak ketinggalan untuk memerintahkan kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya :

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(QS Annur : 30)

Demikian juga Allah menyuruh wanita supaya menahan pandangan mereka dalam surah An Nur , ayat 31.

sumber Halaqah.net

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

:: Famous Muslim Footballers ::

assalamualaikum.

sesaja gua buat entry ni untuk menambah pengetahuan am korang termasuk gua. he he. sebagai kaki gila bola macam gua ni agak teruja jugak la rupa-rupanya ramai jugak pemain bola berkelas antarabangsa ni yang muslim. alhamdulillah. akan tetapi dengan keadaan internet rumah gua tengah tenat a.k.a tenuk sekarang, maka tak dapat lah gua nak upload banyak-banyak lagi gambar player-player bola muslim bertaraf bintang ni. kalau gua rajin mungkin akan gua buat part 2. oh ya. sebelum gua tak hengat. korang boleh jenguk gambar-gambar player bola muslim ni lagi di sini. apa-apa pon layan yang ni la dulu. yer dak? 

Miralem Pjanić. (Olympique Lyon FC)
 

Eric Abidal reading the Holy Qur'an. (Barcelona FC)

Ribery and Hamit Altintop in Makkah. (Bayern Munich FC) 

Kareem Benzema. (Real Madrid FC)


Sulley Muntari. (Inter Milan FC)

Monday, June 20, 2011

:: Tips Perkahwinan by Ustaz Azhar Idrus ::

assalamualaikum

ni gua ada sedikit tips untuk gua kongsikan dengan rakan-rakan blogger yang dah kahwin dan yang akan berkahwin dan yang wajib kahwin dan yang bernafsu nak kahwin. yang tak nak kahwin langsung pergi main jauh-jauh. tips ni adalah daripada Ustaz Azhar Idrus. gua tak tahu lah kalau korang tak kenal ustaz ni. korang boleh pergi ke fan page ustaz di sini. korang jugak boleh tengok video-video ceramah terkini atau lama dari lain-lain ustaz termasuk juga Ustaz Azhar Idrus di sini. dan Ustaz Azhar Idrus adalah salah seorang feberet penceramah yang gua suka dengar. gua pernah post sebelum ni tips dari Ustaz Azhar Idrus di sini. semoga dengan ilmu dan amal ikhlas yang mencukupi dan disertai redha Allah, dapat memberi kita bekal yang secukupnya untuk dibawa kemuka pengadilan di akhirat nanti. insyaAllah. wallahua'lam.




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

:: Luahan Guru Praktikal 3: keruntuhan akhlak pelajar sekolah menengah ::

assalamualaikum.

"perhatian! ini bukanlah pengalaman gua. ini hanyalah luahan seorang guru praktikal. luahan ini bukanlah rekaan semata-mata. tapi mungkin sesetengah sahaja yang direka. luahan ini mungkin dilakukan dek kerana tekanan yang dihadapi ketika sedang menjadi seorang 'guru praktikal'. luahan pertama boleh dilihat di sini dan luahan ke dua boleh dilihat di sini." -penulis belog amiyo.

*******************************


dalam entry yang ini, ai ada bagitaw yang ada 1 lagi kesah berkenaan dengan perangai pelajar-pelajar sekolah sekarang .. dan kesah yang ai nak bagitaw ni bukanla bertujuan untuk memburuk-burukkan pelajar sekolah zaman sekarang, sebaliknya sebagai satu medium untuk kita (bakal mak ayah) bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku apabila anak kita memasukki sekolah menengah nanti .. *huhhh, seyes dowh.. macam melaporkan berita dunia jam doblas malam*

cerita ni diperdengarkan di kantin sekolah, yang pada masa tu hanya tinggal 2 orang guru praktikal dan 3 orang guru veteren .. kelima-lima mereka adalah guru wanita ..

kisah 1
Kak Han (guru veteren merangkap GK Vokasional sekolah ai praktikal sekarang) mula bercerita pasal seorang bekas pelajar sekolah ni .. pelajar lelaki .. pagi tu pelajar lelaki ni di temani oleh bapanya memasuki bilik Kak Han untuk satu kes yang melanggar peraturan sekolah, Kak Han takde pulak bagitaw apa kes tu .. Kak Han bagitaw yang dia nampak disekitar leher pelajar lelaki terbabit dipenuhi dengan gigitan asmara , yepp sangat tak senonoh kan? memula disoal memang budak tu tak mengaku, macam-macam alasan yang diberikan macam terjatuhla, nyamuk gigit pastu dia garu sampai tinggal kesan .. arghh macam-macamla .. yang ayah pelajar terbabit hanya tunduk diam membisu apabila Kak Han bertanyakan soal gigitan 'makhluk perosak' tu .. (gigitan asmara nampak macam sesuai untuk laki bini yang sah nikah je, kalo takat buat ngan gf baik ai panggil gigitan makhluk perosak, nampak lagi sesuai hahaha) .. biler budak laki tu tanak bagi jawapan sebenar terus Kak Han psiko budak tu .. dia cakap "kat sekolah ni ada seorang cikgu yang kalo dia tanya awak, awak memang takkan teragak-agak untuk ceritakan semua kisah dari A sampai Z.. so awak nak suh saya panggil dia sekarang ke?"

dengar je ayat tu memang pelajar lelaki tu mula tak senang duduk dan memang terbuktilah yang gigitan makhluk perosak tu dilakukan oleh gf dia .. dan nasib baiklah jugak gf dia tu belajar kat sekolah lain, kalo tak maunya kena pindah sekolah bersama .. hai hai, umur 16 tahun dah reti sumer benda tu ..

kisah 2
Kak Zah seorang guru veteren baru je ditukarkan dari sebuah sekolah menengah di Sepang, dia bagitaw kat sekolah dia dulu kisah buat benda tak senonoh ni berlaku sampaikan budak pompuan tu mengandung, nau'zubillah .. paling tak sangka bila perbuatan tak senonoh tu dilakukan disekolah , bukan di rumah maupun di hotel-hotel murah =.= nak taw canner ?

b4 dat .. ai nak tanya, kalo anak-anak uols pergi sekolah awal-awal pagi, uols mesti agak dia kena duty or ada benda yang 'baik-baik' dia nak buat kan? dan mesti uols tak terfikir yang anak uols pergi sekolah pepagi untuk buat benda tak senonoh sampai termengandung kan? memang tak la kan??

tapi tulah hakikat .. dia datang sekolah seawal jam 6 pagi or maybe jam 6.3o pagi semata-mata untuk melempiaskan nafsu serakah-yang-takberkesudahan-kalo-sudah-pon-biler-pakai-kain-kapan kat sekolah .. Allahuakbar, masa tu memang bulu roma ai berdiri sakan .. ai tengok muka Huda, memang nampaklah kekagetan dalam anak mata nya.. huhu ..

ai terfikir yang mak bapak budak tu mesti tak sangka yang anak dia datang sekolah awal untuk buat benda tu, tapi takkan sedikit pon tak terdetik dalam hati mereka yang tak logiknya datang sekolah pukul 6 pagi .. kalo tak terdetik rasa tak logik, takkanlah langsung diorang tak risau yang anak-anak dah sampai sekolah waktu gelap gelita, kalo berlakunya kejadian rompak ka, rogol ka? tak dak perasaan cam gitu ke weh, mak bapak sekalian??? adoi, tak terjangkal akal waras ku .. hurm..

ok, tu saja kot kesah yang ai nak share .. semoga apa yang berlaku ni, takkan berlaku pada anak-anak kita, anak sedara kita, anak sepupu kita , anak sahabat kita mahupun anak-anak umat Islam yang lain .. hurmmm .. so sad to hear that .. betapa maruah bangsa Melayu yang menganut agama Islam semakin runtuh dibawa arus kemaksiatan ..
*maksud ai bukan semuanya akhlak runtuh dan rosak.. tapi kebanyakan untuk masa sekarang..
*******************************

-sekian luahan guru praktikal 3-

Sunday, June 19, 2011

:: Bagaimana Melayari Internet dengan Kebersamaan Allah ::

Assalamualaikum. Pertama sekali kredit kepada laman web Dewan Perwakilan Mahasiswa Syubra (DPM) atas nasihat yang sangat berguna ini terutama kepada kita selaku pengguna internet yang tegar. Dah update blog pun hari-hari takkan tak tegar lagi kot. DPM adalah salah satu persatuan pelajar di Mesir, tempat penulis blog amiyo sedang exam sekarang. err. Maksud gua tempat study. =__=



Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan.

Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merealisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin

Saturday, June 18, 2011

:: Luahan Guru Praktikal 2: zaman persekolahan dulu dan sekarang ::


assalamualaikum.

"perhatian! ini bukanlah pengalaman gua. ini hanyalah luahan seorang guru praktikal. luahan ini bukanlah rekaan semata-mata. tapi mungkin sesetengah sahaja yang direka. luahan ini mungkin dilakukan dek kerana tekanan yang dihadapi ketika sedang menjadi seorang 'guru praktikal'. luahan pertama boleh dilihat di sini." -penulis belog amiyo.


*******************************

biler dah genap seminggu ni, banyak benda yang ai dapat perhatikan, benda yang membawa perubahan dalam hidup ai. yea lah, mana tak berubah sebab dulu ai daftar masuk sekolah sebagai pelajar nakal tapi sekarang ai daftar masuk sekolah sebagai seorang guru pelatih. paling ketara perubahan adalah.
1. bilik : dulu tempat ai, bilik darjah yang pakai kipas siling je, awal tahun kalo lambat masuk kelas mesti dapat bahagian tepi sekali yang jauh ngan kipas, time tu memang rasa nak bentak-bentak je kepala classmate yang dapat meja betul-betul bawah kipas.. sekarang ai duduk dalam bilik guru ber ekon walaupun sementara waktu, tapi berbaloi-baloi dengan cuaca yang panas sekarang..
2. laluan : kalo dulu, ai paling takut or malas nak lalu bilik guru, sebab takut terserempak ngan ustazah or cikgu-cikgu perempuan yang suka tegur tudung, stokin, kain sekolah or kasut yang ai pakai.. pendek kata uniform sekolah tu dari ataih sampai bawah tak ikut rules yang ditetapkan =.= .. lagi satu ai malas nak senyum-senyum or wat muka baik depan cikgu, pulak-pulak kalo jumpa cikgu yang spesies muka ketat dan tak reti nak jawap salam student, yang tu memang buatkan ai rasa nak plasterr je mulut beliau.. tapi tulah, tu sumer dulu.. haha.. sebab sekarang pepagi lagi ai dah menapak kat laluan untuk masuk ke bilik guru pelatih ^^

3. salam : dulu ai yang memberi, but now i yang menyambut salam ..

4.
exam : when i was sitting for exam dulu, macam-macam toyol ai buat, ataih meja, dalam pensil case, even belek buku masa exam ai berani, but now ai terpaksa deal ngan students yang perangai cam ai dlu sebab ai tanak tanggung dosa sebab tak tegur or amik ape-ape tindakan ke atas diorang biler diorang kantoi meniru.. yeah what u did, u get back.. prinsip ai senang je, nak meniru lantak u lah, tapi jangan bagi kantoi ngan pengawas exam.. sebab pengawas exam memang ditanggungjawabkan untuk menjaga keharmonian dewan peperiksaan tu..if pengawas tu tak tegur or warning or even tak kesah dengan penipuan yang berlaku, dia akan tanggung dosa tu..but if lepas dia dah buat sumer, tegur dah, larang dah, but still student tanak dengar so kira macam dah lepas la kan.. hmm
5. teacher's meeting : dalam seminggu tu at least 1 hari cikgu-cikgu akan ada meeting, tak kesahla petang or pagi.. kalo sekolah ai dlu, ckgu-cikgu akan meeting pagi Isnin, but sekolah sekarang cikgu-cikgu meeting petang khmis. dulu ai tengok je cikgu-cikgu masuk bilik meeting pot-pet-pot-pet pasal prestasi, pasal yuran, pasal benda-benda yang perlu dimeetingkan, but now, ai become 1 of teachers yang masuk dalam meeting's room dan dengar segala benda yang ai tak pernah dengar zaman sekolah dulu..
6. cikgu : dulu ai yang panggil somebodyelse CIKGU, but now somebody or everybody was calling me cikgu/cikgu praktikal.. =.=

7.
pengetua : ai tak pernah berani nak bersemuka or mengadap muka pengetua sekolah ai dulu, but now 2 3 orang pengetua ai dah jumpa dan bercakap or even kena sembur direct.. pengalaman!! haha

okkeh dah tak larat nak list.. if i got any ideas, i'll updet later on.. chow..


*******************************

-sekian luahan guru praktikal 2-