Sunday, August 14, 2011

:: Supaya kamu tahu nilai Nabi ini, Sallallahu ‘alaihi wasallam ::




Pada hari kebangkitan, sehari bersamaan dengan 50,000 tahun. Manusia berdiri hanya untuk menunggu giliran dihisab selama 50,000 tahun. Sehinggakan sampai satu tahap yang mana ada setengah dari manusia-manusia  ini, letih kerana menunggu, mereka sanggup terus masuk ke dalam neraka. Supaya tidak perlu penat menunggu. 

Dan pada waktu itu, akan ada sekumpulan manusia membuat keputusan sambil berkata, 

“Kita pergi kepada nabi-nabi supaya mereka syafaatkan kami untuk memulakan hisab (amalan)”

Maka mereka pergi kepada Nabi Adam a.s. dan mereka berkata,

“Wahai Adam a.s. Allah telah ciptakan engkau denga tangan-Nya sendiri. Berikan kami syafaat.”

Maka Nabi Adam a.s. menjawab,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Aku telah berdosa kepada Tuhanku sebelum ini. Aku dengan hal aku sendiri. Pergilahkamu kepada Nabi Nuh a.s.”

Maka mereka pergi menuju kepada Nabi Nuh a.s. Dan Nabi Nuh a.s. juga berkata,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Aku telah tinggalkan kaumku dan lain-lain… Pergilah kamu kepada Nabi Ibrahim a.s.”

Maka mereka telah pergi kepada Nabi Ibrahim a.s. dan berkata,

“Wahai Nabi Ibrahim a.s. Engkau pencinta Rahman.”

Maka Nabi Ibrahim a.s. berkata,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Aku telah menipu tiga penipuan (dia sebutkan). Pergilah kamu kepada Nabi Musa a.s.”

Dan mereka terus menuju kepada Nabi Musa a.s. dan berkata,

“Wahai Musa a.s. Kamulah kaleem Ar Rahman. Allah Subhanahu Wata’ala bercakap dengan kamu secara langsung (tanpa hijab).”

Maka Musa a.s. pada hari kiamat juga berkata,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Aku telah terbunuh seseorang. Pergilah kamu kepada Nabi Isa a.s.”

Maka menujulah mereka kepada Isa a.s. dan beliau juga berkata,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Pergilah kamu kepada Muhammad S.A.W.”

Maka mereka pun pergilah menuju kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dan berkatalah Nabi Muhammad S.A.W ,

“Akulah orangnya. Akulah orangnya.”

Dan pergilah Nabi Muhammad kepada Allah dan bersujud selama mana Allah mahukan beliau untuk bersujud. Dan Tuhan mengajarnya pujian-pujian yang tidak pernah didengari sebelum ini. Iaitu dengan gaya pujian kepada Allah dengan cara yang Rasul tidak pernah dengar sebelum ini. Maka beliau memuji Allah SWT dan barulah dimulakan hisab! Masuklah yang ke neraka dan masuklah yang ke syurga dan Rasulullah masih lagi di situasi ini. Terus bersujud selama mana Allah kehendaki untuk beliau bersujud. Dan Allah SWT melihatnya dan berkata,

“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad, dan mintalah, kau akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan.”

Maka Rasulullah SAW berkata, 

“Umatku… Umatku…”

Ya Allah. Semua orang di hari kiamat kelak akan berkata “aku dengan hal aku, kamu dengan hal kamu”. Kecuali Muhammad SAW akan berkata “umatku… umatku…”

Maka berkatalah Allah SWT,

“Keluarkan dari neraka itu sesiapa di dalam hatinya terdapat seberat biji gandum dari iman.”

Maka berduyun-duyunlah manusia keluar dari neraka. Dan sekali lagi Nabi SAW kembali kepada Allah SWT dan bersujud dan panjangkan lagi sujudnya. Dan berkatalah Allah SWT,

“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad, mintalah, dan kau akan diberikan. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan.”

Maka berkatalah Rasulullah,

“Umatku…  Umatku… Ya Allah.”

Dan Allah berkata,

“Keluarlah dari neraka sesiapa di dalam hatinya seberat biji sawi dari iman."

Maka brduyun-duyunlah manusia keluar dari neraka dan sekali lagi Rasulullah kembali mengadap Allah SWT dan bersujud. Maka Berkatalah Allah SWT,  

“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad. Mintalah syafaat dan kau akan disyafaatkan”

Dan Nabi SAW berkata,

“Umatku… Umatku… Ya Allah.”

Dan berkatalah Allah SWT,

“Keluarkanlah dari neraka sesiapa yang di dalam hatinya seberat zarrah (atom) dari iman.” 

Inilah atom. Sekecil-kecil iman yang akan syafaatkan kita semua di hari kiamat nanti. Selepas itu dia (Muhammad) berkata dan inilah point yang terakhir dalam kisah ini dari Sahih Bukhari. Dan kembalilah lagi Nabi SAW kepada Allah SWT dan bersujud, dan sujud dipanjangkan lagi. Maka berkatalah Allah SWT, 

“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad. Mintalah syafaat dan kau akan disyafaatkan.”

Dan berkata Nabi SAW untuk kali yang keempat,

“Ya Allah. Izinkan aku keluarkan sesiapa yang pernah menyebut ‘Lailahaillah’ walaupun dia bukan dari umatku. Tapi telah Esakan engkau ya Allah. Walaupun tidak pernah menyebut ‘anna Muhammad Rasulullah’. Hanya Esakan engkau sahaja!”

Maka berkatalah Allah SWT,

“Demi kemuliaan-Ku, dan keagungan-Ku, dan kebesaran-Ku, akan Ku keluarkan darinya sesiapa yang menyebut ‘Lailahaillah’”

Muhammad SAW bukannya milik orang arab Mesir. Bukan milik orang Saudi. BUKAN juga milik orang-orang yang kuat beragama sahaja. Muhammad SAW universal. Menyeluruh. Dan di dalam hatinya belas kasihan, bukan hanya kepada Muslimin. Tetapi untuk seluruh alam. Kerana itulah Nabi SAW adalah sebaik-baik manusia. ‘Alaihi ssolatu wassalam…

Semoga dengan dosa-dosa kita, kekurangan yang ada pada diri kita ini, semoga Allah SWT tidak mengharamkan kita dari duduk dengannya Muhammad SAW. Dengan izin Allah SWT.

13 orang tengah bermadah:

laskar pelangi said...

terima kasih sebab sudi saling ingat mengingati :)

qwert. said...

:)

Anonymous said...

what a beautiful entry.... terima kasih kerana berkongsi.... :)

Unknown said...

ameen..semoga kita semua tergolong dlm mereka yg menerima syafaat..thanx 4 the nice entry :)

Farhana Jafri said...

xsgka smpai begitu nabi muhammad snggup pertahankan umatnya.. rasa bersyukur sgt.. terharu baca entri ni.. rasa dihargai dan disayangi :')

@Fr!^n@ said...

besarnya pengorbanan baginda untuk kita... selawat byk@ jom!

blog-tips-kurus said...

syukur kita ni umat Nabi kan.. :)

azwa amani said...

thanks for sharing

Anonymous said...

Rasulullah..pmbri syafaat d akhirat kelak :)

Anonymous said...

insyaAllah..ingin ku berdamping denganmu Ya Rasulullah, namun hinanya diri meminta dikasihani..

De' Nurul said...

shared :) entry yang sangat bermanfaat

Razlan Ab Razak said...

salan tuan punya blog..boleh kongsi entry yang hebat ini?? :)

Anonymous said...

Subhanallah. :'(