Friday, November 20, 2009

:: STAR-BIEL fc atau JUBAH fc? ::




masih lagi jersi pinjam



Bola. Bola. Bola. Tapi jangan salah sangka la plak. Blog aku ni bukan blog bola sepak la. He he he. Selepas setahun, akhirnya tercapai jugak la hajat team bola aku kat Mesir ni nak menyarung jersi kami sendiri. STAR-BIEL fc! Cuti musim panas tahun ni tak ramai kawan aku yang pulang ke tanah air. Mungkin mereka lebih seronok merayau-rayau di bumi anbiya' ini. aSambil melawat piramid yang masih gagah berdiri di padang pasir. 

Tapi beberapa orang kawan aku yang pulang bercuti ke tanah air pula mungkin berseronok dengan keluarga tercinta sambil mambalas dendam dengan memakan apa saja makanan yang tak ade di mesir ni. Nasi lemak? Nasi kerabu? Ayam percik? Tempoyak? Budu? Perrgghhh! Sungguh beruntung mereka yang pulang. Sudah setahun lebih aku tak membaham semua itu. Hari untuk aku pula membalas dendam insyaAllah akan tiba juga pertengahan tahun depan. Akan ku hentam secukup rasa. He he.

kami membuang waktu di piramid. jangan tgk kasut yg aku pakai. kah3!

Faiz Hamdan (bukan nama sebenar), adalah salah seorang kawanku yang pulang bercuti ke Malaysia pada tahun ini. Beliau adalah seorang ayam tambatan dalam pasukan star-biel fc yang telah banya k membantu kejayaan pasukan.Walaupun hanya menggunakan jersi yang dipinjam dari persatuan pelajar tempat kami belajar, tapi ia langsung tidak menghalang pasukan kami untuk merangkul juara piala exco 2009. Faiz (bukan nama sebenar) telah diamanahkan oleh kami untuk membeli jersi pasukan star-biel di Malaysia.  Selaku seorang yang sudah pro tentang bola sepak, dia sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menunaikan amanah membeli jersi ni.
Tapi.......

jersi a.k.a jubah mini kami. damnn!

Sungguh sadis aku melihat saiz jersi yang di beli Faiz (bukan nama sebenar). Apa dia ingat mentang-mentang kitorang tak balik cuti ke Malaysia ni badan boleh jadi macam arab ka? Jersi ke jubah ni wey? Jubah mini kah? Ha ha ha! Kesian sungguh kepada kami yan g setia menanti ni. Tapi tak apa. Kami masih belum terlambat sebenarnya untuk menempah kali yang ke 2 kerana Faiz (bukan nama sebenar) masih belum balik lagi ke Mesir. Hanya jersi kami je yang dikirim lebih awal kepada kawan kami yang lain, Waafi (bukan nama sebenar). Untuk tempahan ke 2 ni kami sudah menghantar maklumat lengkap kepada Faiz (bukan nama sebenar) tentang saiz dan warna yang diingini. Harap pasukan kami tetep kekal dengan nama "STAR-BIEL fc". Bukannya terpaksa ditukar kepada "JUBAH fc"!

kami bukan "jubah fc"



0 orang tengah bermadah: