Wednesday, September 28, 2011
:: Wordless Wednesday #17 ::
Labels:
football,
Wordless Wednesday
Tuesday, September 27, 2011
Monday, September 26, 2011
:: antara coklat berbungkus dengan coklat dihurung lalat ::
Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
[Surah An-Nur (24):31]
Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh
(haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan
ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
[HR Abu Dawud]
Allah SWT berfirman,
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka
mengulurkan jilbabnya.”
[Surah Al-Ahzab (33):59]
Sabda Rasulullah,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
[HR Bazzar dan At-Termizi]
[HR Bazzar dan At-Termizi]
Allah SWT berfirman,
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka”
[Surah An-Nur (24):31]
Sabda Rasulullah,
“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”
[HR Abu Dawud]
Allah SWT berfirman,
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”
[Surah Al-Ahzab (33):33]
*****************************
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan
mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa
menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan
perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka.
Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
[Surah An Nur(24):60]
p/s : "Hai hamba-hambaKu yang
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar: 53)
p/s/s : "Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga
kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian
bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada
kalian." (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi
Hurairah)
p/s/s/s: Kematian tidak menunggu kita. Setiap hari kita menghampiri kematian. Taubat tidak lagi berguna bila kematian hadir di depan mata.
p/s/s/s/s: coklat = gula-gula. keh3...
Labels:
Islamic Words
Sunday, September 25, 2011
:: Azab Meninggalkan Solat yang Sungguh Mengerikan ::
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
- Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
- Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
- Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
- Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
- Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
- Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
- Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
- Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
- Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
- Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
- Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
- Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
- Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
- Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
- Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
- Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
- Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
- Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
- Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
- Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah
SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada
batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia
kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti
melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"?
Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan
Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107.
Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107.
p/s: solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Labels:
Islamic Words
Saturday, September 24, 2011
:: jar of dreams ::
Labels:
Student Life,
tentang kehidupan
Friday, September 23, 2011
:: Amalan Yang Berguna Selepas Mati ::
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa
pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang
telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan
Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah
dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”
2. Bersedekah
Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku
telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau
menjawab, “Ya, dapat.”
3. Berpuasa
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki
menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal
dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah
aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab,
‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhnya hutang kepada Allah lebih
layak ditunaikan.
4. Haji
Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari
Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah
bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal.
Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab,
berhajilah untuknya. tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak
menerima pembayaran.”
5. Solat
Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah
s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada
mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada
mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya
perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka
dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”
6. Membaca al Quran
Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran
tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah
dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran
selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah
pahala bacaanku ini kepada. (nama almarhum dan almarhumah)
p/s: berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih ada.
p/s/s: artikel ini aku ambil dari Ustaz Azhar Idrus untuk dikongsikan dengan semua.
Labels:
Islamic Words,
Ustaz Azhaz Idrus
Thursday, September 22, 2011
:: I want u 2 marry a girl of my choice ::
Dad: I want u 2 marry a girl of my choice.
Son: No
Dad: The girl is Bill Gates'
daughter.
Son: Then ok
Dad goes 2 Bill GatesDad: I want ur daughter 2 marry my son.
Bill Gates: No
Dad: My
son is d CEO of the World Bank.
Bill Gates: Then ok
Dad goes 2
the President of the World Bank..
Dad: Apoint my son as the CEO of
ur bank.
President: No!
Dad: He is the son-in-law of Bill Gates.
President: Then ok!
This is BUSINESS
Wednesday, September 21, 2011
:: Wordless Wednesday #16 ::
Labels:
Wordless Wednesday
Thursday, September 15, 2011
Tuesday, September 13, 2011
:: Atok cikgu lagi hebat ::
Tiga orang budak di dalam sebuah sekolah tadika sedang asyik
bercerita tentang kehebatan atok masing-masing. Cikgu Siti sekadar
mendengarnya dari kejauhan.
Karim: Atok aku hebat dan kuat!
Atok aku boleh menyelam lama sampai satu jam tak timbul! Semua orang
kampung kenal atok aku yang hebat!
Samad: Atok aku lagi hebat! Minggu lepas atok aku tempeleng kerbau mengamuk! Sampai sekarang kerbau tu tak bangun-bangun lagi
Raju:
Atuk Samad tak hebat! Lepas atok Samad tempeleng kerbau tu, Atuk aku
tangkap Atuk Samad, sebab dia tempeleng Kerbau orang! Atuk Samad sampai
sekarang kat dalam lokap tak keluar lagi! Atuk akulah lagi hebat!
Samad:
Mana boleh! Atuk Raju jahat tangkap atuk orang mana aci! Kita lawan
pakai kehebatan bukan pakai jawatan! Atuk Raju Polis memanglah boleh
tangkap orang!
Karim: Takpe-takpe, jom kita tanya Cikgu Siti, Atok Siapa yang lagi hebat nak tak?
Mereka bertiga pun bersetuju dan bertanya kepada Cikgu Siti yang sedari tadi hanya memandang dan mendengar dari kejauhan.
Mereka bertiga bertanya serentak kepada Cikgu Siti
"Cikgu, cikgu.... Antara atok kami bertiga atok siapa paling hebat?!"
Cikgu Siti: Atok Cikgu paling hebat! Atok korang tak hebat!
"Kenapa pulak?!!" Tanya budak-budak kecil yang comel itu serentak.
Cikgu Siti: Atok Cikgu, dah 20 tahun kena tanam dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.
"Hebatnya........!" Kata mereka serentak.
Labels:
Jenaka
Thursday, September 8, 2011
:: [gambar] Perbezaan matahari pagi 25 ramadhan dengan hari-hari lain ::
Adapun
tanda umum yang dapat dilihat oleh kebanyakkan orang adalah matahari
terbit pada pagi itu tidak bercahaya. Ianya dikhabarkan oleh baginda
s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, At-tirmizi, Ahmad dan
lain-lain bahawa rasulullah s.a.w mengkhabarkan
"Tanda
berlakunya lailatul qadar adalah matahari yang terbit pada pagi itu
keputihan(dan dalam riwayat yang lain: kemerahan) yang tidak bercahaya."
Dikatakan sebabnya adalah kerana para malaikat turun pada malam itu
memenuhi bumi sehinggakan tiada satu jengkal pun dari muka bumi
melainkan terdapat malaikat disitu. maka apabila manusia bersolat subuh,
para malaikat mula naik ke langit. Maka dengan bilangan malaikat yang
begitu banyak beserta cahaya mereka -kerana malaikat dicipta dari
cahaya- maka terhalang cahaya matahari dengan cahaya para malaikat dan
menyebabkan pudarnya cahaya matahari.
Gambar-gambar ini diambil di mu'tah, Jordan dengan menggunakan kamera digital Nikon coolpix L11 dan ia juga adalah asli tanpa edit sedikitpun.
Gambar-gambar ini diambil di mu'tah, Jordan dengan menggunakan kamera digital Nikon coolpix L11 dan ia juga adalah asli tanpa edit sedikitpun.
pagi 21 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 23 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 24 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 25 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 25 Ramadhan 1432 Hijrah.
video pagi 25 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 26 Ramadhan 1432 Hijrah.
pagi 27 Ramadhan 1432 Hijrah.
credit : Mohammad Amir Wan harun.
Panel Taqyif fiqh- Daru Ifta'
Takhasus Fiqh Wal usul
Universiti Mu'tah, Jordan.
p/s : apa-apa pun wallahua'lam. hanya Allah yang lebih mengetahui.
Labels:
gambar,
Islamic Words,
Ramadhan 1432
Wednesday, September 7, 2011
:: Wordless Wednesday #14 ::
"Studies say 90% of women don't like men in pink T-shirts. IRONICALLY,
90% of men in pink T-shirts don't like women."
Labels:
Wordless Wednesday
Tuesday, September 6, 2011
Monday, September 5, 2011
:: video pertama diupload dalam youtube ::
Inilah video pertama yang pernah
diupload ke dalam Youtube. Ianya dimasukkan pada jam 8.27 pm 23 April
2005 oleh pengasas Youtube sendiri Yakov Lapitsky. Video ini adalah
tentang lawatan beliau ke San Diego Zoo. Aku peduli apa kalu korang dah tahu pun pasal benda ni. aku nak habak jugak! ha ha ha.
Labels:
fakta,
isu semasa,
melalut
Sunday, September 4, 2011
:: blog berjalan a.k.a blogwalking selepas raya ::
asalamualaikum.
aku rasa dah agak lama kot aku tak blogwalking a.k.a blog berjalan. sepanjang bulan Ramadhan yang lepas memang aku tak singgah mana-mana blog pon kot. kalau ada pon satu dua blog je dalam sebulan tu. yang aku buat hanyalah update entry berbentuk peringatan atau dakwah yang aku dapati dari segenap pelusuk internet untuk aku kongsikan. semoga berguna untuk sesiapa yang memerlukan. contoh entry tentang perihal punca batal puasa atau sebagainya.
walaupun aku takde dan malas dan memang tak sempat nak blogwalking ke mana-mana blog, alhamdulillah entry-entry yang dikongsikan sepanjang bulan puasa memang dicari-cari di google. sebenarnya pengetahuan yang macam ni memang sangat diperlukan tak kira waktupun. apa lagi di bulan Ramadhan. bulan ibadat.
aku harap korang semua puasa penuh tahun ni. :P terawih pon penuh. duit raya pon penuh. ha ha. sapa yang dapat duit raya meletop-letop banyaknya boleh kongsi dengan aku kat sini berapa korang dapat. kalau malu, guna je 'anony' untuk tinggal komen. keh3.
menu raya perantau untuk 2011. gambar dari blackberry Jerteh Boy. :P
alhamdulillah tahun ni mungkin raya terakhir aku di perantauan. untuk mak dan ayah, insyaAllah tahun depan kita raya sama-sama. mungkin raya perantauan kali adalah yang terbaik kot bagi aku sepanjang beberapa kali beraya di Cairo ni. kalau ada kesempatan insyaAllah aku akan buat entry khas untuk pengalaman raya perantauan pada kali ini.
ok. selesai je aku buat entru pembukaan selepas raya ni aku nak terus blogwalking ke blog korang. dah lama sangat dah kot tak blogwalking. sudi-sudilah tinggal komen untuk aku jejak kembali blog korang. terima kasih. :)
Jenis
yang manakah baju raya korang tahun ini? Yang tutup aurat atau bungkus
aurat? Pakaian hari raya pertama anda sudah menggambarkan adakah sebulan
bulan Ramadhan yang lepas memberi kesan atau tidak di dalam diri anda.
Renung-renungkan...
p/s: Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)
Labels:
belog amiyo
Subscribe to:
Posts (Atom)