Sunday, August 7, 2011

:: kisah pak imam dengan mercun ::

7 Ramadhan 1432H. Assalamualaikum, Sunday.. :)


pulang dari solat subuh kelmarin, ada lah sorang makcik tu bagitahu mama aku yang cucu tok imam putus jari sebab main mercun bola. tak dapat dikenalpasti berapa batang jari yang putus, cuma yang pasti mercun bola tu meletup dalam tangan budak tu.

sedangkan tok imam berkali-kali pesan sebelum solat terawih tak pon time khutbah Jumaat yang berbunyi lebih kurang macam ni...

"laranglah anak-anak daripada membeli mercun bola, haram!! membazir duit!!"

tengok-tengok semalam cucu tok imam sendiri yang terkena mercun bola. kejadian ni kalo dari cerita makcik tu, cucu tok imam tu pasang sendiri mercun tu dan biarkan mercun tu meletup atas tapak tangan sebab dia tak lempar mercun tu ketika mercun tu menyala. ala cucu tok imam tu sebaya anak saudara aku, lebih kurang umur dalam 2 tahun. memang tak tahu apa-apa pasal mercun, sekadar tengok si abang main, dan dia berlagak pandai nak pasang mercun tu sendiri. yang mak kepada budak tu memang tak tahu menahu. 

itulah, kekadang budak-budak ni makin dilarang makin menjadi-jadi. tak makan dek pujuk, so nak tanak bagi pelempang sebijik kasi berdesing telinga tu, takpon rotan sedas dua. kalo tak, ni lah padahnya, putus jarilah, buta matalah, tercabut tulang gigi la, tercampak lubang hidung sebelah dan macam-macam lagi la impak yang menyusahkan mak bapak bila jadi macam ni.




harapnya, jari budak tu dapat diselamatkan lah. kesian sangat, sebab budak tu kecik lagi, dan kalaulah jari tu tak diselamatkan, memang dapat kad penganalan OKU free-free je. tok imam pon mesti jadik segan nak tegur apa-apa lagi pasal mercun-mercun segala bagai kan?

oklah, nak bersahur jap. bai...


p/s: main mercun macam bakar duit. kadang-kadang sekali dengan tangan pon terbakar.
p/s/s: ini kisah benar hamba Allah di Malaysia punya. kalau di Mesir pulak aku tengok gejala main mercun mercun semakin menjadi-jadi tahun ini berbanding tahun-tahun lepas.

14 orang tengah bermadah:

biela bell said...

daripada bkr duit baek sedekah duit tu kat org yg memerlukan :)

Anonymous said...

kesian nye...elok x cacat jd cacat haishhh...

Hafizin Jamil said...

selamat bersahur amiyo

Anonymous said...

suka dgr bunyi mrcun ni, meriah. tp tkut nk main sb ni la. alik2, main mrcun pop je

Auni Aizie. said...

aku penah kena baling mercun denagn anak pak imam .

demm jahat budak tu . nasib baik ayah kau imam . grr

Jie(",)v said...

berapa banyak 'tu' daaa???hahaha..

Afikah Aziz said...

siannye baru 2 thun dh jd cenggini..haihh yg abg pun nk men mercun sgt men la jauh2 biar putus jari sorg2 ni tak g men depan adik tu sape suh..opss pe ika merepek ni,cm galakkn plak abg die men mercun huhu

laskar pelangi said...

rindu nak main bunga api ah=D tak teringin nak main mercun nie...

aduhai..mesti tok imam dah malu nak perkatakan isu mercun..kena alert la anak2 tu kalau bunyi mercun ke apa kan..bahaya bebudak sekarang main mercu..tak pasal-pasal OKU :)

syarifahsidrus said...

bahaya ah main mercun2 ni, kesian budak tu

tieykah said...

bedil bola bedik terbaik.aku rasa sangat ontok dengar bunti bedil bola niyh

MAH said...

Tabik spring!!!

cik mas said...

budak2 zaman sekarang ni.. mcm2.. kdg2 mak ayah sama naik main mercun dgn anak.. huhu.. yg penting jgn bagi anak2 pegang mercun tu...

sebelum terlupa, thnks mendoakan kesihatan aku... ko pun knea jaga diri, jaga kesihatan baik2 ok. jgn apendix mcm aku lak.. huu

Gurl Runner Kota Bharu said...

macam penah ku dengar ini cerita tapi d mana yaaa.

hahahaha. sowie pak ustad.

Anonymous said...

teringat mercun bola yg terkena pada ustaz ZAMRI..(^_~)