Saturday, February 12, 2011

:: Tak Sabar Nak Kembali ke Bumi Anbiya' ::


Presiden Mesir,Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.


p/s: dah boleh tunggu arahan untuk kembali menuntut ilmu di bumi Mesir... :)

6 orang tengah bermadah:

iem said...

harap2 bumi mesir kembali aman lepas ni...

gluck (^_^)

zEri sAfEerA said...

Alhamdulillah :)

pasti sgt teruja kan...

FaKArePa!n said...

Akhirnya dia reti jugak letak jwatan.. huh!

jom baca entri baru..

Antara MU dan City

belog|amiyo said...

iema: insyaAllah.. :)

belog|amiyo said...

zeri: alhamdulillah..mst la agak teruja..sbb x sabar nk balik sane semula..hehe

belog|amiyo said...

fakera: tu la pasal..mmg tersangat degil la die ni..kalau letak jawatan 2 awal2 kan senang.. :D