Tuesday, August 9, 2011

:: ragam solat terawih berjemaah ::




bulan Ramadhan sinonim dengan solat Terawih betul? dan benda yang paling kerap aku tengok bila umat manusia kita di Malaysia bila bersolat terawih adalah :



saf yang renggang:


bila solat berjemaah, tak kisahla terawih ke solat Isyak ke, Subuh sekalipun dengan syarat berjemaah, saf kena rapat. rapat yang macam mana? biar siku kiri dan kanan kau dengan orang sebelah tu bersentuhan. kalau bahu dah rapat, takkan la kaki ada ruang lagi kot dengan orang kat tepi. sejadah kau nak pakai besau gedabak tak salah pon, yang salah bila kau tak reti nak 'menghimpit' orang sebelah kau untuk merapatkan saf. kadang-kadang kalau letak budak umur 12 tahun kat tengah tu memang muat. kalau setakat renggang sikit-sikit boleh tahan lagi la, ni memang obvious kot. 

satu lagi bila tiba-tiba orang sebelah kau keluar saf, boleh pulak kau buat tak nampak je dengan 'lubang' sebelah kau tu, tak taw la samada kau tak reti macam mana nak bergerak dalam solat, atau kau tak perasan yang orang sebelah kau dah takde? tak ke dah putus saf tu? tok imam pun berkali-kali pesan sebelum solat, RAPAT-RAPATKAN SAF, PENUHKAN SAF!! tapi?

maaflah kalau entry aku ni agak kasar sebutan-sebutan yang aku gunakan. tapi kalau setakat taknak orang lain pijak sejadah ko, lain kali ko tempah je sejadah yang muat-muat kaki ko je, lepas tu biar sejadah tu lekat kat kaki. senang kalau ko gerak-gerak nanti sekali dengan sejadah-sejadah pon gerak. sejadah bergerak ni takde la seaneh kisah sejadah berdiri untuk solat sendiri bagai tu. aku rasa karpet kat masjid pon dah cukup selesa dah. takkan nak sampai hidung ko tenggelam masa sujud tu baru nak khusyu?

masih aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu masa kami nak solat zohor berjemaah, ustaz aku pernah cakap...

"aii kamu ni budak-budak susah betul nak luruskan saf! bengkang bengkok... dulu zaman sahabat betulkan saf pakai pedang... toreh pedang di lantai kat belakang tumit sepanjang saf. kalau ada tumit yang tak sama akan kena pedang tu. kalau kamu semua ni tak boleh nak pakai pedang dah. kamu tahu pakai apa?!"

aku selamba badak menjampuk... 

"pakai pisau la ustaz. kami kan tecit lagi" sambil tersengih-sengih.

"salah! kalau kamu semua ni kena pakai senapang!"
=__=





budak kecik (tak baligh) dalam saf:

ada dua kes budak kecik dalam saf, satu yang betul-betul nak solat dan satu lagi yang duduk sebelah mak atau ayah sebab takde geng nak ajak main tototumbok masa solat terawih. macam nak solat tadi, budak kecik yang nak solat tu duduk dalam saf elok siap pakai telekong, tapi makcik atau pakcik kat sebelah tu tak rapatkan saf pon atas alasan budak tu budak kecik, sedangkan saf tu berada dihadapan sekali, tak pasal-pasal solat isyak ada lompong kat kawasan tu. setan bukan setakat menyelit dah masa tu. tapi siap bawak geng satu lori lapan belas tayar. 

tak salah pon kalo nak rapatkan saf dengan budak kecik tu masa solat tu, dah elok budak tu tengah solat kan? takkan nak tarik dan halau budak tu tanpa hati perut? tak batal pon solat ko weh. pastu siap solat kau bagitahulah yang budak-budak kalau boleh solat kat saf belakang sekali, bagitahu dan tegur elok-elok tanpa menyinggung hati mak budak tu. mungkin jugak mak budak tu letak dalam saf sesama ngan orang baligh sebab nak latih anak dia solat berjemaah kan?!! lagipun kalau budak tu boleh solat sampai habis, tak salah kan kalo dia nak berada bersama-sama dalam saf kita (yang dah baligh) ni. ye dak?

yang kes budak kecik duduk sebelah mak bapak sambil hisap botol susu takpon makan jajan memang aku rasa nak hempuk je mak bapak budak tu. dah taw anak itu takleh nak berpisah dari mak, apa salahnya kalau mak tu duduk saf paling tepi dan belakang sekali, kalau duduk kat saf tengah memang sahla makmum lain tak dapat nak rapatkan saf dan kalu mak tu duduk kat saf depan, masih ada makmum lain yang berada kat saf belakang yang tak berapa boleh nak kusyuk solat bila melihat gelagat anak-mak yang sedang hisap susu ke makan chokey-chokey ke, takpon tetiba anak-mak tu melalak volume patbelas canner?? tak ke mengganggu?

entry ni bukanlah aku nak cakap yang aku sempurna dalam solat berjemaah. tapi sekurang-kurangnya aku tahu. dan ilmu solat berjemaah ni takkan datang kalo tak dicari atau bertanya ataupun kita hanya solat berjemaah dalam waktu-waktu tertentu sahaja, macam solat berjemaah time solat terawih sahaja. jadi, ringan-ringankanlah kaki ke masjid, takpon ajaklah ahli keluarga anda bersolat jemaah sekerap yang mungkin sekaligus boleh dengar kuliah dari ustaz-ustaz yang duk mengajar lepas maghrib. mana la tahu ada hari dia nak ajar ko solat jenazah selain solat berjemaah.

wallahua'lam...




p/s: sekali lagi aku mintak maaf kalau aku ada terkasar bahasa atau mengguris hati sesiapa tanpa sedar.  bagi aku benda ni serius!
p/s/s:  Bagaimana umat Islam hendak bersatu hati bila hanya saf solat direnggangkan dan tidak lurus? Luruskan dan rapatkan saf kalian.

12 orang tengah bermadah:

laskar pelangi said...

kadang kadang bengang gak...dah namanya nak solat jemaah..ada yang pangkat makcik still nak duduk atas sejadah dia lagi..tak nak berganjak langsung..sayang sangat nak tinggal sejadah mahal dia katakan..

WAHIDA ALIAS said...

hahaha..teringat tyme muda2 dlu solat terawih..mcm2

tieykah said...

dulu aku selalu kena naik atas kalau ade saf depan rongak.makcik yang belakang suruh.satu hal yang aku tak berapa nak pasti

nape tak makcik tu jer yang naik depan

azwa amani said...

betul2..kadang2 tu amani tarik tangan org sebelah suruh rapat... :)

nice sharing... :) amani lagi suka guna bahasa yang direct, senang faham

Afikah Aziz said...

rase nye ok je kot bhs miyo guna..psl nk luruskn saf tu mmg sejak dr kecik klu ikut umi g solat terawih ke solat yg lima waktu ke mst ade makcik2 suh ika ke depan sedangkn makcik tu sndr duk saf blkg..pelik gak,ika xkisah pun ke depan cume apa kata makcik tu pun sama2 bergerak ke depan,nak pahala sama2 kn..tapi kebanyakn ika jumpe golongan makcik2 la..pelik plak hurmm

Hafizin Jamil said...

kemah keming yo..aha

Unknown said...

penat mau cerita dah kat jemah2...haiyhh

Muhammad Izzuddin said...

setuju ngan bro. :)

sebab itu pentingnya ibu bapa memastikan anak anak sudah terlatih di rumah dahulu baru dibawa ke masjid.

jadikan 'masjid dalam rumah' supaya mereka lebih bersedia apabila pergi ke masjid yang sebenar.

:)

Mashe said...

kalau saf perempuan lagi la sakit ati...
sebelah kiri rapat kiri... sebelah kanan rapat kanan.. tengah2 ada lubang... grrr

vampire's lovex said...

ehhh kat bahagian lelaki pon ada kes taknak berpisah dari sejadah dia jugak ek..aku ingt kan kat area saf pmpuan je ada kes cmtu..hoho...masalah global nih...

Jie(",)v said...

kat masjid umah saya pon camgini jgk kebanyakkannya... biasalah, biler time terawih je nk berjinak2 dgn dunia berjemaah.. -___-''

cik mas said...

betul gak beb, adoi kengkadang tak paham manuisa jenis mcm ko ckp ni. ye la, saf dah lompong kekadang tu x gerak pun utk rapatkan. penah gak satu hari tu aku solat perasan la org saf depan kuar. tapi kwn sebelah tu biar je saf tu lubang. tak kan kita yg blkg nak gerak ke depan kot.. sabaw je la.. :)