BiLa UnTa dAh kEnE AnoRekSia,
KaMbINg mULa hyPerTensioN,
LEmBu pURa2 bUaT PsikO,
aYaM jE NaMpAk cOOL,
tU tAnDAnyA RaYa KoRbAn daH tIbA.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
"كل سنة وانتم طيبين"
Kali ni dah masuk kali keempat aku beraya di bumi anbiya' ni. Dua kali raya 'aidilfitri dan dua kali raya haji aku pernah sambut di sini. Nak kata sedih sangat tu takde la sebab dah masuk kali keempat ni. Dah kalis dah untuk nak sedih-sedih ni. Ha ha. Tapi orang-orang tersayang di Malaysia tetap dalam ingatan. Terutama untuk mak dan ayah aku, selamat hari raya 'aidiladha maaf zahir dan batin. Alhamdulillah malam raya aku sempat jugak la call family aku di Malaysia. Alhamdulillah diorang semua sihat walafiat.
Sebenarnya aku ni dah terlewat kot untuk post pasal raye haji ni. Tapi untuk tatapan keluarga dan member-member aku, aku post kan jgk la. Nak tulis awal-awal hari tu memang tak sempat la sebab raya kat sini pun tak kurang meriahnya kalau nak dibandingkan dengan beraya di Malaysia (ayat bajet tenang tak balik raya). Malahan aku rasa raya kat sini lagi meriah kot. Tapi kalau raya puase kat sini memang tak meriah sangat la di kalangan rakyat Mesir. Terbalik pulak dengan Malaysia kan? Kali ni aku malas la nk menulis panjang-panjang. takdak mood! Aku just nk kongsi gambar-gambar aku dengan kawan-kawan yang beraya jauh di perantauan tahun ni. InsyaAllah raya puasa tahun depan aku nk raya kt Malaysia bersama orang-orang tersayang. Yeahhh...!!! InsyaAllah...
-Malam raya-
the making of kuah kacang. anak-anak buah sedang mem'proses' kulit kacang. keh3.
tugas Azri untuk mencari resepi di internet. nak buat kuah kacang dan rendang daging. he he.
ha ha. akhirnya resepi untuk buat rendang berjaya ditemui Azri. RENDANG TOK...!
beliau tengah proses daging.
apa yang penting?? kerjaa sama!! ha ha ha.
akhirnya. kuah kacang siap. keh3.
rendang tok juga tak kurang lazatnya. lazatkah...??!! muhaha.
Pagi raya tu kami solat dengan arab je kat masjid. Tak same dngn sebelum ni kitorang solat dengan budak-budak melayu yang dianjurkan oleh persatuan pelajar melayu kat sini. Kalau solat dengan arab lepas subuh kejap je dah start. Awal woo...
**********************************
-Raya pertama-
nasi himpit yang tak berapa nak himpit kata beliau. ha ha ha
hidangan nasi himpit denga kuah kacang dan rendang buatan orang bujang.
**********************************
-Raya ketiga-
expert lah konon lapah daging unta. :P
ok. buat kerja elok-elok.
ok. potong elok-elok.
penat buat kerja lah sangat, minum la dulu.
minum-minum.
maaflah kalau mak ayah tengok gambar ni kabur sikit. :D
ok. Azri nak nyanyi lagu "Dedang Perantau" nampaknya.
Amin pon tak kurang berbakat lah sangat.
Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu aku sediakan. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan rakan-rakan yang baik kepada aku. Tanpa mereka semua di sini, mungkin raya tidak semeriah ini. Selamat hari raya dan terima kasih kepada ahli bait Mahattoh Mouyyah. Ahli rumah aku. Sekian.