Thursday, February 24, 2011

:: igauan Pakistan ::

assalamualaikum

untuk intro kali ni gua nak mintak maaf la kepada pembaca setia blog gua sebab sudah 3 hari gua tak update blog ni. eh. gua cakap macam tu?macam la ade orang yang follow up blog gua ni. -.- baiklah. kesimpulannya gua sibuk. :D

semalam sempat jugak la gua tengok match Malaysia vs Pakistan. walaupun gua sendiri ade match futsal ngan kengkawan gua. tapi kat Hidayah Futsal tempat kitorang main ni ade tv lcd. sambil sambil gua gelecek bola sempat jugak la menjeling ke arah lcd itu. nampak sangat gua tak berapa fokus semasa bermain futsal semalam.kitorang main dari pukul 9malam-11malam je.

apa apa pon gua tengok palayer muda Malaysia main agak bagus semalam.  kalau passing lagi cantik, jarang passing bola atas angin. permainan semalam akan jadi lebih menarik. chewwahh.. blog gua ni kalau FAM baca, kurang kurang sangkut jadi coach kebangsaan la gua. lagi la tak sempat gua nak update blog ni. kedua dua gol yang dijaringkan pemain kita semalam memang cantik.

yang pasti perlawanan semalam sudah menjadi igauan ngeri kepada pasukan Pakistan untuk menerima kunjungan Malaysia pula dalam perlawanan timbal balik.


"igauan Pakistan"

*gambar(sahaja) credit to lah tube

Sunday, February 20, 2011

:: blog ini blog klasik ::

assalamualaikum..

ramai orang cakap yang gua "rajin update blog". :P
tapi gua tak pernah akui pon sebab takde la gua update sampai tiap tiap hari
ataupon sehari sampai sejuta entry yang tak berkualiti. lagipon gua berblog ni
bukannya hendak mencari kekayaan dengan iklan iklan dan sebagainya. tapi hanyalah
untuk mengisi waktu lapang tambah tambah lagi untuk waktu sekarang ni.
kan gua ni pelarian yang dapat diselamatkan dalam 'ops piramid' baru baru ini.
terima kasih kepada pihak yang terlibat.

ramai jugak orang cakap "hye,nice blog".
yer.. gua akui yang ini. memang agak 'nice' blog gua ni kan?
kalau tak takkan la ramai yang singgah kat sini yang habak mai macam tu.
tapi gua tahu. bukan semua yang memuji muji di mane mane blog membei pujian
yang ikhlas. ada jugak yang ikhlas dan yang ini lah yang sangat gua hargai.
bukan sekadar singgah hanya untuk mendapatkan balasan kunjungan ataupon
blogwalking ataupon BW.

ramai jugak yang cakap "salam ziarah".
oh bagus la. ziarah menziarahi ni kan amalan mulia. hehe.
gua agak agak je la orang yang cakap "salam ziarah" ni study kat Mesir kot.
takpon kat mane mane je la yang bidang keagamaan. sebab gua pon selalu gak pakai
ayat ni. -.-

ramai jugak yang cakap "singgah sini yo".
yo?? owh. itulah singkatan kepada panggilan nama gua. 'amiyo'
kiut bukan? tapi panggilan sahaja bukanlah menggambarkan gua seorang yang kiut.
ok?

ramai jugak yang cakap "hai! inginkan perut yang ramping?"
erkk.. maaflah. gua kurang berminat kalau yang macam ni. kalau
iklan tapak kasut yang kaler ijau tu ok gak.untuk
tambah ketinggian tu. letak je dalam kasut atau selipar korang.
gua ingat gua nak try lah. gua tengok ade la jugak sorang due member gua yang
pakai. gua nak try lah.
takpe kan?

tak kurang jugak yang habak "pernah tengok kucing menjilat telingnya sendiri?
jom singgah blog aku!"
ok la. not bad la cara sapaan dan tajuk blog tu. agak menggamit hati
penggemar kucing atau penggemar benda2 pelik untuk klik link ke blog beliau.
mane tidaknye. ade ke korang penah tengo kucing boleh jilat kepala
beliau sendiri?


dalam banyak banyak diorang duk habak dan cakap cakap ni.
gua ade la tertarik satu ni (dalam bulatan merah).........

"gile klasik blog ni..cantek syehh!!"


*hidung gua mula kembang kecut...
*gud luck macroteaching esok.. :D

Saturday, February 19, 2011

:: (gambar) Jutaan memenuhi Medan Tahrir dengar Khutbah Qardhawi ::















*subhanallah..kalau tak balik Malaysia ni boleh jugak join.. :D

Friday, February 18, 2011

:: saya dan segenap rakyat... ::

SAYA DAN SEGENAP...
RAKYAT



Presiden
Wakil Presiden
Menteri Agama
Menteri Badan Usaha Milik Negara
Menteri Pertahanan
Menteri Dalam Negeri
Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia
Menteri Kebudayaan dan kesenian
Menteri Kehutanan
Menteri sumber manusia
Menteri Kelautan dan Perikanan
Menteri Kesihatan
Menteri Kewangan
Menteri Komunikasi
Menteri Koperasi
Menteri Luar Negeri
Menteri Tenaga kerja
Menteri Pembangunan Daerah Desa
Menteri kebudayaan dan kesenian
Menteri Belia Dan Sukan
Menteri Pendidikan
Menteri Perdagangan
Menteri Ekonomi
Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional
Menteri Perhubungan
Menteri Perindustrian
Menteri Pertahanan
Menteri Pertanian
Menteri Perumahan Rakyat
Menteri Teknologi
Menteri sastera Negara
Menteri Sosial
Menteri Tenaga

pengetua
guru besar
cikgu kanan
cikgu hem
cikgu seni
cikgu sejarah
cikgu math
cikgu pjk
pembantu kerani
cleaner

mat dispet
mat pet
mat lima suku
mat rempit
mat belia

pemilik facebook
pekerja facebook

chef
tukang basuh pinggan
pelayan

Dokter
nurse
pesakit
pelawat pesakit
kerani hospital

Manager Hotel
Manager Restoran
Manager Sea food
Manager Supermarket

pekerja hotel
pekerja angkat barang hotel
ppembawak lori

encik abu
encik hassan
encik anuar
cik siti
cik joyah
cik minah

abg manan
abg mior
abg sepul

tok mudim
tok ketua
pak imam
bilal
ketua daerah
penjawat awam
penjawat swasta
kaki lepak
budak skola
budak skola perempuan
pekerja mydin pekerja the store

budak emall
budak skim cepat kaya
budak siber
kaki anta virus
kaki cilok cips poker org

orang gila
Pengemis
dan Seluruh Kampung
............
............
............

MENYUKAI STATUS ANDA!!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶


*best jugak kan kalau komen kat status facebook member gune ayat kat atas.. :P

Wednesday, February 16, 2011

:: Siapa Mary? ::



Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang rileks sambil duduk membaca suratkhabar...
tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk..
PANG!!....diketuknya atas kepala si suami...si suami yg terpinga2...bertanya..
"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??"....
si isteri pun menjawab...."nah! awak tengok nih".. sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama..'Mary'..
si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....
Dgn tenang si suami menjawab.... "ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary....."
si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....
Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu....
PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....
Si suami pun bertanya...."aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???"...
Dengan selamba..si isteri menjawab...."KUDA AWAK TELEFON!!!!".....
=.=

*sumber

Tuesday, February 15, 2011

:: salam maulidul rasul ::



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW...

Monday, February 14, 2011

:: gila komputer? ::

Hati-hati jika anda seorang yang gemar menggunakan komputer sepanjang hari! Anda boleh terdedah kepada bahaya Carpal Tunnel Syndrome.

Carpal Tunnel Syndrome ialah penyakit yang menyerang bahagian pergelangan tangan. Penyakit ini mampu menyebabkan tangan menjadi lumpuh. Risiko penyakit ini ialah sebanyak 10% untuk orang dewasa.



Gejala :
· Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
· Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
· Sering menjatuhkan barang

Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
· Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
· Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
· Duduklah dengan tegak.







*sumber...

Sunday, February 13, 2011

:: only in egypt part 2 ::

:: sepandai-pandai pelajar perubatan ::



Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadiseorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat",katanya…sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat danmen jilatnya.
terkebil-kebil semua pelajar apabila menjilat jari masing-masing, rata-rata mereka rasa nak termuntah...
malah ada yang termuntah hanya kerana tercium bau jari mereka yg disumbatkan ke dalam mulut mayat itu...
ada yang menangis meyesal memilih bidang perubatan dan mahu pulang saja ke kampung.
Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang kearah mereka dan berkata….
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi….
saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk…..
SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….PAHAM!!!!!

*kepada pelajar perubatan jangan ambil hati taw..gurau jakk..!! keh3...

Saturday, February 12, 2011

:: Tak Sabar Nak Kembali ke Bumi Anbiya' ::


Presiden Mesir,Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.


p/s: dah boleh tunggu arahan untuk kembali menuntut ilmu di bumi Mesir... :)

Thursday, February 10, 2011

:: Bahariya Oasis ::

kalo refer pada entry sebelom-sebelom ni.. percutian ke Bahariya Oasis bermula lebih kurang serentak dengan kebangkitan rakyat Mesir menentang Hosni.. balik je ke Kaherah memang keadaan kucar-kacir, dengan tenet nye da kena potom-potom-potom *macam iklan stimix daa* memang tade masa nak hapdet citer percutian la kan..

dan entry kali ni pon bukan nak bagitaw tentatif program ke hapa.. cuma nak kongsi gambar yang riban-riban di ambik kat cna.. ponat posing cam tu cam ni, takkan nak buat pekasam. lainla kalo pekasam tu ada nilai macam emas tulen kan?












nak tengok lagi?? bayarrr arr nah tengok sini and situ..



Wednesday, February 9, 2011

Tuesday, February 8, 2011

:: penulis masih bernafas ::

assalamualaikum. alhamdulillah. kesyukuran yang tak terhingga gua panjatkan ke hadrat Ilahi. kerana gua masih diberi peluang untuk bernafas. gua diberi peluang untuk pulang sekali lagi ke tanah air tercinta. dan gua rase semua maklum pasal kejadian yang berlaku di Mesir dan bagaimana kami peljar Malaysia dibawa pulang ke tanah air secara berperingkat peringkat. kalau sesiapa yang tengok tv semalam dan hari memang jelas terpampang lah rombongan pertama pelajar kita yang sampai ke Malaysia. alhamdulillah sekali lagi gua ucapkan kerana gua telah termasuk dalam rombonga pertama yang tiba di Malaysia.

tindakan seterusnya ialah gua nak sambung update blog gua setelah sebulan tak berinternet gara gara kejadian di Mesir. kalau tengok kepada entri yang sebelum ni Baharia Explore 2011 ,itu la sasaran gua nk update. kalau pasal kejadian di Mesir malas la pulak gua nak bercerita. tapi bergantung jugaklah kepada tahap kerajinan gua. sebab kalau ikutkan memang pengalaman gua kat sana senpanjang kejadian memang best walaupun agak menakutkan.ape ape pon nantikanlah kisah pengembaraan kami ke Baharia Oasis...!! keh.. keh.. keh...


gambar permulaan..sekadar menambah keterliuran.. :P