Friday, July 15, 2011

:: burung marah gila ::




assalamualaikum.

hai. apa khabar readers gua yang kacak dan comel? korang buat apa hari minggu macam ni? owh kalau kat pantai timur memang Jumaat dan Sabtu adalah hari minggu. yang lain-lain tu sabar je la yer. yang gua ni pulak tak dak beza hari minggu ke tidak. memang gua makan, tidur, bangun je kerjanya. tak payah ngengada nak jeles dengan gua. gua memang tengah cuti sekarang ni. tengah tunggu risult final exam. cuak gila.

pernah layan cerita omputih bertajuk Prison Break? ada empat seasons kalau tak silap gua dan semua gua khatam. kah kah kah. best weh cerita tu. geng-geng gua download dan gua layan sampai muntah. dah satu season berbelas episod. mana tak muntah kalau empat seasons gua layan direct. bengkak mata pon tak apa weh. terukkan perangai gua.
 
eh macam tak berkait je dengan tajuk entry gua. macam ni lah. sebelum gua melalut lagi jauh. gua memang tak boleh kalau dah bukak 'creat new post' memang tangan gua jalan je atas keyboard ni. lepas demam drama dah habis, keluar la pulak game Prison Break ni. memang best gila. kalau tak minat game pergi main jauh-jauh. ok gua gurau. game ni memang betul-betul ikut jalan cerita yang asal. memang perlukan strategi dan kepantasan. gua apa lagi. gunakan sebaik mungkin masa cuti ni dengan mngadap benda ni. kalau mak gua kat Malaysia tahu dah tentu-tentu beliau suruh gua balik terus. +__+

ok la bagi gua kalau nak gila game yang mencabar minda macam ni. tapi gua agak pelik jugak dengan manusia-manusia yang tengah menggila dengan game Angry Birds! gua pun tak tahu la macam mana game ni boleh jadi fenomena sekarang ni. sampaikan habis segala benda nak ada gambar burung gila ni. dari baju, spender, laptop. henpon. sampaikan gua pun main sekali. arghh! damn! 

susah jugak gua nak agak tahap gila game burung marah gila ni. kalau tahap member gua, biasa lah kalau setakat ajak lunch memang tak berganjak lah dari bertapak depan laptop. ingatkan tengah webcam dengan buah hati ka. maksud gua mak bapak di Malaysia. rupa-rupanya tengah hadap burung marah! gua delete kang menatang Angry Birds neh. ha ha ha. 

untuk sesapa yang tak tahu apa itu Angry Birds. korang pergi tanya pakcik gugel. kalau nak try demam jugak korang try download dan try lah hadap benda ni. kalau antibody korang kuat macam gua, korang takkan gila kan game sengal macam burung marah ni!



p/s: gua dah masuk stage dua main game Prison Break. mu ha ha ha.
p/s/s: baru gua perassan yang gua selalu up gambar kaler kuning sehari dua ni. dah la tulisan dah kuning. =__=
p/s/s/s: tak sabar gua nak berangkat ke Hurgada 19/7 ni. sila jangan jeles.
p/s/s/s/s: hari ni turn gua masak dan gua lewat masak disebabkan game burung marah gila ni. damn!
p/s/s/s/s/s: banyak gila 'p/s' gua kali ni. ada yang gua tipu kot.

24 orang tengah bermadah:

Afikah Aziz said...

eh nape ika xpnh tau plak erk pasal game burung ni..nk try cari la lps tu donlod hahaha

Hanis MY said...

beh game ni boh...

hanaahmad said...

aku pun pelik pehal org suka sangat burung ni..nntla aku nak try google. hahaha

akoo said...

haha seb baek akoo x tjebak dgn game neh..

shida said...

ha3..saya dh khatam prison break..terbaik!!!
angry bird. tolong jgn hasut saya unt start main ok..sekarang my rumet tgh demam main benda alah tu..ho3!!
jmput singgah blog shida..trimas
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/kenapa-kita-pelupa-sambungan-entry-8.html

safurara said...

rara dh giler main benda ni kot.heee.

semutsengal said...

Alhmdullilah,

gua tak menggila lagi dgn game ni..

taktaulah esok kan..



AAHHAHAHAHAHAHAJH

Anonymous said...

addicted sehari then semakin kureng. musim2

Jie(",)v said...

angry bird sangat best bila main kat galaxy tab..smpai kan gua terpaksa berebut dengan anak sepupu gua, baik kan gua?

p/s : lu masak ape bai semalam? mesti tak sedap kan? hahaha..

ct kektus said...

haha, main game sampai muak. :p

uit, ole2 pas r kat sini sebarang dua ke kan. ;)

wahida said...

aku ada kawan yg minat giler prison break mcm ko...

aku lak lagi minat Desperate Housewive..tak pernah miss..aku ada DVD dia yg ori tau, yg lanun punya tak main...ngeeee....

Amirah Jafri said...

hahaha ade kwn miwa main sampai leka ....ish3

Org Kapong said...

hidup CONTRA!! haha..

nabilah_2908 said...

suka juga tgk cite Prison Brake ni..tapi bnyk skip2 juga la...sbb ikut kt tv.... :)

kiranya tahap kegilaan pada burung marah tu tak kritikal lagi kot..sbb masih sempat update blog... :P

belog|amiyo said...

arghhh!! Angry Birds!! susahnya nak dapat tiga bintang untuk seiap stage! hahaha....

HanisLazimAndTheShaklee said...

SLALU NK MEN TAPI X MEN2 LAGI BURUNG MARAH NIH .

NK KENA SERU MOOD DULU LAA =P

belog|amiyo said...

seru jangan tak seru. boleh membawak kepada demam kalau main. haha

cik mas said...

weh, memang fenomena pon angry birds ni. aku memang hentam main game ni tyme kelas.. selamber jek. kadang2 nengok kwn2 pakai android, aku balasah main angry birds kat nfon diorg.. kesian aku ... papepun hebat la kau dah sampai stage 2 :)

rafina mimi abdullah said...

best ke game tu miyo? jangan ralit main game sudah le..hehe :)

belog|amiyo said...

@cik mas: ko lagi teruk lah! haha

@mrs yie: best la jugak. hehe. ok kak. :)

Flower Detox Tea said...

terlalu kuning tulisannya but I like..heheh

belog|amiyo said...

huh nasib baik like jugak. :D

azwa amani said...

x pernh main pun game.... tapi suke togk angry bird sebab comelll

Tea Dno said...

game ni dh lama main dh. kehkeh., :P