Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa
pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang
telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan
Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah
dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”
2. Bersedekah
Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku
telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau
menjawab, “Ya, dapat.”
3. Berpuasa
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki
menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal
dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah
aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab,
‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhnya hutang kepada Allah lebih
layak ditunaikan.
4. Haji
Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari
Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah
bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal.
Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab,
berhajilah untuknya. tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak
menerima pembayaran.”
5. Solat
Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah
s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada
mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada
mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya
perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka
dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”
6. Membaca al Quran
Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran
tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah
dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran
selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah
pahala bacaanku ini kepada. (nama almarhum dan almarhumah)
p/s: berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih ada.
p/s/s: artikel ini aku ambil dari Ustaz Azhar Idrus untuk dikongsikan dengan semua.
9 orang tengah bermadah:
sedekah Al-Fatihah kepada ibu bapa setiap kali lepas subuh-pesan Dato' Fadzillah Kamsah. :-)
miyo,yg no 6 tu klu melibatkan pertandingan cmne plak tu eh
hmmmm.. yg no 6 tu slalu bla kt tmpat yg ada kematian je,org akan bgi duit..seolah2 tradisi org dlu2..
moga kita dipermudahkan disana nt.
kebanyakan amalan2 ini dibuat oleh anak kpd ibu bapa...
bagaimna jika tiada pertalian keluarga.. adakah sampai juga pahala tu..
Jika ada jawapan/website/link ntuk pertanyaan ni, bleh le paste kan....
suke bersedekah, xkira la dalam bentuk apa pun..:)
tazkiroh jumaat..bagus2;)
betul tu,berbaktilah pada ibubapa selagi mereka masih ada:)
Owh kiranya contoh kalau bersedekah kita niat dalam hati je ke utk yg meninggal, ke ade niat khas.... mekasih share..
insyaAllah . =)
Post a Comment