Monday, August 1, 2011

:: Rintihan Ramadhan ::

TUHAN!
Aku tidak tahu mengapa aku ini,
Aku berlainan sekali dari orang,
Setiap kali kedatangan Ramadhan
mereka menyambut dengan gembira,
Muka-muka mereka kelihatan ceria,
Tapi aku berlainan pula,
Kedatangan Ramadhan penuh dukacita,
Bukan aku benci dengan bulanmu,
Yang penuh dengan rahmat dan berkat,
Tapi aku benci dengan diriku,
Aku bimbang Ramadhan-Mu
aku tidak dapat mengisinya dengan sebaik-baiknya,
Aku rasa puasaku tidak sempurna,
Bahkan adakalanya aku rasa puasaku terbatal selalu,
Sembahyang yang aku bina tidak sah,
Tarawikh dan bacaan Al Quranku tidak sampai ke mana,

Tuhan!
Inilah yang menyelubungi hatiku,
Setiap kali kedatangan Ramadhan,
Aku tidak tahu apakah ini satu kesalahan,
Ampunkan aku Tuhan!
Maafkan aku!
Kalau ini satu kesalahan,
Pimpinlah aku,
Dan betulkanlah sikapku,
Sekali lagi aku memohon ampun dari-MU


-Nukilan Sahibuzaman-

12 orang tengah bermadah:

Fyqa said...

:')

delarocha said...

usaha menjadikan Ramadhan kali ini yg terbaik

azwa amani said...

sama-sama kita perbaiki diri

syarifahsidrus said...

mohon ramadhan kali ini yang terbaik dan diberi peluang lagi untuk sambut ramadan selepasnya

laskar pelangi said...

semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang lepas:)

insyaAllah:)

salam ramadhan~

**::CIKNUURUL::** said...

sentiasa berusaha mengubah dri ke arah yg lebih positif,.marhaban ya Ramadhan,.Ramadhan yg penuh berkat,doa akn dimakbulkn,.:)

Afikah Aziz said...

subhanallah...sama2 muhasabah diri

Faaein Talip Roy said...

semoga dapat menghayati ramadan kali ini... harapan untuk diri sendiri jugak..

belog|amiyo said...

@fyqa: :)

@delarocha: insyaAllah.

@amani: insyaAllah.

belog|amiyo said...

@syarifah: mudah mudahan :)

@laskar pelangi: insyaAllah. salam Ramadhan jugak.

@cik nurul: insyaAllah :)

belog|amiyo said...

@afikah: insyaAllah. :)

@talip: insyaAllah :)

Tea Dno said...

jangan biarkan hati kita kosong sepanjang ramadhan ni. :)