Saturday, June 18, 2011

:: semua orang pernah buat salah ::


assalamualaikum

alhamdulillah. dapat jugak gua buka page blogger untuk gua update blog. hari ni internet memang sengal. kesian kat gua bukan? tak dapat nak update blog. tak dapat nak kontek orang-orang penting di Malaysia. err. maksud gua family gua lah. gua bukannya apa. gua kalau sehari tak kontek family gua kat Malaysia gua jadi tak keruan. ha ha ha.

gua pon tak pasti kenapa tiba-tiba gua nak update tajuk ni. kalau ikutkan gua ni update blog bukannya ada perancangan pon. sekali gua bukak je dashboard ni terus je taip tajuk then update. maklumlah. blog cikai je pon. takde fans. buat fan page pon 10 orang je like. lagipon tu memang target gua. sepuloh orang like per minggu. kah kah kah. tak caye tengok sini.

yer. semua orang pernah buat salah. termasuk lah gua. tapi kat sini gua bukan nak cerita kesalahan-kesalahan yang pernah gua lakukan sepanjang hidup. kalau gua nak listkan memang tak habis lah gua taip malam ni. damn! banyak nye dosa gua. astaghfirullah. memang tak patut mana-mana manusia pon menceritakan kesalahan-kesalahan lampau yang pernah mereka lakukan. lagikan Allah pencipta sekalian manusia pun menutup aib hamba-hambanya. melampaulah kalau kita sendiri yang membuka aib diri sendiri. belum kira orang yang buka aib orang lain. na'uzubillah.

hah? buat salah dengan siapa? huh! persoalan yang bernas yang terbit dari benak gua dikala ini. selagi hidup atas muka bumi ni, siapa yang berada disekitar korang? yup. ofkos parents dan rakan-rakan. agak-agak kalau tiba-tiba korang MATI kejap lagi atau besok atau now! boleh lagi ke korang nak mintak maaf dengan orang-orang yang pernah kita buat salah ni? yer. sama juga dengan Allah. kalau buat dosa dengan Allah. boleh lagi ke nak minta ampun bila ketika mana tubuh badan sudah kaku.

gua pecahkan kepada dua. kesalahan dengan Allah dan kesalahan dengan manusia. "ya Allah. dosaku tinggi menggunung, tetapi keampunanMu seluas langit." faham dengan ayat gua tulis tu? ini bermakna sebanyak mana pon dosa manusia, luas lagi pintu pengampunan yang Allah buka kepada manusia. kita hanyalah manusia yang sentiasa lupa. leka. bernafsu. Allah yang mencipta kita sudah tentu lah Dia lebih mengetahui. di zaman nabi S.A.W. arab zaman jahiliah pernah membunuh lebih 100 orang, berzina dengan lebih 100 orang, pemabuk, menipu dalam perniagaan dan macam-macam lagi. tetapi mereka tetap diberi pengampunan Allah jika mereka memohon sebenar-benar pengampunan. jadi, selagi mana hampa semua termasuk gua ni masih bernafas, janganlah pernah lupa untuk mengambil peluang yang masih ada. wallahua'lam.

tapi ketahuilah. kesalahan dengan manusia bukan Allah yang ampunkan. contohnya kalau gua ada buat salah dengan Hanis Zalikha. kah kah kah. tiba-tiba pulak beliau jadi contoh. eh baru gua perasan gua kerap sebut nama beliau dalam blog gua. apakah? ha ha. kemon la. dia kan blogger femes. gua just nak bagi contoh. ok. contohlah gua ada buat salah dengan Hanis Zalikha. gua akan bersalah dengan beliau selagi mana gua tak mintak maaf dengan beliau atau beliau maafkan gua. ada faham ka? baiklah. contoh ke 2. gua pinjam pulak duit Hanis Zalikha buat beli ais kacang. erkk. Hanis Zalikha lagi. abaikan. so, kalaulah gua tak sempat nak bayar hutang dan mintak maaf atas kesalahan gua tu di dunia ni, gua akan mencari beliau di akhirat nanti untuk meminta halal dan kemaafan dari beliau walau terpaksa merangkak sekalipun. selagi tak jumpa selagi tu la takkan setle. korang ingat nak cari dalam Malaysia ke weh? bayangkan sendirilah seluruh manusia dikumpulkan dalam satu tempat dari zaman nabi Adam 'alaihissalam lagi di padang mahsyar nanti. kalau tak setle macam mana nak masuk syurga. jadi, janganlah sesekali mencuba untuk membuat kesalahan dengan manusia kalau rasa tak mampu nak setle kan kat atas dunia. wallahua'lam.

*dikesempatan ini gua nak mintak maaf dengan sapa-sapa pon yang kenal gua kalau gua ada terkasar bahasa atau ada buat salah dengan korang. sekian. (macam hari raya la pulak)

6 orang tengah bermadah:

vampire's lovex said...

ye ye selamat hari raya...jemput makan ketupat lemang semua..haha..

manusia kan,huuuu biasa la tu buat salah...tp ikut diri sendiri la nak ulang kesalahan tu atau pon nak insaf..te dak..

auny aizie said...

mana ada manusia sempurna.

semua punn mesti buat kesilapan bukan .. ?

chill chill abe . ahakss !

IMANSHAH said...

forgive n forget

BlueberrY CheesE said...

mcm ayat cite nora elena =p kekeke

maafkan saya jika ada buat salah juga ^^ saling maaf memaafi amalan mulia..

Anonymous said...

wooo...u taley tido smalam so u hpdet blog eh?haha..bagus2..satu pengisian yang 50% bagus ketika zmn exam nie =.=

segala kesalahan u ai da maafkan, so ai pon nk mintak hampun dan maaf ats kesalahan ai pada u .. 0-o voleh? haha

wa khairul onggon said...

Sedangkan nabi ampunkan umat.. kata P.Ramlee hehehe... :)