Wednesday, June 8, 2011

:: Ziarah Maqam Auliya' ::

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Dalam kesempitan waktu ini wujud lagi kesempatan untuk gua update blog. Kebelakangan ini memang jarang sangat gua nak update blog yang bersawang ni. Nak buka blog gua sendiri ni pun gua malas. Apa lagi gua nak blogwalking. Gua sekarang memang tengah mode exam yang melampau. Imtihan Syahadah a.k.a Final Exam semakin menghampiri. Gua memang cuak gila. Apa yang gua harapkan moga-moga Allah memberikan yang terbaik untuk gua dunia akhirat. Amiin.


Tiga hari yang lepas, tanggal 5/6/2011, hari Ahad, gua dan geng-geng gua yang sama-sama akan berjuang pada final exam nanti sempat lagi melawat maqam para ulama'. Pernah dengar perkataan 'tawassul'? Sedikit keterangan mngenai 'tawassul'. Syeikh Hasanin Makhluf dalam fatwanya menegaskan :
“Bertawassul dengan zat para Nabi dan orang-orang soleh dengan pengertian memohon syafaat dengan zat-zat mereka sebagai satu cara untuk memohon hajat kepada Allah kerana melihat kepada hampirnya mereka dan mulianya mereka di sisi Allah seperti dengan seorang itu berkata; ‘Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawassul kepadaMu dengan NabiMu atau dengan si fulan hambaMu yang soleh agar Engkau menunaikan hajatku atau mengurniakan rezeki kepadaku, atau menyemuhkan penyakitku’, maka tawassul sebegini atau seumpamanya adalah harus dan tiada apa yang menegahnya”. -sumber-

Baiklah. Sudah faham apa yang dimaksudkan dengan 'tawassul'? Apa pula kaitan 'tawassul' dengan entry gua ni? Final exam kan dah dekat. Dengan kesempatan kami yang dah study di Mesir ni, kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin. Gua and the gang melawat maqam-maqam para ulama' ini sambil bertawassul. Memohon kejayan final exam nanti dan kejayaan dunia akhirat. InsyaAllah.

Gua memohon maaf jika ada yang bercanggah dengan keharusan 'bertawassul' ini. Apa-apa pun Allah memberikan akal fikiran untuk kita berfikir membezakan baik dan buruk. Yang pasti, bertawassul bukan lah memohon sesuatu kepada 'alim ulama' yang sudah tiada. Tetapi memohon 'direct' kepada Allah subhanahuwataala dengan keberkatan para ulama'. Wallahua'lam. Layanlah sedikit sebanyak gambar kami. Dalam perenggan last ni baru gua perasan yang penulisan dalam entry gua kali ni agak skema. =__= Sekian.



kami dan van kami. :D


gua dan bukan pakcik gua.


maqam sultan.... ?? err. gua lupa.


mereka sedang khusyuk.


di pintu masuk maqam Sultan Hanafi.


posing berhampiran dengan maqam Imam Syatibi Rahimahullah.


singgah makan bekal yang kami bawa. lapar doh!


maqam Imam Syafie Rahimahullah. imam mazhab yang kita ikuti.


beli air jap. dahaga weh musim panas ni!


Power Rangers!


5 orang tengah bermadah:

soniacamili said...

nice entry..;)

Jie(",)v said...

o0oh..baru jelas maksud tawassul..hehe..
mulo2 tadi g bc tasawur dh..haha..

Auni Aizie. said...

selamat berfinal amiyo dan rakan-rakan :)

all the best !

belog|amiyo said...

harap2 jelas dh la gapo mksd tawassul tu. hehe

belog|amiyo said...

tengs semua.