Wednesday, January 26, 2011
:: Bahariya Explore 2011 ::
Saturday, January 22, 2011
:: kacap terlabik ::
SAAT INDAH PERKAHWINAN.....
:: isteri solehah ::
* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.
* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.
Friday, January 21, 2011
:: only in egypt part 1 ::
macam macam lagi lah orang lama lama duk cerita dekat gua dan rakan rakan yang laen pasal pantang larang di Mesir. dan semakin kreatif lah imaginasi kami berpusing dalam kepala. ustaz gua kat sekolah pernah cakap kalau duduk dalam kelas atau kat mane mane atas kerusi jangan silang kaki. nanti arab yang duduk sekali dengan kite ingat kite samekan tapak kaki dengan muka mereka. bagi mereka ini aib. pernah jugak terdetik dalam hati gua nak cuba try test betol kah macam ni? sebelum gua sempat try tu ade sekali member gua try dulu kat kedai makan. sekali beliau angkat kaki letak ats paha time arab nak amik order. alah macam awek duduk lepak kat kedai mamak lah silang paha tu. lebih kurang macam tu lah. beliau nak tengok lah macam mane respon arab tu. gua berebar jangan cakap lah macam tunggu turn nak bersunat. sekali arab tu datang terus tumbuk muka member gua. dan gua TIPU. takde respon ape ape pon sebenarnye. gua bukan nak cakap ustaz gua tipu, tapi mungkin sebab kami pelanggan kat kedai tu. kalau tak, harus jugak tangan arab yang bersaiz ikan pari tu singgah kat muka beliau. boleh pecah jerawat bujang yang tumbuh meliar kat muka beliau tu.
malam malam macam ni gua tak heran kalau gua tak leh tido. kalau gua lapar? tengok je lah kedai makan kat sini. 'OPEN 25 HOURS' . seven eleven kat Malaysia pon setakat 24 jam je bukak. gua pon tak berape nak pasti sangat dari mane lah beliau ambik lagi 1 jam. tapi mungkin jugak ini salah satu care beliau tarik pelanggan untuk ke kedai itu. orang ramai tengok sign board tu gelak sampai sakit perut kemudian jadi lapar. terus singgah makan kat situ. mungkin jugak begitu taktik beliau kan? tapi gua agaklah kan, takde kot arab yang gelak tengok sign board ni sebab diorang memang ingat sehari memang 25 jam. heh!
kadang kadang gua memang tak boleh nak pertikaikan mereka memang kreatif. err.. kalau tersangat kreatif payah jugak kan. sebab tu la kalau bab menipu gua memang tabik spring lah kat diorang. kalau dah kepala otak dah kreatif, senang lah nak putar belit. sekali sekala kalau time main bola lawan dengan diorang. best jugak belasah diorang sampai 16-0. tapi lepas je siap main senang senang je risult jadi 6-6. mereka mereka pon pulang lah dengan girang nya sebab perlawanan tersebut seri!!
*bersambung......
Tuesday, January 18, 2011
:: Kenapalah Engkau Malas Sembahyang? ::
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang....
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang....
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
***************
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
*sekali sekala gua share benda macam ni supaya kalau ade yang tengah berblog sekarang ni tak sembahyang lagi..silakanlah yer..credit to..
Sunday, January 16, 2011
:: final year ::
macam biasa..memang semenjak dua menjak ni gua start tulis entry dengan memberi salam..insyaAllah moga moga berterusan pada entry yang akan datang..dah ade kesempatan gua update blog ni gua gunakan sebaik baiknya..tadi gua baru dapat jadual yang kat atas nu..itu adalah jadual kelas tambahan gua kat sini..dah jelas jelas tajuk entry ni pon 'final year'..yer..memang gua di tahun akhir sekarang ni..gua khaskan entry ni untuk member member gua yang same same final year dengan gua jugaklah..gua harap korang rajin rajin la bukak glog gua ni sebab di sini memang penuh dengan info yang berguna.. :P sekali sekala gua angkat bangkul yang gua duduk dalam tu.. :D
ape ape pon korang doakan lah amiyo berjaya pulang ke tanah air tahun ni dengan segulung ijazah..
maaf entry ini agak pendek...
-sekian-
Friday, January 14, 2011
:: kaitan 'imam muda' dengan 'sanggul arab' ::
sila jawab salam 'imam muda amiyo' ni.
-.-
ramai jugak orang tertanya tanya. buat ape nak pakai sanggul ni? salah ke buat macam tu? kan tertutup je rambut kalau pakai macam tu. tak salah la oii! sekali sekala gua rase nak lempang jugak diri gua sebab gua pon pernah tertanya macam tu. tak patut lah kan kalau imam muda macam gua bertanya sedemikian. baru la gua sedar. wanita yang pakai sanggul ni memang menarik mata yang memandang. bagi yang normal lah. :P so, memang ada sebab lah kenapa islam melarang kite pakai sanggul. kalau yang tak pakai tudung tu gua no komen lah. jawab je lah komen dalam kubur nanti yer.
hadis Nabi Muhammad yang memberi kiasan tentang sanggul di atas kepala perempuan seperti bonggol unta(eh sama la kan) :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).
betol lah. memang ade kaitan antara 'imam muda' dengan 'sanggul arab'.
sebab kalau bukan imam muda yang nak tegur benda benda macam ni sape lagi kan?
heh...!
-sekian-
*nak lebih jelas sila rujuk link imam yang lebih tua di sini dan sini...
Tuesday, January 11, 2011
:: 11.1.11 ::
melayu kahwin..meletop gitu...
pphuuiii...!!!
ingat gua suke sangat ke nk puja artis ni...
tapi kat tempat gua masih lagi 11.1.11 okkay...gua tak heran sangat orang laen duk sibuk
buat entri 1.11.11 tahun baru hari tu..bagi gua tarikh hari ni lagi cantik...
walaupon tarikh ni bukan nye papepon bagi gua...yang menarik hanya lah bentuk
susunan nombor..kalau buat tajuk akhbar pon macam best je kan...
"11.1.11 tarikh keramat dato' z bertemu jodoh ..... bla..bla...bla... "
lepas setahun lebih kurang keluar plak tajuk
"12.12.12 tarikh jatuh talak tiga dato' z .... bla...bla...bla... "
hahaha..memandai jek gua buat tajuk akhbar ni...sile amik perhatian yer..
tajuk akhbar tadi adalah rekaan semata mata... :P
**********************
ade jugak yang sambut hari lahir pada tarikh ni kan...kalau tak silap gua
dato' Siti punye bezday hari ni la..tu pon gua terbace kat blog member2 blogger kite la..
so,sape2 yang terberanak same tarikh ngan dato' siti iaitu hari ni..(kalau tak silap gua)
selamat hari lahir lah yer gua ucapkan..dan memang tarikh lahir korang untuk tahun ni sangat lah comel... :)
gua terpaksa edit gambar lu sebab lu tak tutup aurat lu dengan sempurna
**********************
baiklah..bagi gua plak hari ni takde la istimewa sangat...tapi alhamdulillah la..
dapat gak gua pegi 'jawazat' hari ni untuk amik tarikh nak sambung visa...
gua dah pegi minggu lepas dan macam biasa dengan normal nya gua dan rakan rakan
kene halau..dan hari ni kali ke2 gua pergi baru la gua dapat..bukan dapat visa
lagi taw..baru dapat tarikh untuk dapatkan visa..hampeh tol arab buat keje..
tapi syukur la dari orang laen ade yang sampai 4-5 kali kene halau baru dapat..
sebab diorang halau mungkin sebab serabut kot budak2 melayu kat situ..
almaklumlah perangai orang arab memang macam tu...
satu lagi hari ni gua rase kecederaan kat kaki gua dh ok sangat kot
kalau nak banding ngan semalam..semalam gua men bola sampai injured pehe gua...
so,alhamdulillah la 11.1.11 ni sangat memberi makna dalam hidup gua sebab
pada tarikh ni la kaki gua kian sembuh..(macam takde ketan jek)
tapi bagi gua ia sangat penting sebab lusa gua nak beraksi lagi dengan kawan kawan
gua kat sini..
budak baju merah itu sudah tidak injured.. :P
**********************
gua rase setakat ni je la enty melalut gua pasal
11.1.11 ni..gua sebenarnye dah jarang sangat ade mase nak update blog gua ni..
tapi gua kene jenguk jugak la sebab taknak bagi blog gua ni berdebu plak nanti..
dah ade kesempatan dan pada tarikh yang 'comel lotte' ni gua update je la..
-sekian-
Sunday, January 9, 2011
:: follower ke lima ratus riban (la sangat) ::
sedar tak sedar gua jenguk belog amiYo hari ni...
dah genap 500 orang follower gua rupenye...dan gua syukur..
alhamdulillah...
so gua buat la entri khas ni sempena follower gua genap 500 ni..
erkk..sebenarnye dah 504 pon mase aku buat entri ni...
tengs untuk follower gua yang ke 500..beliau ialah
Nur Atikah..
nampak nye blog beliau ni masih baru..tapi blog beliau memang comel ok..
geng2 blogger gua kalau nak jenguk blog beliau boleh la klik kat link yang gua
dah bagi kat atas 2...
oh ya..secara kebetulan kalau tak silap gua beliau pon study kat egypt jugak..
itu berpandukan kepada info kat blog beliau la..
by the way..
terima kasih untuk semua 500 follower gua...
-mutasyakkir awiy-
:)
Saturday, January 8, 2011
:: kisah SERAM...!! ::
jam:12.00 a.m.
assalamualaikum...
gua harap korang sihat la hendaknye yer...
gua rase macam dah lame tak update blog ni...
walaupon baru 3 hari je.. :D
mungkin gua semakn sibuk kot semenjak dua menjak ni..
oh ye..memang gua makin sibuk..gua kat Cairo ni kan untuk tuntut ilmu..
mesti la gua menyibukkan diri gua..amanah besar dari mak ayah gua okkay...
sekali sekali boleh la gua jenguk blog gua ni kan...
jadi untuk mengelakkan dari blog gua ni berhabuk macam satu mase dahulu...
gua nak share satu cite
SERAM...
*credit kisah ini to (maaf gua tak ingat)
Tp pd 1 hari, die announce kat sume pekerja die bahawa mereka bleh balik awal tp dgn alasan sembahyang.
So, pekerja pertama pun pg jmpe bos ni.
............
Bos: alasan awak?
Pekerja: saya nak balik sembahyang kat umah.
Bos: x payah la kat office ni ada surau. Sembahyang kat sini je la.
X dpt balik awal la pekerja tu...
Pekerja kedua pun pegi mengadap bos.
Pekerja: bos, saya nak mntk balik awal hari ni.
Bos: nak buat ape?
Pekerja: saya nak cek anak saya sembahyang ke x kat umah.
Bos: skrg kan dah ada phone awak call je la. X bleh.
X berjaya gak...
Abis sume pekerja bg mcm2 alasan nak balik tp tetap x diterima bos ni.
Sampai kat pekerja last.
Pekerja: bos, saya nak balik awal skit bleh x?
Bos: nape?
Pekerja: sebab isteri saya dah boleh sembahyang.
Bos: kesian awak kena tngu seminggu. Ha ye la awak boleh balik....
Wednesday, January 5, 2011
:: bila rindu kepada Pak Tam sudah terubat ::
:sambil buat muke macam spa' u dalam oh yeah..!:
by the way..bagi yang penah tengok rancangan oh yeah je akan paham kot..
-.-
baiklah..sebelum pergi kepada tajuk....
ade la lebih kurang 2-3 hari lepas...gua kol la family gua kat kampung...
best jugak eh zaman sekarang ni..jarak beribu ribu batu macam ni pon senang senang je gua
borak ngan mak ayah gua..siap boleh tengok muke lagi...sempoi giler...
bukan setakat tengok je..siap perincikan lagi ape yang dapat kite tengok 2...
emak gua: ok la 2..tu muke nampak bersih je..jerawat pon takde...tak macam time balik rumah hari tu..pakai ape..
gua: (dalam hati gua..pehh..wajah gua makin bercahaya..dengan nada tenang gua jawab)o0o..takde la..macam biase je..kat sini kan mari nak belajar..sebab tu kot bersih..
kalau zaman dulu..ade orang lame cerita dekat gua la..kalau hantar surat nak tanye kabar
berita punya lah susah..hantar hari ni kot2 bulan depan baru nak sampai..
kalau sampai pon entah time surat tu sampai kite kat sini elok2 je kene demam campak...
tulis dalam surat tu bukan mainlah sihat walafiat..
papepon syukur alhamdulillah la kite lahir lahir dah duduk dalam zaman ni..
tapi masing masing ade kelmahan kan..zaman sekarang laen plak la cerita nya..
tengah syok gua webcam dengan mak gua...muncul la plak adik laki gua yang sorang ni..
punye la sempoi die duk kat rumah..cuti lepas SPM la katekan..
ape lagi..gua suruh la die gi ambik pak tam gua...
pehh..!
kalau zaman dulu hanatr surat pon untuk ibu bapak je kan...zaman gua plak
siap webcam ngn pak tam lagi..si kucheng gua..alaa..yang kaler itam berkilat tu...
wahaha..taley blah betoii...
oh..makin membesar lah pak tam gua...tapi beliau tak tengok skali pon kat gua...
hampeh...~
takpe la pak tam..gua taw lu pon teringat kat gua...
apesal la time gua balik cuti hari tu gua jumpa dengan lu eh..?
balik rumah lu siap tido sekatil gua..dah la lu tak buat perangai..
buang air pon dalam jamban...
sebab tu la kitorang sefamily sayang kat lu...
gua harap kalau panjang umo boleh jumpe lagi dengan lu..tak kire la umo gua ke umo lu..
buat mase sekarang ni gua serahkan tugas menjaga lu tu kat adik gua...
begitulah kisah gua dengan pak tam gua di zaman techno ni...
oh..bagus la...
gua bangga dengan lu pak tam..tambah kan zuriat kucheng sedunia..kah3...
tapi bia la yang keluar nanti 'berjurus' macam lu pak tam...
bukan jadi macam mat rempit atau bohsia kat luar sane...
gua percaye kat lu...
kalau lah lu boleh bace entri gua ni..
-.-
aktif kalau kat depan laptop..tapi kalau wire laptop suke plak lu main kan..?
haa..yang ramai2 dekat adik gua 2 sepupu sepapat gua lah..saje nak buat gua jeles..
pakat duk jenguk nak bergambar ngn pak tam jugak..
-sekian kisah gua dengan-
..pak tam..
Tuesday, January 4, 2011
:: realiti konspirasi Zack Zukhairi sudah kembali :
selepas 4 bulan beliau x hapdet blog beliau..
ikutkan cerita si zack ni laptop beliau rosak..
sebab tu la korang merana x dapat bace kreativiti beliau..
gua buat entri ni bukannyer ape..trully gua cakap bagi gua
memang blog 'realiti konspirasi' ni la yang paling kreatif dan menarik...
pada korang gua xtaw la...kelainan dalam menyampaikan sesuatu entri
menyebabkan ramai yang ternanti nanti entri seterusnya...
bukannye dengan 'menempek' koleksi gambar2 jambu untuk dijadikan umpan
untuk menambah pengikut...cerita plak petang tadi baru lepas date ngan buah hati..
oh..jangn la terase plak..itu cuma pandangan gua je..
blog masing masing...terpulanglah..hehe..
kreatif...
yer..itu yang paling penting...
gua hanya mampu mengulas kelebihan blog beliau je...
sebab gua memang x de bakat nak lukis2 macam beliau..nak berkarya macam beliau..
papepon...bagi gua...blog lu memang gua paling suke...
papepon layan je entri lepas 4 bulan tak hapdet beliau ni...
-sekian-
Monday, January 3, 2011
:: saya(gua) blogger kelantan darul naim ::
Amaran: Ini entri gua copy dari jijie yu dan beliau copy dari kembatolo dan beliau copy dari hiro..dan kami adalah blogger kelantan.huehuehue.Lepas copy, gua paste dekat sini. (sudah mintak izin, tapi dye bagi ke tak gua tak tahu) biaser gua tak mintak2 pon ngan diorang ni..
Amaran khas: gua copy soalan jer weh.. -.-
ASSALAMUALAIKUM.
waalaikumussalam...(aku jawab sendiri)harap korang jawab jugak la yer... :D Jom kita join KATEGORI SAHABAT BLOGGER MENGIKUT NEGERI.
-miyoshu(amiyo+shubra)shubra name tempat gua study skang ni.. :D
pilih je nak gune pakai yang mane yek.. :P
STATUS:
kalau ikukan status YM gua memang invisible la skang ni..kalau SKYPE plak status gua online je..di sini gua menghadapi sedikit kekeliruan.gua tak berape paham 'beliau' nakkan status pe..?
CARA HUBUNGI:
ade ke orang nak hubungi gua..?gua ni bukannyer femes sangat poonn.. :tangan ke bahu,mata pandang atas:
add je YM gua 'mie_roul33@yahoo.com'
ataupon..
add je fesbuk gua 'muhd amirul'
-salam ukhwah-
DAERAH/JAJAHAN:
kalau tak silap gua,ayah gua pernah cakap kat gua yang daerah ngan jajahan ni laen2..?gua pon x brape nk ingat dan masih kompius.jadi supaya tidak mengecewakan korang gua gitaw jugak la yang gua tinggal dalam daerah Kota Bharu..kalau korang nak datang rumah gua,cari Kota Bharu tu dulu sampai jumpa..insyaAllah korang akan jumpa rumah gua dalam Kota Bharu itu... :D
TEMPAT TINGGAL:
kan gua dah gitaw tadi..cari jek dalam Kota Bharu tu..kompem rumah gua ade dalam daerah tu..tak caye..?takleh laa..korang memang kene caye sebab memang gua tinggal kat situ..muehehe...
APA YANG MENARIK DI TEMPAT SAYA:
-ade pasar ikan...
-kedai runcit...
-masjid mukim...
-mall besau besau...
-bandaraya yang islamik...
-pantai yang indah...
-air terjun yang cantik...
-pak tam...
-nak taw lebih lanjut datang la sendri.. :)
Apa ape pun AKU(gua) BANGGA JADI ANAK KELANTAN.
SOALAN:
1. Kenapa yu tak tulis blog dalam kelate? kate bangga?
boleh jer kalau gua nak tulis dalam loghat kelate..tapi kat sini gua bukan nak kawan ngan blogger kelate je..bagi gua korang blogger semua member gua..so,kalau gua tulis dalam loghat kelate kang takde plak yang paham selain orang kelanta je..jadi lebih baik gua gune pakai bahasa melayu international ni yer.. :D
2. Boleh saya komen dalam bahasa kelantan?
boleh aja..apa salahnya..:p geng2 blogger klate gua memang ade tinggal komen dalam bahasa kelantan pon..dan gua pon reply dalam bahasa kelantan la...
3. Kenapa awak buat entri ini? Kering idea ye?
soalan yang agak mencabar kewibawaan seorang blogger..keh3..takder la gua kering idea..ade je 2 3 entri yang gua dah ready nk buat..tapi gua utamakan yang ni dulu la..boleh kite berkenalan sesame blogger kan..??
4. Kenapa ramai orang tak suka pakwe Kelantan?
yer ke macam tu..?gua taktaw la plak pasal ni sebab tempat gua blaja skang ni memang tak bercampur laki n pompuan..so,gua takde can la nak test market gua..
5. Betul ke kalau lelaki Kelantan bertemu dengan kawan lelaki, dorang akan tinggalkan makwe dia?
yang ni lagi la gua tak taw..sila rujuk soalan no4 yer macam mane gua jawab..sesungguhnya gua memang tak taw.. -.-
6. Kenapa kebanyakan orang Kelantan pandai?
same jer orang mane2 pon..hendak seribu daya kan..tapi bagi gua didikan agama itu sangat penting..ayah gua pon selalu cakap kat gu...'kejar akhirat,insyaAllah dunia datang kepada kita...kejar dunia,belum tentu akhirat nak mari dekat ngan kita...dan akhirat la tempat yang kekal abadi' :)
7. Kenapa awak kacak sangat?
agak2 le nak menipu pon..(yang ni copy jijie yu punyer jawapan..sempoii..)
SukaNeka:
1. Nak tengok gambar kat Kelantan, pandai-pandai lah Google. Kui Kui Kui.
Saturday, January 1, 2011
:: Hujan lebat di malam yang suram ::
Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.
Ibu : Nak, dari mana ?
Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.
Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!
Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya
Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.
Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.
Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?
Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!
sekali sekala gua rase nak sare lawak takpe kan...??
keh...!!keh...!!keh...!!
credit to: http://www.facebook.com/profile.php?id=100001716084074