"Bulan Ramadan, yang di
dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara
kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..."
(surah Al Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
3 orang tengah bermadah:
terima kasih untuk sharing is caring
:)
perkongsian berguna, sesungguhnya solat dan al-quran itu penenang hidup.
salam nuzul quran dan salam ramadhan =)
sharing is caring
Post a Comment