assalamualaikum.
"perhatian! ini bukanlah pengalaman gua. ini hanyalah luahan seorang guru praktikal. luahan ini bukanlah rekaan semata-mata. tapi mungkin sesetengah sahaja yang direka. luahan ini mungkin dilakukan dek kerana tekanan yang dihadapi ketika sedang menjadi seorang 'guru praktikal'. luahan pertama boleh dilihat di sini dan luahan ke dua boleh dilihat di sini." -penulis belog amiyo.
*******************************
dalam entry yang ini, ai ada bagitaw yang ada 1 lagi kesah berkenaan dengan perangai pelajar-pelajar sekolah sekarang .. dan kesah yang ai nak bagitaw ni bukanla bertujuan untuk memburuk-burukkan pelajar sekolah zaman sekarang, sebaliknya sebagai satu medium untuk kita (bakal mak ayah) bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku apabila anak kita memasukki sekolah menengah nanti .. *huhhh, seyes dowh.. macam melaporkan berita dunia jam doblas malam*
cerita ni diperdengarkan di kantin sekolah, yang pada masa tu hanya tinggal 2 orang guru praktikal dan 3 orang guru veteren .. kelima-lima mereka adalah guru wanita ..
kisah 1
Kak Han (guru veteren merangkap GK Vokasional sekolah ai praktikal sekarang) mula bercerita pasal seorang bekas pelajar sekolah ni .. pelajar lelaki .. pagi tu pelajar lelaki ni di temani oleh bapanya memasuki bilik Kak Han untuk satu kes yang melanggar peraturan sekolah, Kak Han takde pulak bagitaw apa kes tu .. Kak Han bagitaw yang dia nampak disekitar leher pelajar lelaki terbabit dipenuhi dengan gigitan asmara , yepp sangat tak senonoh kan? memula disoal memang budak tu tak mengaku, macam-macam alasan yang diberikan macam terjatuhla, nyamuk gigit pastu dia garu sampai tinggal kesan .. arghh macam-macamla .. yang ayah pelajar terbabit hanya tunduk diam membisu apabila Kak Han bertanyakan soal gigitan 'makhluk perosak' tu .. (gigitan asmara nampak macam sesuai untuk laki bini yang sah nikah je, kalo takat buat ngan gf baik ai panggil gigitan makhluk perosak, nampak lagi sesuai hahaha) .. biler budak laki tu tanak bagi jawapan sebenar terus Kak Han psiko budak tu .. dia cakap "kat sekolah ni ada seorang cikgu yang kalo dia tanya awak, awak memang takkan teragak-agak untuk ceritakan semua kisah dari A sampai Z.. so awak nak suh saya panggil dia sekarang ke?"
dengar je ayat tu memang pelajar lelaki tu mula tak senang duduk dan memang terbuktilah yang gigitan makhluk perosak tu dilakukan oleh gf dia .. dan nasib baiklah jugak gf dia tu belajar kat sekolah lain, kalo tak maunya kena pindah sekolah bersama .. hai hai, umur 16 tahun dah reti sumer benda tu ..
kisah 2
Kak Zah seorang guru veteren baru je ditukarkan dari sebuah sekolah menengah di Sepang, dia bagitaw kat sekolah dia dulu kisah buat benda tak senonoh ni berlaku sampaikan budak pompuan tu mengandung, nau'zubillah .. paling tak sangka bila perbuatan tak senonoh tu dilakukan disekolah , bukan di rumah maupun di hotel-hotel murah =.= nak taw canner ?
b4 dat .. ai nak tanya, kalo anak-anak uols pergi sekolah awal-awal pagi, uols mesti agak dia kena duty or ada benda yang 'baik-baik' dia nak buat kan? dan mesti uols tak terfikir yang anak uols pergi sekolah pepagi untuk buat benda tak senonoh sampai termengandung kan? memang tak la kan??
tapi tulah hakikat .. dia datang sekolah seawal jam 6 pagi or maybe jam 6.3o pagi semata-mata untuk melempiaskan nafsu serakah-yang-takberkesudahan-kalo-sudah-pon-biler-pakai-kain-kapan kat sekolah .. Allahuakbar, masa tu memang bulu roma ai berdiri sakan .. ai tengok muka Huda, memang nampaklah kekagetan dalam anak mata nya.. huhu ..
ai terfikir yang mak bapak budak tu mesti tak sangka yang anak dia datang sekolah awal untuk buat benda tu, tapi takkan sedikit pon tak terdetik dalam hati mereka yang tak logiknya datang sekolah pukul 6 pagi .. kalo tak terdetik rasa tak logik, takkanlah langsung diorang tak risau yang anak-anak dah sampai sekolah waktu gelap gelita, kalo berlakunya kejadian rompak ka, rogol ka? tak dak perasaan cam gitu ke weh, mak bapak sekalian??? adoi, tak terjangkal akal waras ku .. hurm..
ok, tu saja kot kesah yang ai nak share .. semoga apa yang berlaku ni, takkan berlaku pada anak-anak kita, anak sedara kita, anak sepupu kita , anak sahabat kita mahupun anak-anak umat Islam yang lain .. hurmmm .. so sad to hear that .. betapa maruah bangsa Melayu yang menganut agama Islam semakin runtuh dibawa arus kemaksiatan ..
*maksud ai bukan semuanya akhlak runtuh dan rosak.. tapi kebanyakan untuk masa sekarang..
*******************************
-sekian luahan guru praktikal 3-
7 orang tengah bermadah:
memang murid-murid sekolah sekarang dah semakin runtuh akhlaknya. bukan sekolah menengah sahaja, malah sekolah cikmas praktikal tu, sekolah rendah. tengah mengajar tetibe sempat lagi kiss mulut. tahan geram jek masa tu.
sedey bace.. ape nak jd ngan dunia. minx mak bapak concern sket la...
MasyaAllah..Nauzubillah...
takutnya sy nak membesarkan anak suatu hari nanti..mesti byk dugaan zmn skrg ni...
Lebih baik hidup di zmn dulu walaupun agk kuno,tp sekurang2nya masalah2 sosial kurang...
masa aku skolah dulu ari2 tengok aksi panas di skolah.nasib la bukan skolah aku.nasib masa tu tak da henpon kamera.hehehe
adehh . macam2 lah
skang ni budak2 dah advance kot.
skolah aku dulu alhamdulillah takde yg gituu gituuu
ai guru praktikal gak neh..!!!
canner ai nak buat ha??
u boleh tolong tny 'cegu praktikal' tu gak x? kot2 la dia boley tolong ai.. haha
Post a Comment