Wednesday, August 31, 2011

Friday, August 26, 2011

:: Nasihat Baginda SAW kepada anaknya Fatimah R.Anha ::

Dikisahkan pada suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anaknya Fatimah az-zahra. Ketika itu anaknya tengah menggiling gandum dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah bertanya padanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fatimah berkata, "ayahku, penggilingan dan urusan-urusan rumah tanggalah yang menyebabkan aku menangis".

Lalu duduklah Rasulullah di sisi anaknya itu.

Fatimah melanjutkan perkataannya, "ayahku sudikah kiranya ayah meminta Ali (suaminya) mencarikan seseorang untuk dapat menolong aku menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".

Rasulullah bersabda kepada anaknya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fatimah, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskanNya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan olehNya beberapa kesalahanmu dan diangkatNya untukmu beberapa darjat. Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT tuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.”

“Ya Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalang hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautsar pada hari kiamat.”

“Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahawa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit ketika melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.”

“Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya seperangkat pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fatimah perempuan mana yang menyediakan tempat beristirehat serta menata rumah untuk suaminya dengan baik, maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

“Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratul mautnya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat".

Wednesday, August 24, 2011

:: Wordless Wednesday #12 ::

Bulan Ramadhan, bulan Al-Quran.



p/s: sudi-sudilah follow twitter aku. muhd amirul@belogamyo :)   

Tuesday, August 23, 2011

:: My Chance Is Gone ::


I've gone away

No one will ever see me again

I wished I prayed

But look at me now

I never been so afraid

Standing in front of my Lord

With tears running down my eyes

Two books opened out in front of me

I've never seen so many pages

I always thought I was good

But it looked like I was so bad

I tried and I tried to tell Allah

That I'm sorry

If He would send me back


I'll change completely

But there is no more chances

I should have been a better Muslim

The signs on Earth

Showed me that Allah was real

But me thinking stupid

I never thought it was real

That's why I'm here, where I stand

I cried and cried

But no one is going to help me now!


Monday, August 22, 2011

:: Mimpi Basah Ketika Puasa ::



Ada sebuah pertanyaan yang diajukan pada Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah [1], “Jika orang yang berpuasa mimpi basah di siang hari bulan Ramadhan, apakah puasanya batal? Apakah dia wajib untuk bersegera untuk mandi wajib?”

Beliau rahimahullah menjawab,

“Mimpi basah tidak membatalkan puasa kerana mimpi basah dilakukan bukan atas pilihan orang yang berpuasa. Ia punya keharusan untuk mandi wajib (mandi junub) jika ia melihat yang basah adalah air mani. Jika ia mimpi basah setelah solat subuh dan ia mengakhiri mandi junub sampai waktu zhuhur, maka itu tidak mengapa.

Begitu pula jika ia melakukan hubungan intim dengan isterinya di malam hari dan ia tidak mandi kecuali setelah masuk Subuh, maka seperti itu tidak mengapa. Mengenai hal ini diterangkan dalam hadis yang sahih bahawa Nabi Muhammad SAW pernah masuk Subuh dalam keadaan junub kerana sehabis berhubungan intim dengan istrinya. Kemudian beliau mandi junub dan masih tetap berpuasa.

Begitu pula wanita haidh dan nifas, jika mereka telah suci di malam hari dan ia belum mandi melainkan setelah masuk Shubuh, maka seperti itu tidak mengapa. Jika mereka berpuasa, puasanya tetap sah. Namun tidak boleh bagi mereka-mereka tadi menunda mandi wajib (mandi junub) dan menunda solat hingga terbit matahari. Bahkan mereka harus menyegerakan mandi wajib sebelum terbit matahari agar mereka dapat mengerjakan solat tepat pada waktunya.

Sedangkan bagi kaum lelaki, ia harus segera mandi wajib sebelum shalat Subuh sehingga ia boleh melaksanakan solat secara berjemaah. Sedangkan untuk wanita haidh dan nifas yang ia suci di tengah malam (dan masih dalam waktu Isyak), maka hendaklah ia menyegerakan mandi wajib sehingga ia dapat melaksanakan solat Maghrib dan Isyak sekaligus pada malam itu. Demikian fatwa sekelompok sahabat Nabi Muhammad SAW. Begitu pula jika wanita haidh dan nifas suci di waktu Asar, maka wajib bagi mereka untuk segera mandi wajib sehingga mereka dapat melaksanakan solat Zohor dan Asar sebelum tenggelamnya matahari.

Wallahua'lam.

Demikian Fatwa Syaikh Ibnu Baz rahimahullah [2].



 ***************************************************


Untuk mendengar penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus boleh klik video di bawah:




Rujukan Nombor : 

[1] Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz pernah menjabat sebagai ketua Al Lajnah Ad Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’, Komisi Fatwa di Saudi Arabia.

[2] Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 14/283.

p/s: rujukan penuh di rumaysho.com
p/s/s: rujukan video ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus 
p/s/s/s: sudi-sudilah follow twitter aku. muhd amirul@belogamyo :)  

Saturday, August 20, 2011

:: Pemuja Dunia ::


 Tahukah wahai readers sekalian apa itu ISTIDRAJ?


Rasullulah s. a. w. bersabda :

”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Manusia istidraj :

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah s. a. w bersabda : 

“Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” 

(Kitab Nasaibul’Ibad)


*******************************************


Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Tujuan hidup kita adalah mencari KEREDHAAN Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia BERSYUKUR nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahua'lam.


Bila dunia pergi dia berasa rugi, 
Bila dunia datang dia lupa diri. 

Friday, August 19, 2011

:: Malam Lailatul Qadar ::



Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:

    " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan "

     
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:

    " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
    mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
    dosa-dosa yang telah lalu "

     
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:

    " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
    akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
     

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:

    " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
    dalam malam ganjil. "
     

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:

    " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. " 

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
    " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: 


 Maksudnya:
    " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
    keampunan-Mu untukku. "


sumber rujukan : laman web JAIS

Thursday, August 18, 2011

:: batal, tidak batal, dan makruh dalam berpuasa ::



Perkara-perkara yang membatalkan puasa sebagaimana yang disepakati (Ittifaq) ulama’ berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma’ ialah empat perkara;

1) Makan,
2) Minum,
3) Jima’.
4) Haid dan Nifas.


Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa:
1) Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada dalil, maka tiadalah hukum makruh atau lain-lain terhadapnya.


2) Anda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.
3) Tidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwak atau dengan berus gigi.
4) Sekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.

Perkara makruh yang dilakukan di bulan Ramadan Ini:

Antara perkara makruh ialah BANYAK TIDUR PADA SIANG HARI, tidak melakukan perkara yang disunatkan, MENGUMPAT dan bercakap kosong, berkelahi sesama saudara Islam.

Lagi...

1- Pendapat yang mengatakan “al-Jauf”, iaitu rongga yang membatalkan puasa apabila masuk makanan ke dalamnya adalah “Ma’idah” (perut) sahaja, tidak termasuk lubang-lubang lain di badan manusia.
2- Ulama’ semasa berbeza pendapat tentang “Bakhkhah ar-Rabwu” (penyembur gas untuk penyakit lelah). Pendapat yang paling hampir dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.
3- Pil yang diletakkan di bawah lidah bagi pesakit jantung, yang dihisap secara terus dan tidak masuk ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa.
4- Alat yang dimasukkan ke dalam ma’idah (usus) untuk mengesan penyakit juga tidak membatalkan puasa. Kecuali jika diletak ubat/minyak pada alat tersebut maka ia boleh membatalkan puasa.
5- Ulama’ semasa juga berbeza pendapat tentang ubat titis ke dalam hidung. Ada yang mengatakan tidak batal, tetapi majoriti mengatakan batal. Pendapat yang paling hampir dekat dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.
6- Gas oksigen tidak membatalkan puasa kerana ia hanyalah angin/udara yang tidak terdapat anasir lain di dalamnya.
7- Begitu juga gas yang disedut melalui hidung, hukumnya sama dengan penyembur lelah (no. 2).
8- Bius setempat tidak membatalkan puasa. Manakala bius penuh sepanjang hari membatalkan puasa tetapi sekiranya pesakit tersedar dan masih berbaki waktu puasa hari tersebut tidak batal puasanya.
9- Ubat titis ke dalam telinga juga tidak membatalkan puasa kerana rongganya tidak bersambung dengan “Jauf”.
10- Ubat titis mata, mengikut majoriti ulama’ semasa, tidak membatalkan puasa.
11- Suntikan ubat melalui kulit, urat dan otot mengikut majoriti ulama’ semasa tidak membatalkan puasa.




12-      Memasukkan air dan benda yang boleh mengenyangkan seperti glukos ke dalam urat, mengikut majoriti ulama’ semasa adalah membatalkan puasa.
13-      Melumur minyak, losyen dan sebagainya pada kulit, tidak membatalkan puasa.
14-      Memasukkan alat seperti kamera, untuk mengesan penyakit ke dalam urat/saluran jantung adalah tidak membatalkan puasa.
15-      Begitu juga memasukkan alat ke dalam perut untuk mengesan penyakit, tidak membatalkan puasa. Tetapi sekiranya sampai kepada “Ma’idah” (usus), boleh membatalkan puasa.
16-      Dialisis (mencuci darah) yang mengandungi ubat-ubat yang boleh mengenyangkan atau memberi kekuatan boleh membatalkan puasa, sebaliknya kalau setakat membersihkan darah tanpa ubat-ubatan tidak membatalkan.
17-      Menggunakan cecair/sabun pencuci alat sulit wanita tidak membatalkan puasa.
18-      Memasukkan ubat ke dalam dubur untuk penyakit bawasir atau mengurangkan kepanasan suhu badan tidak membatalkan puasa, kerana ia tidak sampai kepada ma’idah.
19-      Memasukkan alat pengesan penyakit atau ubat melalui lubang zakar tidak membatalkan puasa.
20-      Menderma (mengambil) darah. Terdapat khilaf yang begitu besar dikalangan ulama’, tetapi pendapat yang lebih kuatnya tidak batal kerana dikiaskan kepada berbekam.

21-      Begitu juga mengambil sedikit darah untuk ujian pemeriksaan tidak membatalkan puasa.



p/s: Boleh rujuk Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman untuk lebih jelas.

p/s/s: Kalau nak rujuk video boleh tengok video Ustaz Azhar Idrus.
 

:: Barcelona juara piala Spain Super Cup 2011 ::


Barcelona menjuarai Piala Super Cup Spanyol selepas menewaskan musuh ketat mereka Real Madrid dalam aksi timbal balik di Nou Camp dengan kemenangan agregat 5-4 sebentar tadi. Lionel Messi menjaringkan dua gol untuk Barcelona sekaligus gol kemenangan ketika perlawanan berbaki dua minit. Andres Iniesta pula menjaringkan gol pertama pada minit ke 15 namun tidak bertahan lama apabila Cristano Ronaldo menyamakan kedudukan 5 minit kemudian. Tapi aku rasa gol Ronaldo dah offside lah. Ha ha.

Karim Benzema menyamakan kedudukan Real Madrid selepas Messi menjaringkan gol ke dua sebelum itu. Tapi segalanya berubah apabila Lionel Messi menjadi watak pemusnah kepada Real Madrid apabila menjaringkan gol ke tiga seterusnya gol kemenangan buat pasukan Barcelona.




Sedikit faka:

1- Barca merangkul 10 piala dalam waktu tiga tahun bersama Pep Guardiola. Spain Super Cup adalah piala yang ke 11 dan yang pertama untuk tahun ini. Gomo Barca gomo!

2- Cecs Fabregas merangkul piala pertamanya ke Barcelona setelah beberapa hari berpindah dari Arsenal setelah beberapa tahun di sana tanpa apa-apa. :P

3- Tengok minit ke 1.50 dalam video neh. Mourinho macam budak-budak main tarik telinga. kah3!







Wednesday, August 17, 2011

:: 17 Ramadhan Nuzul Al-Quran ::


"Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..."
 (surah Al Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Wallahua'lam...

:: Wordless Wednesday #11 ::

Suntikan ubat melalui kulit, urat dan otot mengikut majoriti ulama’ semasa tidak membatalkan puasa. 
-rujukan


Tuesday, August 16, 2011

:: [gambar] welcome home Cesc Fabregas ::












p/s: maaflah. aku kalau bab bola takdak kompromi. haha.
p/s/s: Budak-budak Arsenal pura-pura kental dengan pemergian Fabregas, padahal dalam hati rabak kemain sambil mendengar lagu Fotograf, "Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal". -sokerkeaks-

Sunday, August 14, 2011

:: Supaya kamu tahu nilai Nabi ini, Sallallahu ‘alaihi wasallam ::




Pada hari kebangkitan, sehari bersamaan dengan 50,000 tahun. Manusia berdiri hanya untuk menunggu giliran dihisab selama 50,000 tahun. Sehinggakan sampai satu tahap yang mana ada setengah dari manusia-manusia  ini, letih kerana menunggu, mereka sanggup terus masuk ke dalam neraka. Supaya tidak perlu penat menunggu. 

Dan pada waktu itu, akan ada sekumpulan manusia membuat keputusan sambil berkata, 

“Kita pergi kepada nabi-nabi supaya mereka syafaatkan kami untuk memulakan hisab (amalan)”

Maka mereka pergi kepada Nabi Adam a.s. dan mereka berkata,

“Wahai Adam a.s. Allah telah ciptakan engkau denga tangan-Nya sendiri. Berikan kami syafaat.”

Maka Nabi Adam a.s. menjawab,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Aku telah berdosa kepada Tuhanku sebelum ini. Aku dengan hal aku sendiri. Pergilahkamu kepada Nabi Nuh a.s.”

Maka mereka pergi menuju kepada Nabi Nuh a.s. Dan Nabi Nuh a.s. juga berkata,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Aku telah tinggalkan kaumku dan lain-lain… Pergilah kamu kepada Nabi Ibrahim a.s.”

Maka mereka telah pergi kepada Nabi Ibrahim a.s. dan berkata,

“Wahai Nabi Ibrahim a.s. Engkau pencinta Rahman.”

Maka Nabi Ibrahim a.s. berkata,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Aku telah menipu tiga penipuan (dia sebutkan). Pergilah kamu kepada Nabi Musa a.s.”

Dan mereka terus menuju kepada Nabi Musa a.s. dan berkata,

“Wahai Musa a.s. Kamulah kaleem Ar Rahman. Allah Subhanahu Wata’ala bercakap dengan kamu secara langsung (tanpa hijab).”

Maka Musa a.s. pada hari kiamat juga berkata,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Aku telah terbunuh seseorang. Pergilah kamu kepada Nabi Isa a.s.”

Maka menujulah mereka kepada Isa a.s. dan beliau juga berkata,

“Aku dengan hal aku sendiri. Kamu dengan hal kamu sendiri. Pergilah kamu kepada Muhammad S.A.W.”

Maka mereka pun pergilah menuju kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dan berkatalah Nabi Muhammad S.A.W ,

“Akulah orangnya. Akulah orangnya.”

Dan pergilah Nabi Muhammad kepada Allah dan bersujud selama mana Allah mahukan beliau untuk bersujud. Dan Tuhan mengajarnya pujian-pujian yang tidak pernah didengari sebelum ini. Iaitu dengan gaya pujian kepada Allah dengan cara yang Rasul tidak pernah dengar sebelum ini. Maka beliau memuji Allah SWT dan barulah dimulakan hisab! Masuklah yang ke neraka dan masuklah yang ke syurga dan Rasulullah masih lagi di situasi ini. Terus bersujud selama mana Allah kehendaki untuk beliau bersujud. Dan Allah SWT melihatnya dan berkata,

“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad, dan mintalah, kau akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan.”

Maka Rasulullah SAW berkata, 

“Umatku… Umatku…”

Ya Allah. Semua orang di hari kiamat kelak akan berkata “aku dengan hal aku, kamu dengan hal kamu”. Kecuali Muhammad SAW akan berkata “umatku… umatku…”

Maka berkatalah Allah SWT,

“Keluarkan dari neraka itu sesiapa di dalam hatinya terdapat seberat biji gandum dari iman.”

Maka berduyun-duyunlah manusia keluar dari neraka. Dan sekali lagi Nabi SAW kembali kepada Allah SWT dan bersujud dan panjangkan lagi sujudnya. Dan berkatalah Allah SWT,

“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad, mintalah, dan kau akan diberikan. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan.”

Maka berkatalah Rasulullah,

“Umatku…  Umatku… Ya Allah.”

Dan Allah berkata,

“Keluarlah dari neraka sesiapa di dalam hatinya seberat biji sawi dari iman."

Maka brduyun-duyunlah manusia keluar dari neraka dan sekali lagi Rasulullah kembali mengadap Allah SWT dan bersujud. Maka Berkatalah Allah SWT,  

“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad. Mintalah syafaat dan kau akan disyafaatkan”

Dan Nabi SAW berkata,

“Umatku… Umatku… Ya Allah.”

Dan berkatalah Allah SWT,

“Keluarkanlah dari neraka sesiapa yang di dalam hatinya seberat zarrah (atom) dari iman.” 

Inilah atom. Sekecil-kecil iman yang akan syafaatkan kita semua di hari kiamat nanti. Selepas itu dia (Muhammad) berkata dan inilah point yang terakhir dalam kisah ini dari Sahih Bukhari. Dan kembalilah lagi Nabi SAW kepada Allah SWT dan bersujud, dan sujud dipanjangkan lagi. Maka berkatalah Allah SWT, 

“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad. Mintalah syafaat dan kau akan disyafaatkan.”

Dan berkata Nabi SAW untuk kali yang keempat,

“Ya Allah. Izinkan aku keluarkan sesiapa yang pernah menyebut ‘Lailahaillah’ walaupun dia bukan dari umatku. Tapi telah Esakan engkau ya Allah. Walaupun tidak pernah menyebut ‘anna Muhammad Rasulullah’. Hanya Esakan engkau sahaja!”

Maka berkatalah Allah SWT,

“Demi kemuliaan-Ku, dan keagungan-Ku, dan kebesaran-Ku, akan Ku keluarkan darinya sesiapa yang menyebut ‘Lailahaillah’”

Muhammad SAW bukannya milik orang arab Mesir. Bukan milik orang Saudi. BUKAN juga milik orang-orang yang kuat beragama sahaja. Muhammad SAW universal. Menyeluruh. Dan di dalam hatinya belas kasihan, bukan hanya kepada Muslimin. Tetapi untuk seluruh alam. Kerana itulah Nabi SAW adalah sebaik-baik manusia. ‘Alaihi ssolatu wassalam…

Semoga dengan dosa-dosa kita, kekurangan yang ada pada diri kita ini, semoga Allah SWT tidak mengharamkan kita dari duduk dengannya Muhammad SAW. Dengan izin Allah SWT.

Saturday, August 13, 2011

:: Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan ::






   1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
       
   2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
       
   3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
       
   4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
       
   5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

   6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
       
   7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

p/s: semua yang disebut di atas telah dikeluarkan dan disahkan oleh Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

p/s/s: sepanjang bulan Ramadhan ni aku memang akan update dan berkongsi bahan islamik sahaja. semoga bermanfaat untuk semua. insyaAllah.

Friday, August 12, 2011

:: Cara kejutkan orang bangun sahur ::


Puasa sudah bermula, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling payah sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur. macam ni antara caranya:
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


Tapi kalau still tak ada effect:
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit
 
Tapi kalau still tak ada effect gak:
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
 

Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir:
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya.

Sumber asal : Majalah Gila-Gila


p/s: walaupun lain macam je, kadang-kadang boleh try gak teknik kat atas tu. ha ha ha.

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

:: ragam solat terawih berjemaah ::




bulan Ramadhan sinonim dengan solat Terawih betul? dan benda yang paling kerap aku tengok bila umat manusia kita di Malaysia bila bersolat terawih adalah :



saf yang renggang:


bila solat berjemaah, tak kisahla terawih ke solat Isyak ke, Subuh sekalipun dengan syarat berjemaah, saf kena rapat. rapat yang macam mana? biar siku kiri dan kanan kau dengan orang sebelah tu bersentuhan. kalau bahu dah rapat, takkan la kaki ada ruang lagi kot dengan orang kat tepi. sejadah kau nak pakai besau gedabak tak salah pon, yang salah bila kau tak reti nak 'menghimpit' orang sebelah kau untuk merapatkan saf. kadang-kadang kalau letak budak umur 12 tahun kat tengah tu memang muat. kalau setakat renggang sikit-sikit boleh tahan lagi la, ni memang obvious kot. 

satu lagi bila tiba-tiba orang sebelah kau keluar saf, boleh pulak kau buat tak nampak je dengan 'lubang' sebelah kau tu, tak taw la samada kau tak reti macam mana nak bergerak dalam solat, atau kau tak perasan yang orang sebelah kau dah takde? tak ke dah putus saf tu? tok imam pun berkali-kali pesan sebelum solat, RAPAT-RAPATKAN SAF, PENUHKAN SAF!! tapi?

maaflah kalau entry aku ni agak kasar sebutan-sebutan yang aku gunakan. tapi kalau setakat taknak orang lain pijak sejadah ko, lain kali ko tempah je sejadah yang muat-muat kaki ko je, lepas tu biar sejadah tu lekat kat kaki. senang kalau ko gerak-gerak nanti sekali dengan sejadah-sejadah pon gerak. sejadah bergerak ni takde la seaneh kisah sejadah berdiri untuk solat sendiri bagai tu. aku rasa karpet kat masjid pon dah cukup selesa dah. takkan nak sampai hidung ko tenggelam masa sujud tu baru nak khusyu?

masih aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu masa kami nak solat zohor berjemaah, ustaz aku pernah cakap...

"aii kamu ni budak-budak susah betul nak luruskan saf! bengkang bengkok... dulu zaman sahabat betulkan saf pakai pedang... toreh pedang di lantai kat belakang tumit sepanjang saf. kalau ada tumit yang tak sama akan kena pedang tu. kalau kamu semua ni tak boleh nak pakai pedang dah. kamu tahu pakai apa?!"

aku selamba badak menjampuk... 

"pakai pisau la ustaz. kami kan tecit lagi" sambil tersengih-sengih.

"salah! kalau kamu semua ni kena pakai senapang!"
=__=





budak kecik (tak baligh) dalam saf:

ada dua kes budak kecik dalam saf, satu yang betul-betul nak solat dan satu lagi yang duduk sebelah mak atau ayah sebab takde geng nak ajak main tototumbok masa solat terawih. macam nak solat tadi, budak kecik yang nak solat tu duduk dalam saf elok siap pakai telekong, tapi makcik atau pakcik kat sebelah tu tak rapatkan saf pon atas alasan budak tu budak kecik, sedangkan saf tu berada dihadapan sekali, tak pasal-pasal solat isyak ada lompong kat kawasan tu. setan bukan setakat menyelit dah masa tu. tapi siap bawak geng satu lori lapan belas tayar. 

tak salah pon kalo nak rapatkan saf dengan budak kecik tu masa solat tu, dah elok budak tu tengah solat kan? takkan nak tarik dan halau budak tu tanpa hati perut? tak batal pon solat ko weh. pastu siap solat kau bagitahulah yang budak-budak kalau boleh solat kat saf belakang sekali, bagitahu dan tegur elok-elok tanpa menyinggung hati mak budak tu. mungkin jugak mak budak tu letak dalam saf sesama ngan orang baligh sebab nak latih anak dia solat berjemaah kan?!! lagipun kalau budak tu boleh solat sampai habis, tak salah kan kalo dia nak berada bersama-sama dalam saf kita (yang dah baligh) ni. ye dak?

yang kes budak kecik duduk sebelah mak bapak sambil hisap botol susu takpon makan jajan memang aku rasa nak hempuk je mak bapak budak tu. dah taw anak itu takleh nak berpisah dari mak, apa salahnya kalau mak tu duduk saf paling tepi dan belakang sekali, kalau duduk kat saf tengah memang sahla makmum lain tak dapat nak rapatkan saf dan kalu mak tu duduk kat saf depan, masih ada makmum lain yang berada kat saf belakang yang tak berapa boleh nak kusyuk solat bila melihat gelagat anak-mak yang sedang hisap susu ke makan chokey-chokey ke, takpon tetiba anak-mak tu melalak volume patbelas canner?? tak ke mengganggu?

entry ni bukanlah aku nak cakap yang aku sempurna dalam solat berjemaah. tapi sekurang-kurangnya aku tahu. dan ilmu solat berjemaah ni takkan datang kalo tak dicari atau bertanya ataupun kita hanya solat berjemaah dalam waktu-waktu tertentu sahaja, macam solat berjemaah time solat terawih sahaja. jadi, ringan-ringankanlah kaki ke masjid, takpon ajaklah ahli keluarga anda bersolat jemaah sekerap yang mungkin sekaligus boleh dengar kuliah dari ustaz-ustaz yang duk mengajar lepas maghrib. mana la tahu ada hari dia nak ajar ko solat jenazah selain solat berjemaah.

wallahua'lam...




p/s: sekali lagi aku mintak maaf kalau aku ada terkasar bahasa atau mengguris hati sesiapa tanpa sedar.  bagi aku benda ni serius!
p/s/s:  Bagaimana umat Islam hendak bersatu hati bila hanya saf solat direnggangkan dan tidak lurus? Luruskan dan rapatkan saf kalian.

Monday, August 8, 2011

:: [gambar] Suasana Ramadhan 1432H/2011M di Seluruh Dunia ::

A Pakistani Muslim prepares food stuff for 'Iftar' a time to break their fast, on the first day of holy fasting month of Ramadan at a mosque August 2 in Karachi. Muslims across the world are observing the holy fasting month of Ramadan, where they refrain from eating, drinking and smoking from dawn to dusk. (Shakil Adil/Associated Press) #
Indian Muslims offer prayers prior to breaking their fast on the first day of the holy fasting month of Ramadan at Mecca Masjid in Hyderabad on August 2. (Noah Seelam/AFP/Getty Images) #


A Muslim man in Indonesia looks at the moon through a telescope on July 31, one day prior to the start of Ramadan [Aman Rochman/AFP]


A Malaysian boy reads from the Quran inside a mosque in Kuala Lampur [Mohd Rasfan/AFP]


A boy takes part in prayers at Strasbourg's new Grand Mosque [Vincent Kessler/Reuters]


A Palestinian boy dressed in a FC Barcelona jersey reads the Koran, Islam's holy book, in the Al-Furqan mosque in Gaza City August 2. (Hatem Moussa/Associated Press) #



A Somali refugee girl reads the holy Koran at the Liban integrated academy at the Ifo refugee camp in Dadaab, near the Kenya-Somalia border August 2. The United Nations estimates that more than 3.7 million people in Somalia, among them 800,000 children, are on the brink of starvation. The famine in the Horn of Africa is spreading and may soon engulf as many as six more regions of the lawless nation of Somalia, the U.N. humanitarian aid chief said on Monday. (Thomas Mukoya/Reuters) #


A defected Yemeni soldier who joined sides with anti-regime protesters reads the Koran as he sits on an armoured vehicle near the entrance to Taghyeer Square in Sanaa August 2. After six months of mass protests seeking to end president Ali Abdullah Saleh's 33-year rule, demonstrators vow to continue their sit-in at Taghyeer square through the Muslim fasting month of Ramadan until their demands are met. (Jumana El Heloueh/Reuters) #


Chinese Hui Muslim boys waits in front of food as they wait to break their fast on the first day of the Muslim holy month of Ramadan in Beijing, August 1. (Andy Wong/Assocaited Press) #


A Palestinian boy in Gaza City plays with fireworks to celebrate the beginning of Ramadan [Ali Ali/EPA]


A shop in Paris sells traditional North African sweets in preparation for Ramadan [Miguel Medina/AFP]


Anti-government protesters attend the Iftar meal in Sanaa, Yemen, on the first day of Ramadan [Yahya Arhab/EPA]


Pakistanis pray before their Iftar (fast breaking) at the Dervesh Mosque in Peshawar [A Majeed/AFP]


Tunisians buy bread on the first day of Ramadan at a market in the capital Tunis [Fethi Belaid/AFP]


p/s: internet korang perlu kencang gila lah sangat untuk melayan entry ini sepenuhnya.
p/s/s: boleh tengok lagi gambar-gambar ini di facebook ini.
p/s/s/s: credit gambar-gambar menarik ini kepada ILoveAllaah.com.