Saturday, July 30, 2011

:: perbezaan suasana berpuasa di Malaysia dan Mesir ::

assalamualaikum.

alhamdulillah. Ramadhan semakin menghampiri kita. moga-moga Allah memberi kesempatan kepada aku untuk merasai Ramadhan pada kali ini di bumi ambiya'. aku agak ini mungkn kali terakhir aku akan berpuasa di bumi Ardhul Kinanah ini. bumi Mesir.

sekali lagi setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Pencipta yang maha agung. aku juga sangat-sangat berharap agar akan mendapat kemanisan bulan Ramadhan yang terbaik di sini pada kali ini. insyaAllah.

yer. puasa di Malaysia takkan pernah sesekali sama dengan berpuasa di sini. err. maksud aku suasana. kalau cara berpuasa semua sama je la. menahan lapar dan dahaga dan nafsu. aku akan cuba senaraikan perbezaan ketara yang aku nikmati sendiri dan yang aku amati dari jauh mengikut pengalaman aku sendiri di sini. 

berikut aku cuba senaraikan perbezaan suasana bulan Ramadhan di Malaysia dan Mesir yang mana menybabkan aku sangat ingin menikmati puasa di bumi anbiya' ini buat tahun terakhir aku di sini.



salah satu juadah berbuka di bazar Ramadhan.

suasana puasa di Malaysia
  1. macam biasa. bazar Ramadhan sana-sini. lauk pauk untuk juadah berbuka dibeli dengan penuh bernafsu.
  2. sambil tunggu nak pergi terawih, bunyi mercun berdentum sana-sini. tanda nak raya walaupun baru sehari puasa.
  3. pergi solat terawih dengan keluarga. alhamdulillah.
  4. ada masjid yang import imam yang best-best. ada masjid yang imam dia baca tiga kul sahaja untuk duapuloh rakaat.
  5. balik singgah makan 'colek kerang' atau 'colek buah-buahan'
  6. sampai rumah terus tidur.
  7. bangun sahur.
  8. siang hari panas. keluar rumah nampak budak-budak motor selamba hisap rokok. suasana di luar macam biasa. cuma kedai-kedai makan tutup. 
  9. petang ke bazar Ramadhan lagi. ayam percik, ikan bakar, gulai kawah, apam balik, dll.....
  10. time bukak posa minum air, nasik, dan lauk ikan. yang lain-lain membazir!


suasana solat terawih di luar masjid di Alexandria, Egypt.

suasana puasa di Mesir
  1. masak dengan kawan-kawan untuk juadah berbuka ataupun pergi bukak puasa di masjid-majid. kat sini maaflah sebab takdak bazar ramadhan.
  2. takdak masa nak rilek-rilek kat rumah untuk tunggu terawih sebab nak kena naik bas atau metro untuk jelajah ke masjid-masjid. bacaan imam-imam tak payah cakap lah memang best!
  3. kalau lambat sampai, solat atas jalan la nampak gaya nya.
  4. balik rumah takde 'colek' apa-apa untuk disantap. mengidam kerang weh!
  5. biasa sapa yang kena turn masak untuk sahur takkan tidur sebab subuh pukul 3 lebih je. masak sedap-sedap wey! ha ha.
  6. lepas sahur, solat subuh, tidurrrr! :D
  7. suasana diluar rumah sangat meriah dengan lampu-lampu, dan pelbagai hiasan disangkut oleh arab. kalau di Malaysia dah terbalik. raya lagi meriah dari puasa. kalau kat sini raya sunyi sepi. bolh nanges kot teringat keluarga di Malaysia. aku tak lah. :P
  8. macam biasa. orang yang kena turn masak kena masak sedap-sedap untuk juadah berbuka. sekali lagi aku habak kat sini takdak bazar ramadhan!
  9. kalau nak tengok suasana solat terawih di sini boleh tengok video yang aku sediakan kat bawah tu. tak rugi klik butang 'play' tu.



p/s: Allahumma ballighna ramadhan...
p/s/s: dah lama tak guna perkataan 'aku' dalam entry.
p/s/s/s: ya Allah. berikanlah kesempatan untuk hambaMu ini menikmati Ramadhan pada tahun ini.
p/s/s/s/s: untuk mak dan ayah aku, insyaAllah kalau panjang umur tahun depan abang puasa dan raya di Malaysia.

28 orang tengah bermadah:

Anonymous said...

meriah nye puasa kat sana time solat tu kan. penuh satu bandar tu..ni kt malaysia masjid pun payah nak penuh hurmmm

rafina mimi abdullah said...

wah..sangat berlainan sekali ye miyo..tapi rasanya miyo kena betulkan satu perkara la..suasana bulan puasa kat malaysia ni kadang2 ada je kedai yg bukak..kedai orang islam pun ada yg bukak..adoi..

tieykah said...

sangat meriah la weh

bila nak bawak aku berpuasa di sana?

T__T

♥ 미스 kiera ♥ said...

untg kamu dpt puasa kt sane. :)

KuNanGKuNanG said...

xpenah merasa puasa di negara org...mesti best kan.

puteri ain said...

seronokknya dpat jemaah rmi2 macam tu :)

syarifahsidrus said...

bertuahnya dapat rasa pengalaman puasa di tempat orang

hikari said...

yeke xnangis time raya tu? hehe

best la ada pengalaman berpuasa di negara org..manfaatkan kesempatan yg Allah beri ni..slmt menunaikan ibadah ramadhan! =)

ILA HonEyBuNNy said...

memang lain eh..nikmatilah puasa di sana sebelum balik sini yer..ehheh

salam ramadhan...bestnya ramdhan kaline..sbb berpuasa penuh dgn fmly..(jgn jeles)hehehe

cik bulan said...

posa ni nak serbu ayam percik ngan ayaq tebu weyh..hahahaha..:D..

motif:menjelesin dirimu..hahahaha

zEri sAfEerA said...

fuh,,, mahu tak bdiri bulu rome tngok vdeo nih. mmg x rugi la klik.

Solihin Zubir said...

pergh! kat sana kalau lmbt kna solat kt luar?

kalo kat sini, tak pernah penuh pun.. ish2.. mmg jauh beza..

Anonymous said...

nak kongsi pengalaman leh?kat mesir diorg sgt memuliakan ramadan dan org yg berpuasa.klu kita kat dlm bas masa dekat nak buka posa...org akan thn bas bg maknn tuk berbuka..takut tak sempat sampai rumah.terharu tau.pose kat sana konfem tak ssh hati klu bab makan...sepanjang jln ada meja tuk org berbuka.rindunya ramadhan kat mesir..byk lg kenangan ramadhan kat sana.

ewanthology said...

salam ramadhan bro...

Unknown said...

kita pon patotnye raikan pose ;ebih dr hari raye.. terbalik huhu..

salam ramadhan.=)

hanaahmad said...

alhamdulillah...sekurang-kurangnya berpeluang berpuasa di sana. selamat berpuasa bro!

belog|amiyo said...

@jiejah: alhamdulillah. mmg meriah. syukur sebab dapat puasa kt cni g thn ni.

@yer mmg sangat lain. hehe. adoi. yg tu x dapek nak nolong...haha

@tieykah: haha. ada rezeki ko dapat puasa kat Mekah terus.

@cik kierana: alhamdulillah...

@kunang-kunang: best la.. :)

belog|amiyo said...

@puteri ain: seronok :)

@syarifah: alhamdulillah

@hikari: haha. setakat ni tak nangis lg lah :P. selamat berpuasa gk :)

@ila: haha. ko saja nak jeleskan aku.

@cik bulan: haha. ni sorang lg nak jeleskan aku. kt cni air tebu lg bess!

@zeri: pengalaman tuu. tak rugi kn klik? :P

belog|amiyo said...

@SZ: haha. mmg tak dapat nak bezakan lah. huhu

@anony: owh. best pengalaman tu. mmg stail arab Mesir macam tu. best kan? alhamdulillah... :)

@delarocha: salam Ramadhan jjugak bro :)

@minah blur: memang terbalik. huhu. salam Ramadhan gk.

@hanaahmad: alhamdulillah. :) selamat berpuasa gk.

Afikah Aziz said...

kesian sbb subuh awal org yg kne masak xleh tido hehe..err cm best je puasa kt sana,siap solat terawih atas jalan lg klu lmbt smpai..kat mesia mula2 puasa je penuh masjid ng surau tp xdelah sampai atas jalan kot

belog|amiyo said...

haha. biasa orang yang kena turn masak untuk sahur mmg tak tidur dah.

Pyka Rahmat said...

gambar yang solat ramai ramai tu :O

Anonymous said...

wah.xpela, dpt pengalamn pose kt ngra org.. taun2 dpn byk lg utk dhbskn d msia. so, use ur time well :)

:: cikNuurul :: said...

rindu bumi anbiya',..sob sob sob,..

belog|amiyo said...

@puka: kenapa? kagum? hehe.

@baju kurung: yup. sebab tu la aku nak puasa dan raya kat sini tahun ni. hehe

@cik nurul: kalau rindu datang la balik. tak rugi.

Anonymous said...

Subhanallah...

kt msia knp tak mngamalkan mcm ni ek..
meriah masa puasa bukan meriah krn ibadah, tp lebih kpd pk nk tuka langsir, tema bju raya, pagi lagi da pk juadah bbuka, dgn oder kuih raya lagi...
mcm mane cara nk tukar pmikiran ni sume ek..

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

merase jua suasana yang lain...

Tea Dno said...

pehh lagi best. teringin nak berbuka puasa kat negeri orang. orang kat sini sume cam kebulur je time nak buka puasa. *orang yang bercakap ni pun sama je*