Soalan:
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi
gambar hiasan. ni kalau tak silap gua gambar tiga tahun lepas di Cairo.
saja buat gila berlakon kahwin. kalau mak bapak kami tengok
naya jugak ni gua agak. muka serius tak leh blah.
=__=
saja buat gila berlakon kahwin. kalau mak bapak kami tengok
naya jugak ni gua agak. muka serius tak leh blah.
=__=
PERTUNANGAN MENURUT SYARAK
Pertunangan di sisi syarak terbahagi kepada lima cara. Pertunangan boleh dikira jika berlaku salah satu dari cara berikut:
1- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
2- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
3- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
4- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
5- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
p/s: sumber perkongsian petikan dari iluvislam. untuk lebih lanjut klik sini.
p/s/s: video dari you tube adalah penerangan dari Ustaz Azhar Idrus.
p/s/s/s: semoga bermanfaat untuk semua.
p/s/s/s/s: tak payah intai gua dalam gambar hiasan tu. masa tu gua tengah snap gambar ni kot.
17 orang tengah bermadah:
saya belum melafazkn apa2 kepada mana2 perempuan
saya nak pinang awak..blh?!
ohhh.
kira nya aku dah bertunang la.
muda nya !! hoo
tu la pasal. lagi2x budak skang. sekolah tak habis dah cakap pasal bertunang.
kena make sure diorang ada pengetahuan pasal ni.
nice entry...terima kasih atas info nye :)
oh. macam tuh. ok, sebenarnya aku baru tau ^^
xnak tunang.
nk nikah terus !
hik
huii,menakutkn,.hehe,..im not ready yet,.hehe,.
tau pasal tunang bila perempuan dah menyatakan persetujuan tp xpnah pulak terpk yg ni..hu2..nice sharing..
gmb memg nmpk real la tp kalau ada pengantin pempuan time tu kompem lg nmpk real..=)
fhm2.tq
tp.. in case la kan, kalo bckap maen2- xde niat pn,
mcmane?
sy belum bertunang tapi nak bertunang la...tapi xdak caloon pulak..ahhah
konfius jugak info sblm neh...skrg dah faham la..;-)
saya jugak belum melafazkan apa2 kepada kaun wanita.. ehhh...
errrr... dh bertunang ke blomm ehh? konpius.. >.<
ehh tapi kan kami masa kt asrama dulu main belakon sunat2.. senget!
mudanya tok kadi.muahaha
nice post :)
tengs... sila share semua ya. :)
Post a Comment