Perkara-perkara yang membatalkan puasa sebagaimana yang
disepakati (Ittifaq) ulama’ berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan
ijma’ ialah empat perkara;
1) Makan,
2) Minum,
3) Jima’.
4) Haid dan Nifas.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa:
1) Anda boleh
mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sesungguhnya tiada dalil
yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga
badan. Sekiranya tiada dalil, maka tiadalah hukum makruh atau lain-lain
terhadapnya.
2) Anda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu
Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya.
Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan
anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak
bangun bersahur.
3) Tidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwak atau dengan berus gigi.
4) Sekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.
3) Tidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwak atau dengan berus gigi.
4) Sekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.
Perkara makruh yang dilakukan di bulan Ramadan Ini:
Antara
perkara makruh ialah BANYAK TIDUR PADA SIANG HARI, tidak melakukan
perkara yang disunatkan, MENGUMPAT dan bercakap kosong, berkelahi sesama
saudara Islam.
Lagi...
1- Pendapat yang mengatakan “al-Jauf”, iaitu rongga yang membatalkan puasa apabila masuk makanan ke dalamnya adalah “Ma’idah” (perut) sahaja, tidak termasuk lubang-lubang lain di badan manusia.
2- Ulama’ semasa berbeza pendapat tentang “Bakhkhah ar-Rabwu” (penyembur gas untuk penyakit lelah). Pendapat yang paling hampir dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.
3-
Pil yang diletakkan di bawah lidah bagi pesakit jantung, yang dihisap
secara terus dan tidak masuk ke dalam rongga adalah tidak membatalkan
puasa.
4- Alat yang dimasukkan ke dalam ma’idah (usus)
untuk mengesan penyakit juga tidak membatalkan puasa. Kecuali jika
diletak ubat/minyak pada alat tersebut maka ia boleh membatalkan puasa.5- Ulama’ semasa juga berbeza pendapat tentang ubat titis ke dalam hidung. Ada yang mengatakan tidak batal, tetapi majoriti mengatakan batal. Pendapat yang paling hampir dekat dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.
6- Gas oksigen tidak membatalkan puasa kerana ia hanyalah angin/udara yang tidak terdapat anasir lain di dalamnya.
7- Begitu juga gas yang disedut melalui hidung, hukumnya sama dengan penyembur lelah (no. 2).
8-
Bius setempat tidak membatalkan puasa. Manakala bius penuh sepanjang
hari membatalkan puasa tetapi sekiranya pesakit tersedar dan masih
berbaki waktu puasa hari tersebut tidak batal puasanya.
9- Ubat titis ke dalam telinga juga tidak membatalkan puasa kerana rongganya tidak bersambung dengan “Jauf”.
10- Ubat titis mata, mengikut majoriti ulama’ semasa, tidak membatalkan puasa.
11- Suntikan ubat melalui kulit, urat dan otot mengikut majoriti ulama’ semasa tidak membatalkan puasa.
12- Memasukkan air dan benda yang boleh mengenyangkan seperti glukos ke dalam urat, mengikut majoriti ulama’ semasa adalah membatalkan puasa.
13- Melumur minyak, losyen dan sebagainya pada kulit, tidak membatalkan puasa.
14- Memasukkan alat seperti kamera, untuk mengesan penyakit ke dalam urat/saluran jantung adalah tidak membatalkan puasa.
15- Begitu
juga memasukkan alat ke dalam perut untuk mengesan penyakit, tidak
membatalkan puasa. Tetapi sekiranya sampai kepada “Ma’idah” (usus), boleh membatalkan puasa.
16- Dialisis
(mencuci darah) yang mengandungi ubat-ubat yang boleh mengenyangkan
atau memberi kekuatan boleh membatalkan puasa, sebaliknya kalau setakat
membersihkan darah tanpa ubat-ubatan tidak membatalkan.
17- Menggunakan cecair/sabun pencuci alat sulit wanita tidak membatalkan puasa.
18- Memasukkan
ubat ke dalam dubur untuk penyakit bawasir atau mengurangkan kepanasan
suhu badan tidak membatalkan puasa, kerana ia tidak sampai kepada
ma’idah.
19- Memasukkan alat pengesan penyakit atau ubat melalui lubang zakar tidak membatalkan puasa.
20- Menderma
(mengambil) darah. Terdapat khilaf yang begitu besar dikalangan ulama’,
tetapi pendapat yang lebih kuatnya tidak batal kerana dikiaskan kepada
berbekam.
21- Begitu juga mengambil sedikit darah untuk ujian pemeriksaan tidak membatalkan puasa.
p/s: Boleh rujuk Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman untuk lebih jelas.
p/s/s: Kalau nak rujuk video boleh tengok video Ustaz Azhar Idrus.
11 orang tengah bermadah:
info yang berguna:) thanks^^
terima kasih kongsi,baru tau yg psl niat tu =)
nice info.thank for sharing.:)
Info asngat berguna sebgai peringatan manusia yg mudah lupa ni hehe :)
like it!
mungkin sekadar tambahan untuk pembaca belog amiyo ini :
mandi selepas waktu asar juga tiada hukumnya seperti makruh yang sering dikatakan dalam masyarakat kita..
Diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr).
semoga bermanfaat.
olof, bgs nyohh wat entry ni...byk dekpom bnda wt was2..haha..nk tny xingt skmo :D
kade2 nk gosok gigi maso mandi balik sekoloh sero was2 :O.. haha
thanksss amiyoo..haha :P
okeyyy..sangat lengkap dan padat...banyak persoalan dan amani dah dapat banyak jawapan dalam entry ni..syukran..
terima kasih atas perkongsian ilmu.
aku ade dengar,korek telinga dan hidung tak batal,unless kalau kita korek sampai ke perot.haha.ade ke orang korek idong sampai ke salur perot?
so,jangan segan2 nak korek idong
seperti yang aku faham .
cuma nya lebih jelas .
alhamdulillah . =)
Post a Comment