Friday, November 13, 2009

:: Blog. Blog. Blog. bla. bla. bla. ::

Assalamualaikum.

Ada apa dengan blog ni? Belog Amiyo? Hari ni tercapai jugak la hajat aku nak buat blog ni. Sebenarnya dah lama aku nak buat blog. Nak kata aku ni sibuk sangat sampai tak sempat nak buat benda ni? Wallahua'lam.

Cinta dan Murka Allah? Ape la maksud tajuk blog aku tu ye.sekarang belog|amiyo). Sebenarnya itu adalah tajuk sebuah buku ilmiah. Aku pau je tajuk tu letak jadi tajuk blog aku. ha ha ha. Sungguh berbakat diri ini. Banyak maksud tersirat dalam tajuk tu. Act, jadi peringatan untuk diri aku gak. Aku tak buat sebarang tema pun untuk blog ni.

Tema agama? Tema bola sepak? Tema jiwang?(x mungkin sama skali) Tema patriotik?(hahaha) Semua tu aku tak ambil kira pun dalam blog aku ni. Sebab aku akan post kan ape je yang aku rasa nak post. Contohnya pasal kehidupan aku dan kawan-kawan sebagai penuntut Al-Azhar di Mesir ni. Pasal keagamaan tu sudah tentu la aku akan jadikan sebagai salah satu dari kewajipan aku untuk aku post kan. Aku ni dh la nak berdakwah macam penceramah-penceramah hebat tak boleh. Naik depan then pegang mic. Fuuhh! Sudah pasti lutut ini akan menjadi longgar dan tak hairan la jika tiba-tiba mic yang aku pegang tu jatuh menyembah bumi.(itulah aku sebagai penuntut al-azhar) So, aku akan ambil peluang yang ada ini untuk aku berdakwah je lam blog milik aku ni. Akan diselang selikan juga benda melalut yang bakal di post kan. ha ha ha.

Mungkin lagi banyak yang aku nak melalut kot dalam blog ni nanti. Tapi sekurang-kurangnya ketika aku nak melalut dalam blog ni nanti aku akan melihat tajuk blogku ini. Mungkin menyebabkan idea-idea melalut yang akan ku taip tadi sedikit luntur. Tapi tak semua yang luntur kot..??!!


Aku ni bukan pandai sangat pun nak mengarang ni. Sebab dah lama tak buat karangan bahasa melayu yang Cikgu Fauzi suruh buat. ha ha. Kalau setakat chating aku tak hairan la. Semua orang pun boleh. Guna bahasa yang serba ringkas. Aku pun tak perasan yang aku tengah taip ni pun banyak perkataan yang aku ringkaskan. So, aku harap korang yang baca blog aku ni nanti jangan la dok komen pasal penulisan aku kat blog ni. (macam la ramai nk baca blog aku) Satu lagi pesanan. Aku ni anak jati kelantan. Korang paham-paham jela kalau aku tersasul ke pape ke. he he he.

huh. Seperti yang sudah termaktub tadi. Bakat aku dalam bidang penulisan sudah luntur. Dah la asal memang pudar. Ditambah pulak dengan kelunturan ni. Maka dikhuatiri tidak ada lagi la bakat menulis yang tersisa dalam diri aku ini.

Maka dengan lafaz bismillahirrahmanirrahiim, aku selaku pemegang share terbesar blog yang bertajuk "cinta dan murka Allah" merasmikan blog ini. Sambil minum kopi yg d buat oleh hosmate aku, aku tersengih-sengih membaca tulisan aku di atas.

0 orang tengah bermadah: