Friday, December 31, 2010

:: azam tahun baru...yang tahun lepas dah setle ke..?? ::



gua dengar kabar hari ini cuti kan..?gua baca berita semalam
ia cuti sempena kemenangan pasukan Malaysia menjadi johan
piala suzuki..ok la 2...boleh jugak korang lepak ngan anak dan
keluarga korang kat rumah..baru korang rase kan nikmat cuti hari
jumaat..cuti hari jumaat ni gua x heran pon..sebab gua orang kelantan..
so,negeri kelantan memang hari minggu kami ialah jumaat dan sabtu..
tapi kitorang x jeles pon korang dapat cuti hari jumaat ni..sebab
menteri besar kelantan pon bagi cuti khusus sempena kemenangan ni..
hari AHAD..!
bestkan..?hehe...
baiklah..korang cuti la nak cuti hari ape pon...gua tak kisah...
sebab gua bukan duk kat Malaysia sekarang...gua belajar kat Cairo..
dan cuti kat sini same dengan cuti kat Kelantan dan gua sukaa...
gua tak tahu la sape tiru sape dalam memberi cuti hari minggu ni..:P


nampaknye kerajinan gua untuk menulis pada entry kali ni agak membuak2..
kalau tengok pada entry yang lepas2 mane ade gua rajin nak taip2 nk tulis2 ni...
sebab gua tahu korang pon bukan rajin sangat nak bace semua ni..kah3...
laenla kalau blog yang ber'seni' macam blog zackzulkhairi...
korang akan pergi dan pegi lagi ke blog tu untuk bace entry yang
korang dah bace entah berapa kali... -.-


haa..tengok je la ape yang gua dah melalut ni...tengok tajuk entry sepatut nye bab laen..
tapi yang gua melalut ni bab laen..
oklah..kembali kepada tajuk entry ok....
duk sibuk2 pasal azam baru...jalan sane cakap pasal azam tahun baru..
jalan sini pon same gak...azam..azam..azam...
'jalan' kat sini maksud gua 'blogwalking'..harap2 faham la yer.
kite kan blogger..x berjalan pakai kaki..keh3..


memang patut pon gua melalut panjang pasal benda laen..sebab gua taknak sebut pon
azam gua kat sini untuk tahun depan dan akan mendatang..
asalkan korang tahu yang semua orang memang mahu yang terbaik dari
hari ke hari yang mendatang...bukan dari tahun ke tahun je.. -.-
gua harap kepada korang yang nak g sambut new year kat mane2 beringat ingat la yer..
dalam entri ni gua dah kiaskan sedikit sebanyak.. :)
baeklah..gua rase setakat ni je kot gua nak melalut kat belog amiYo ni...
"blog gua kan...suka2 gua la nak tulis hape.."(ayat yg biase diguna oleh blogger)hehe..


kalau nak ber'azam' tahun baru tu jenguk2 belakang la jugak yer..
err.maksud gua jenguk2 la jugak
azam yang tahun lepas tu...
dah setle ke belum...???

inilah sebab gua malu kat diri gua sendirik
nak listkan ape azam baru gua...
jd lebih baik setiap hari kite berazam...
dan tunaikan azam itu semampu yang mungkin..
-sekian-


:: web FAM di'hack' oleh hacker indon...!! ::

assalamualaikum...
sungguh matang dan profeional perbuatan ini bukan..??
:angkat tangan ke bahu,mata pandang ats:


pada pendapat gua,sukan sebenarnya memainkan peranan yang
sangat penting dalam menyatukan manusia...
bertepatan dengan zaman sekarang ni la...
tapi ape yang berlaku..?



dari twitter Rio Ferdinand..pemain pertahanan
mancheter united...


lihatlah..betapa kuatnya pengaruh sukan..
sebagai bukti kepada betapa sukan ini
sangat memberi kesan kepada
manusia sedunia...


Wednesday, December 29, 2010

:: sape setuju...??angkat tangan jiran sebelah..!! ::

assalamualaikum...
gua mintak maaf la...sebab entri ni memang pendek..
dan sangat pendek...pendek kate memang pendek lah.. :P
dengan penuh tanggungjawab nyer gua buat entri ni..
..............................
korang setuju tak (tengok gambar kat bawah)..??



okkeh..pendapat peribadi gua sebagai seorang muslim dan
seorang yang masih berfikir dengan waras...
gua tak setuju...
korang..??

Tuesday, December 28, 2010

:: wajah baru...meh-meh pakat tengok... :P ::


meh2 pakat tengok..?haha...macam la
femes sangat 'belog amiYo' ni..
papepon inilah sedikit sebanyak
perubahan yang telah gua lakukan..
tarraaa....!!

printscreen gk...bajet nak buat modal hapdet blog pasal wajah balog ni...
wahaha...!



femes tak femes...
bukti bergambar yang sempat di'printscreen' menunjukkan memang
ade orang amik kesah pasal perubahan yang berlaku pada blog gua...
dun jeles...!
:P

:: pokok belakang rumah makcik gayah ::








gua ingat nak tanam la satu kat belakang rumah gua...
~.~

Monday, December 27, 2010

:: 7 hari 11 jam 58 minit 53 saat ::

baiklah...
kamu perlu direhatkan nampaknya
wahai laptopku...aku tak tak rela kamu rosak akibat
kerakusan amiYo menggunakan kamu..
-.-
selamat beradu
DELL inspiron 1440...

klik gambar untuk melihat kerakusan...
~.~

Sunday, December 26, 2010

:: lebih femes dari Hanis Zalikha...kot...? ::

saper x kenal Hanis Zalikha..?
Zack Zukhairi..?
dalam dunia blogge ni mereka memang tidak asing lg...
semua blogger pon memang maklum...
dengan follower yang mencecah 15k hingga 16k..
kalau nak banding dengan belOg amiYo ni...
memang jauh laa...haha...
tapi ni cerita kat Malaysia...
kalau kat lua negara nun...
sape eh yang femes kat alam internet ni..?
:P


The new star of the Internet




This cat name is Julie, she became a star after her owner, a 28-year-old girl from Florence, Italy, has placed her photo on the Internet. Looking at the pictures you can see that the cat is not lazy, but on the contrary, she apparently did not interfere with those extra pounds.














gua x peduli la beliau ni 'star of the internet' ke hape ke..
yang pasti pak hitam gua lagi macho...
-.-
-sekian-

Thursday, December 23, 2010

:: tingkatkan pendapatan nuffnang ::

assalamualaikum...
laen macam je kan tajuk entri kali ni...
nak kate miYo ni expert sangat bab2 nuffnang ni memang takde la..
baru je berdaftar ngan incik nuff ni lebih kurang sebulan walaupun da lebih
setahun berbelog secara tak aktif...tapi alhamdulillah la..
da dapat 3 BE skali gus...kalau ikut care yang betul..
insyaAllah bleh dapat...hehe...
jadi lepas miYo buat sedikit kajian la..merantau sane sini
cari maklumat..so,miYo nk kongsikan ngan korang sedikit tips
untuk meningkatkan pendapatan nuffnang ni..
walaupon memang dah ramai sangat blogger yang cerita
dan bagi tips pasal nuffnang...miYo
nak kongsi gak..!
:P


sumber gambar : pakcik google :D


.:Selalu berinteraksi dengan Nuffnang:.

Berbaik-baiklah dengan staff Nuffnang bahagian Blogger Relations.
Mengikut pengalaman miYo, segala soalan akan dijawab dengan baik walaupun ada soalan yang miYo tanya tu dah ditanya berulang kali..setakat ni takde lagi soalan yang
miYo ajukan tak berbalas..tengs nuff..!



.:Ubah jawapan untuk survey Nuffnang:.

Kalau boleh setiap 1-2 bulan sekali korang update survey Nuffnang mengenai blog korang..miYo yang baru sebulan berdaftar ni pon dah dua kali update..dan ia memang berkesan..!korang ubah bahagian blog korang fokus tentang apa, apa kategori iklan yang korang rasa bersesuaian untuk blog korang.. Lagi satu, jangan lupa untuk blog description tu tolong la describe betul-betul. Advertiser tengok blog korang mengenai apa daripada situ..kot.. :D



.
:Dapatkan panduan & ebook daripada sumber yang dipercayai:.

Korang kena la jadi blogger yang rajin google dan suka explore..Belajar daripada pengalaman orang lain..blogger2 otai..Di awal pembabitan miYo dengan Nuffnang, miYo banyak refer post contohnya daripada chokilala,cik tom,ben ashari dan laen2 sebagai rujukan. Selain tu, ada ramai blogger berpengalaman yang buat ebook tentang Nuffnang dan semuanya PERCUMA!

contohnya:
E-book Nuffnang daripada Din Beramboi



.:Buat lebih banyak blog:.
Jangan terlalu fokus kepada satu blog sahaja sebaliknya explore niche/kategori lain...
haa..kalau blogger yang memang serius nak dapatkan wang dari nuff ni..memang boleh pakai la tips ni..tapi kalau macam miYo ni hanya lah berbelog sebab minat..tapi kalau dah orang bagi duit ape salahnye kan..?asalkan ikut care yang betul..so,baik miYo fokus kepada
:: ...belOg amiYo... ::
:D



.:Buat blog tentang content yang ramai orang cari:.
Blog peribadi cerita pasal harini korang pergi mana, harini korang makan apa memang xberapa nak laku melainkan korang artis ataupun at least korang Hanis Zalikha..
tapi kalau blog miYo ni memang lebih kepada peribadi je la...nak kongsi pengalaman miYo study kat Cairo ni..xpercaye..?klik sini,sini dan sini..dan kadang2 miYo kongsikan entri berbentuk ilmiah..so,bergantung kepada korang sendiri lah..blog korang kan..?korang punyer suke lah..!hehe..



.:Target pengunjung blog daripada Malaysia:.

Nuffnang lebih suka kalau pengunjung blog itu datang daripada trafik tempatan. Kenapa? Sebab mudah untuk dia target pengiklanan. Contohnya, ketika post ini ditulis ada kempen daripada syarikat penerbangan MAS menari-nari di sidebar & juga kempen DiGi..Cuba kalau korang ni orang luar, mesti fikir amende la pula DiGi ni kan? oleh sebab itu juga la, Nuffnang xkasi kita pasang ads from other South East Asia rival company seperti Advertlets & Innity. Jadi, hasilkan content blog yang bersifat ‘Malaysia’ atau serantau..kalau macam miYo skali pon..orang Malaysia..tapi tengah study kat lua dan tinggal kat Cairo ni..buat ape nk klik tengok iklan Digi ke Celcom ke..dah miYo duk kat sini xpakai line-line 2 semua..
apatah lagi bukan orang serantau..
:)




ok lah..miYo rase setakat ni la dulu entri yang miyo nak kongsikan dengan korang..
lagipon memang kat luar sane dah bnyak blogger bagi tips pasal nuffnang..tp mungkin ade gak yang xtahu lagi yang jenguk blog miYo ni..hehe..
ape ape pon jangan lah kite lokek untuk berkongsi idea..
tips kt atas 2 pon memang bukan sepenuh nye pengalaman miYo..
banyak yang miYo cari maklumat dari blogger..alaa..pakcik google kan ade..
maklumlah..baru sebulan berdaftar dengan nuffnang..
tapi memang sangat berkesan..!!
kalau kena dengan cara nye.. :D
-sekian-

*klik link berikut untuk ketahui sedikit sebanyak tentang hukum Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya.

:: Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears ::


www.amiyo.com

amacam..??ok tak domain amiyo 2..?
wahaha...berangan jek...
miyo join contest cik gayahspears ni..
mane la taw untung2 dapat domain free..
boleh jadi macam cik tom..
dh ade domain lah beliau sekarang ni...
tahniah cik tom..!
:D
miyo join ni sbb nak meriahkan dunia blogger jer..
:ayat memang taley blah:
x mengharap sgt nk menang pon..
sebab trully miyo cakap mmg miyo lg suke 
[dot]blogspot...
hehe..
syarat die macam biase..tulis pasal entri..tag member 
blog korang dan letak banner dekat sidebar...
macam biase mangsa miyo:





kalau boleh tag la member blog korang yang tak 
ber'domain' yer...
~.~
nak lebih info jenguk la cik gayah..
 -selamat mencuba-

Tuesday, December 21, 2010

:: hukum bulu kucing ::


sebelum apa-apa.
jom tengok gambar-gambar di bawah untuk lebih faham.
:D


















*bagi mengelakkan kesalahfahaman sebab korang tak baca artikel kat bawah ni, tengok gambar kat atas je. jadi, gua nak maklumkan yang berdasarkan artikel di bawah, bulu kucing
bukanlah najis walaupun bulu tersebut tertanggal dari badannya.


Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan
Dr Abdullah
al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah :saw bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).


.............................................


Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].


.............................................


Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi :saw diatas. Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dima'afkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu' pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing. :aklam.

ok...
inilah yang gua nk kongsikan dengan geng-geng bolgger gua semua.
yang gua rasa sesuatu benda itu penting.
memang gua rase sgt bertanggungjawab utk share.
lagipun memang gua pencinta
kucing.
:D


p/s: sumber2 adalah dari link2 berikut. cni dan cni.
perhatian.! : wajib bace entri ni dari awal sampai akhir baru korang akan faham. kalau tak, tak payah tengok gambar -awal lagi. :)

:: ceritera seketul hati ::



::.......ini bukan kisah gua.......::




::.......ini pon bukan kisah gua.......::


Sunday, December 19, 2010

:: selamat bertunang sis..!! ::


alhamdulillah...
setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan ke hadrat ilahi...
baru lepas kol rmh kejap td..
talian yang merentasi laut......err..laut ape eh...
yang aku taw kalau naik flight tanpa transit memakan mase 10jam lbh..
digabungkan plak dngn line tenet yg curang 2-3 hari ni..
mmg menyebabkan delay melampau time aku borak ngn mak aku td..
tp sekurang2nye dpt gk la ilangkan rindu ngn mak ayah aku..hehe
.........................
hmmm...
kakak aku selamat bertunang kemarin...
tahniah kak cik...
walaupun aku takde kt kampung halaman...
aku dpt merasai kemeriahan majlis pertunangan beliau kemarin...
:(((
haa..2 la kau..sape suh belaja kt obesi..hamik ko..!!
mak aku cakap rombongan meminang kak aku
kemarin lebih kurang 4o orang...
mak aihh..!
ni rombongan meminang ke rombongan org kawen..??
T__T
ok la kakakku..sblm balik mengajar kt Sarawak nnt jngn lupe la ringnkn tngn
bank in kan 'duwet' utk adikmu tersayang ni...
nnt balik sane kang payah plak..
kah3...!:unsur kejam di situ:
papepon jutaan tahniah la dari adikmu yg jauh ni....
sob3..~



selamat bertunang Ayuni dan Lukman.... (,")~


p/s:dalam pangkuan kakak aku 2 anak sedare tersayang kami laa..beliau bkn lah lukman... ~.~
p/s/s:ingat..!bertunang bukanlah lesen utk kamu ber......jumpa,temu,duaan,sentuh,dsb...
p/s/s/s:internet rmh gua mmg tgh ngeng 2-3 hari neh..xsabr plak gua nk tgu line '4mbps' masuk mgu dpn..arghh..!!

Saturday, December 18, 2010

:: Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya ::


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd korang.
baru2 ni aku ada la terbaca entri berkenaan dengan Hukum Iklan Nuffnang, Advertles. dan lain-lain. jadi,aku nak share juga apa yg aku tahu kpd korang semua. harap-haraplah kita semua tak terjebak dalam melakukan kesalahan dalam blog dan kalau dah terjebak kembali la ke pangkal jalan. rajin2 bace sampai habes la yer. xpakse tggl komen pon. bace cukup la. aku rase ini sgt penting bg kite sebagai blogger. kalau da bace kt laen takpe la. ~.~



Masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit.
  • Maksud iklan perklik
Seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta.
Contoh : nuffnang, advertlets, google adsense, dapatwang dan banyak lagi..
  • Hukum menyertai
Harus(dibolehkan) – tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.
  • Pembeli dan penjual?
Penjual – ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik
Pembelinya – pemblog(owner blog @ blogger ) yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
  • Syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?
Semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam.
Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya.
Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
  • Peringatan :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas.
Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan.
Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”
+ Boleh buat ayat untuk menarik minat visitor melawat iklan yang akan keluar, tapi lebih baik elakkan guna perkataan klik @ click. Tak salah rasanya.
  • Kesimpulan
Iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham).
Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram seperti mana telah diperjelaskan di atas.


okkeh...terima kasih kepada yang berkongsi artikel ni..
-sekian-



:: KONTEST BLOG TERKEMAS ! ::


contest oh contest...
sebenarnye miyo bkn mnt sgt pon nk join contest2 ni...
miyo join ni pon sbb mirul yang tag mirul..
sbb name kite same beb..!kah3...tp blog lu mmg kemas la
klau nk dibandingkan dngn blog miyo ni..
sesungguhnya contest ini anjurkan oleh
cik hana dan cik fyza..


okkeh..mcm biase la contest akan disertai dengan banner yang kiut miut tiut..



dan macam biasa miyo tag 3 orang...
(naseb baek penganjur suruh 3 orang jek T__T)

brokeng2m

jijie yu

kembatolo


okkeh...
misi selesai...

-sekian-

Thursday, December 16, 2010

:: Sumo Paint memang 'Web's Best Image Editor' ::

korang minat edit gambar tak..?? selalu korang edit kt ner eh..? kalau miyo slalu gk gune photoscape,picasa dan jarang2 e pakai photoshop...sbb bkn gheti sgt pon edit2 ni...haha..xde seni... tapi korag pnah x edit gmbr secara online..? haa..yang ni la miyo nk citer ni.. dlu slalu gk duk edit gmbr on9 ni.. miyo pakai web ni.. 'Picnik' rase nye sume org knal kot web ni..hehe.. best jgk la..mdh,senang,ringkas,x berserabut... tp yang miyo nk citer kt cni adalah web editor yang best yang miyo baru jumpe..kah3...taktaw la miyo takut miyo da terlambat jumpe mende neh..kot2 korang da taw kan..? :D klik lah beliau... "Sumo Paint"

korang taknak ke gambar korang dari macam ni......
:P



yang kat belakang nu gua...dan yang kat depan ni member merangkap
hosmate gua kt cairo ni..beliau lah Kemba|Tolo
:P



jadi macam ni......
:P



dan ini ialah gua yang bersorangan diri..tiada lg beliau
menyibuk kt gmbar gua ni..kah3..




okkeh..tu je lah yang nk miyo kongsikan..
miyo taw korang kt lua sqane lg terer dan seni dalam bab ni kan..
so...
enjoyyy...!!

Tuesday, December 14, 2010

:: sape join Blog Pilihan Malaysia 2010 (blog baru (2010) pilihan)..?? ::



kehangatan kian terasa.....
tinggal beberapa hari lg akan tamat tempoh utk mengundi..
mak aih..ayat aku..kalah pilihan raye umum...kah3..!
so..dipendekkan cerite...
sape2 yg join kategori
blog baru pilihan 2010...!!
tinggalkan link undian kt entri ni..bia aku undi..!!
hahaha..sesungguhnya setiap undi adalah bermakna..
dan bukan lg rahsia..:len mcm jek ayat aku:
:P

gud luck n selamat mengundi..!!
-sekian-


:: sejuk melampau ::


S.E.J.U.K
tu je yang mampu gua cakap skang...
mmg malam ni gua tak dapat nak tido lena sgt...
suhu kat Cairo ni da semakin menurun..
kemarin gua tak berape pasti sangat la brape suhu kat Cairo ni..
yang pasti malam ni dalam lingkungan 10 darjah selsius la kot..
mmg la takde sesejuk kt UK or kt Europe nun..
tapi gua kan baru lepas balik cuti dari Malaysia...
jadi kejutan 'budaya' ni menyebabkan gua x lena tido..
arrgghhh...!!
da taley tido ni gua taip la entri ni...
harap2 korang dapat la jgk rase kesejukan gua ni..
kurang la sket sejuk gua neh...kah3... :tade kaitan:
time gua takleh lelap mate td..sempat gk la gua layan citer
baek punyer..!hehe..
Usop Sontorian...!!
gua layan kt yutiub...
best wo00.... :P
tgh gua type entri ni, jam da pukol 2.4oa.m.
agak2 boley ke aku bangkit nk g kelas pagi esk..??
adeeh....~
talley jadi ni...gua kene pakse diri gua untuk tido...!!

zZzZzZzZz.....
sejuukk.......~


gambar kenangan gua time berade kt puncak gunung Sinai...
mmg sejuk giler bambes la...haha...
gua yg belah kanan skali.. :P
gua bg taw sbb tkt nnt para blogwalking tertanye tanye..
"mane amiYo..?mane amiYo..?"
kah3...!!


biasekan kalau kt msia kalau time hujan sejuk la jgk..
lg2 kalau time malam kn..
biase kalau sejuk 2 korang wt macam mane eh.?
gosok2 tapak tangan ke..?tapak kaki ke..?
letak tangan dalam selua ke..?bwh ketiak ke..?:jngn ckp gua penah buat:
camne eh..?
kongsi la ngn gua..leh gua praktik kt cni...

sekian.....
salam perantau yg kesejukan..... :P

Monday, December 13, 2010

:: Aku Tak Sembahyang. Tetapi Aku Berjaya. (Muhasabah) ::

assalamualaikum.

jalan punye jalan kat facebook. gua terjumpa la artikel kat bawah tu. gua rasa sangat bertanggungjawab untuk gua kongsikan dengan rakan blogger semua yang sudi membaca blog gua ni. selamat beramal. ^^v

*******************************

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

*******************************

korang jangan cuba cakap yang korang boleh beli kereta kat belakang gua tu
walaupon korang TAK SEMBAHYANG...!!!



Sunday, December 12, 2010

:: minat oh minat ::

assalamualaikum dan salam sejahtera.

tengok. salam yang gua dahulukan. hehe. kalau tengok pada tajuk entri gua ni. ofkos la pasal minat kan? tapi minat apa? gua cuma nak cerita minat gua pada kartun! ha ha ha. cam taley blah kan? gua taw. korang pon ada yang addicted dengan kartun kan? alaa. takkan la zaman kecik-kecik dulu korang tak layan kartun? ke time umur korang 4-5 tahun tu korang da layan 'korean drama'? kah kah kah. gua bukan nya apa. tiba-tiba je rasa nak post entry ni sebab tadi gua tertengok gambar kartun feberet gua. Usop Sontorian! perghh! best wa cakap lu cerita ni. gua gerenti semua orang pernah tengok kartun ni kan. banyak lagi kartun yang best-best sebenarnya kan. tapi bagi gua yang ni paling best sebab kartun ni banyak menggambarkan tentang kehidupan zaman kanak-kanak di kampung. maklumla. gua orang kampung je. btw, korang boleh baca kisah Ujang (orang yang buat citer ni). sapa tak knal ujang kan?

lagi kartun yang menjadi kegilaan kanak-kanak (termasuk orang tua2).
=__=



feveret gua! haha.

time kecik-kecik dulu minat la jugak. tapi takde la sampai membawak
ke time besau ni. ha ha


yang ni pon best gk kan? T__T

kalau upin ipin ni tak payah cakap la. dah memang menjadi fenomena di Malaysia ni.
tapi gua lagi minat usop sontorian! muehehe.



haa. ini la antara kartun-kartun yang gua suka tengok time kecik-kecik dulu. korang pon mesti tengok kartun jugak kan? kolot tak gua? ha ha ha.




kalau yang ni gua no komen. bagi peminat-peminat Dragon Ball.
baru la korang dapat tahu sekarang ni yang Majin Boo
mempunyai anak!
~.~




dalam banyak-banyak kartun ni. korang minat kartun apa ehh??
kongsi la ngn gua.
babai...