Saturday, August 20, 2011

:: Pemuja Dunia ::


 Tahukah wahai readers sekalian apa itu ISTIDRAJ?


Rasullulah s. a. w. bersabda :

”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Manusia istidraj :

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah s. a. w bersabda : 

“Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” 

(Kitab Nasaibul’Ibad)


*******************************************


Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Tujuan hidup kita adalah mencari KEREDHAAN Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia BERSYUKUR nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahua'lam.


Bila dunia pergi dia berasa rugi, 
Bila dunia datang dia lupa diri. 

9 orang tengah bermadah:

Auni Aizie. said...

ALLAH kalau nak tunjuk bila bila masa je kan :)

cik mas said...

entry bagus. tahniah amiyo atas perkongsian bln ramadhan ni. sama2lah kita berubah kearah kebaikan :)

nabilah_2908 said...

moga kita2 semua tidak tergolong dalam golongan manusia istidraj...

@Fr!^n@ said...

:)

Good one..

azwa amani said...

amani pernah dengar istidraj tu.... baru ni tahu maksud.. thanks sebab sharing..

Cik Rara said...

Nice..

hikari said...

yeah, strive for mardhatillah insya Allah..itu mission hidup kita

nice..=)

Najwa Raz said...

salam miyo,pernah tidak anda menghadapi suatu kejutan(kebetulan) dalam kehidupan anda? seperti perkara yang tidak terjangkau oleh akal?

dan,mahu tahu pandangan anda.Adakah anda percaya,bahawa dalam kehidupan ini, ada ke tidak suatu 'kebetulan' itu di dalam pandangan sisi Islam?

Terima kasih.

ewanthology said...

nikmat yang membinasakan...