Hadith 1
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah
dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah
diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang
Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau
haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke
atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah
Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu
hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan
Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan,
menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu,
melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar
dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah
kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib
malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu
Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa
Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada
setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan
diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka
tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka
puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana
doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya
pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi
kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa
nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya
mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar
(disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau
mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir
hayatnya."
-Halaqah.net-
11 orang tengah bermadah:
sy ad dgr tentang hadis palsu. tentang kelebihan solat terawih . tatau lah btl ke tak kann.
nice...
thumbs up ^^
part sahur tu yg liat sikit..haih..
thanks ntk info ni..=)
sahur..rama yang tak buat walau simple je sebenarnya
mekasih amiyo untuk ini.
ia satu pemberi semangat untuk kita menjalani ibadah puasa.apa lagi yang kita tidak syukuri..
@cik kierana: yer. ada la. ramai ustaz duk sebut pasal tu sekarang.
@VL: tengs...
@hikari: liat ke sahur? huhu
@ syarifah: yup. taw takpa. kebanyakan orang tak tahu kelebihan bersahur.
@GW: sama2 hantu penulis. :P
bykkanlah berdoa di bulan puasa ni. ;)
yg sahur tu mmg byk kelebihannya,nak2 lg utk org yg ade gastrik cm ika hehe :)
selamat berpuasa ye., melambatkan sahur menyegerakan berbuka. :D
kami nk ceramah pilihan masa kini...
Post a Comment