Saturday, December 18, 2010

:: Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya ::


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd korang.
baru2 ni aku ada la terbaca entri berkenaan dengan Hukum Iklan Nuffnang, Advertles. dan lain-lain. jadi,aku nak share juga apa yg aku tahu kpd korang semua. harap-haraplah kita semua tak terjebak dalam melakukan kesalahan dalam blog dan kalau dah terjebak kembali la ke pangkal jalan. rajin2 bace sampai habes la yer. xpakse tggl komen pon. bace cukup la. aku rase ini sgt penting bg kite sebagai blogger. kalau da bace kt laen takpe la. ~.~



Masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit.
  • Maksud iklan perklik
Seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta.
Contoh : nuffnang, advertlets, google adsense, dapatwang dan banyak lagi..
  • Hukum menyertai
Harus(dibolehkan) – tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.
  • Pembeli dan penjual?
Penjual – ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik
Pembelinya – pemblog(owner blog @ blogger ) yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
  • Syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?
Semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam.
Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya.
Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
  • Peringatan :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas.
Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan.
Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”
+ Boleh buat ayat untuk menarik minat visitor melawat iklan yang akan keluar, tapi lebih baik elakkan guna perkataan klik @ click. Tak salah rasanya.
  • Kesimpulan
Iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham).
Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram seperti mana telah diperjelaskan di atas.


okkeh...terima kasih kepada yang berkongsi artikel ni..
-sekian-



34 orang tengah bermadah:

Anisa said...

jom kelik2 nuff

hee

Atika Natasha said...

uiks..takut gak neng0k tjuk entry nih..=)
stiap ape yg kite buat kena telus la kan..wl0pun bnda kechek je ttap dikira..cnt0h yg mcm ajak2 0rg klik iklan tuh..kl0 xtau tuh mmg hntam buat gak la..jadik kne hati2 lah psni..inf0 nih bgune gless..tenkiu..

belog|amiyo said...

anisa: klik ke tak..?jngn habak saja no0...
:D

belog|amiyo said...

atika: haa..betol3...kecik2 mane pon mmg dikira lah...wlpn sebesar zarah..hehe..so jom pakat2 beringat..jngn dok pakse org klik je tahu... :)

CIK TOM said...

bagus share info ni..so xyah bahaq pe2 la kat miyo ek..hehe

sori ye miyo..tunggu segmen review tue utk siri ke 2 kalo smbutan ok..

izuddinrahim said...

aku dop suruh.. hahaha

belog|amiyo said...

cik tom: aa..baik xyah habaq la...nnt kalau miyo bermurah hati miyo g klik la..haha...

owh..ok cik tom..takde hal la..kalau ade jngn lupe inform k..hehe :D

belog|amiyo said...

kembatolo: haha..jolo ko mu x suruh..meta aku nk g ita... o.0

Unknown said...

okey...
buat apa2 kena jujur dan tahu batas2 perjanjian..

toyolkiut said...

info yg padat..
ingatan yg baik..

Miss Yaty said...

bagus2..menarik gak entry ni...jom sesama tolong klik nuff masing2 :)

yaty follow sini jugak ye :)
sowey lmbt follow balik..

burnkelana said...

Bagus entry nie.. aku suka..!

Sharinginfoz said...

terima kasih ingat mengingati

belog|amiyo said...

sit: haa..ade pon kak siti..betol 2 kak siti..miyo sokong kak siti..!haha..
:D

belog|amiyo said...

toyolkiut:
info yg padat..
ingatan yg baik..
toyol yang kiut...
ekeke... :D

belog|amiyo said...

yaty: betol 2 yatiy..jngn dok pakse2 org klik nuff yer..hehe

takde hal yati..miyo pon x pakse org follow.. :P

belog|amiyo said...

burnkelana: aku pon suka..!aku hrp ko bace sampai abes la yer entri ni...hehe

belog|amiyo said...

sharinginfoz: same2...sharing is caring...keh3 :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wah..N3 yg menarik ni..
akak folo jg...321 kot...tak brapa nampak..

belog|amiyo said...

yup...entri ni mmg best..kah3..tp seyes mmg entri ni penting utk para blogger sekalian..hrp2 bace smpai abes la yer klau nk komen pon..hehe..
:)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

bagaimana kal0 iklan tu berunsur2 mengghairahkan ??

halalkah ?

belog|amiyo said...

miss lolly: hoh0..soalan yg bernas..betol la 2..contohnye iklan baju yang x tutp aurat yg kite siarkan..lps 2 ade org beli baju 2 disebabkan iklan anda...maka anda mmg terkait dngn keghairahan itu..ehhehe..
:D

CekLa said...

great info!

belog|amiyo said...

oh yeah..??!

lolitasinta polkapolkie said...

maimai klik3 nuff !
hee

belog|amiyo said...

lolitasinta: maimaimai...ajak jngn x ajak klik..
hee..

KNS said...
This comment has been removed by the author.
KNS said...

info yg sgt menarik..
sy gune word "klik" tu.. utk menjelaskan..tak sangka ia arahan =(

klik/click ta bole..
nak gune bahasa tamil la pasni.
he he he

belog|amiyo said...

komen: naper ang delete komen 2 o0ii..!!haha :P

belog|amiyo said...

fxysche: erkk..bkn same je ke type klik dlm bhs ape pon.. ~.~

P/s:susah gler type name ko.. :P

Faizal Syukri said...

Alhamdulillah, Peja tak pernah sesekali meminta mane2 pengunjung klik iklan nuff Peja. Dulu income Peja dalam nuff nak dapat rm1 pun berbulan2... skrg, Alhamdulillah, berkat sabar dan terus belajar, Peja dengan mudah memperolehi RM10... yang penting, kene kuasai senjata utama nuff. walaupun tak banyak, ia dari sumber halal...

Nadira Nasarauddin said...

thanks 4 sharing the info :)

belog|amiyo said...

peja: alhamdulillah..bgs la kalau mcm 2.. :)

belog|amiyo said...

nadira: sama2.. :)