Tuesday, July 5, 2011

:: sakit kepala belah kanan ::


assalamualaikum.

aduuh. sakit kepala. gua tak tahu apa itu migraine. tapi gua pernah dengar kawan gua cakap kalau orang migraine tahap teruk, sakit diorang sampai tak boleh bangun. baring je sampai sakit tu hilang. takut weh. na'uzubillah. "ya Allah jauhkanlah aku dari segala penyakit".

yer. memang gua sakit kepala. semenjak dua menjak ni gua memang selalu sakit kepala. hampir setiap hari. gua pun tak pasti kenapa. gua harap kalau adalah doktor atau bakal doktor atau anak doktor yang ada baca blog gua ni amnya dan entry ini khususnya, tolonglah ringankan tangan bagi pandangan tentang sakit kepala gua ni.

ok. meh gu cerita serba sedikit ciri-ciri sakit kepala yang gua hadapi ni. pertama, sakit kepala ni menyerang secara tiba-tiba tak mengira waktu. time gua tidur tak kira siang ke malam pun dia serang sampaikan gua boleh terjaga dari tidur dan takkan dapat tidur dah selagi mana sakit ni tak hilang. kedua, yang ni memang gua paling pelik sebab sakit kepala gua ni menyerang kepala bahagian kanan je. dari mata, dahi, atas kepala, tengkuk, semua belah kanan je. ketiga, kadang-kadang kalau sampai tahap agak teruk sakit tu akan sampai ke tahap atas bahu dan pergi ke belakang jugak. tapi belakang bahagian atas je lah. dan semua ini pun belah kanan jugak!
keempat sakit ni boleh boleh berlarutan sehingga beberapa jam sahaja tapi kadang-kadang 15 minit pun boleh hilang. alhamdulillah.

so, macam tu lah sekadar gua nak kongsi apa yang gua hadapi sekarang. gua perasan pun sakit kepala ni datang sejak gua final exam ni. tapi kalau nak kata sebab tekanan takkan la belah kanan je kot. kenapa weh? jadi dah ada blog ni gua faedahkan lah dengan berkongsi benda ni mana lah tahu kot-kot ada dalam kalangan pembaca blog barai gua ni yang tahu tentang ini. ada sekali time gua tengah jawap exam final minggu lepas. sakit kepala ni datang tiba-tiba, dan gua tulis jawapan pun sambil tangan gua menggeletar. kesian bukan? ha ha. apa-apa pun itu ujian dari Allah. tapi kita boleh berikhtiar. gua ingat balik Malaysia nanti gua nak cek. insyaAllah.


ni gua ada terjumpa hamba Allah ni buat entry tentang sakit kepala jugak. Jenis Sakit Kepala:

1. Sakit Kepala Ketegangan
Biasanya sakit kepala ketegangan menyerang pada waktu pagi. Penyakit ini berpunca daripada pengecutan otot-otot kepala dan leher, lantas menyebabkan kedua-dua bahagian tersebut berasa berat. Pening kepala jenis ini sering dikaitkan dengan tekanan(stress), rasa risau yang menguasai diri dan terlalu banyak berfikir.

2. Migrain
Antara jenis sakit kepala yang berbahaya kerana pesakit akan mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya enaam jam, malah boleh berlarutan sehingga 24 jam. Migrain ada beberapa jenis, antaranya Migrain klasik - ia menyebabkan pesakit hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah. Pancaran petir, keadaan kepala yang seakan mencucuk-cucuk atau banyak berfikir antara punca migrain klasik.
Migrain biasanya kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki dan berlaku sewaktu mereka meningkat dewasa. Antara faktor utamanya ialah pengucupan reflektoris atau ketegangan pada pembuluh nadi ke otak. Mereka yang mempunyai masalah migrain akan mengalami sekurang-kurangnya sekali sebulan.

3. Sakit Kepala Tertumpu
Dikenali juga sebagai cluster headache, sakit kepala tertumpu yang biasanya dialami oleh lelaki pertengahan umur. Ia menyerang secara tiba-tiba (tanpa sebab yang pasti). Serangan memuncak selama 5 hingga 10 minit dan berlarutan selama 30 hingga 90 minit. Kepala penghidapnya akan berasa berat dan berdenyut-denyut pada bahagian belakang mata. Rongga hidung juga akan tersumbat lantas menyebabkan mata berair.

p/s: hari ni tak sakit kepala. alhamdulillah. :)
p/s/s: harap-harap tak sakit lagi untuk hari-hari seterusnya. he he.
p/s/s/s: kredit sumber 'Jenis Sakit Kepala'.

10 orang tengah bermadah:

tieykah said...

Sama la.Wa ngah sakit kepala ni.

Berdenyut2 ni

Anonymous said...

u sakit kepala lagi ek exm nie?hmm

Daddylicious said...

relax.....

Solihin Zubir said...

aku pun slalu jugak sakit kpala dlu.. dh mcm migrain rasanya..
tp skrg, jarang dah.. heheh..

Elie Lily said...

lately elie pun always sakit kepala!
banyak pikir kot? T__T

Ceiler Mun said...

saya pon sakit kepala gak.. sakit kepala dengan perangai budak2.. hehehe!!~


semoga awak baik2 hendaknya.. aminnnn :)




^^

~Kirin Selama Perak~ said...

rehat..
tidur yang cukup...
insyaALLAH ok.
:)

vampire's lovex said...

tdo tak cukup kot...

Afikah Aziz said...

err,saya pun ade migrain...sakit sampai nak muntah huhu..btl la cm miyo ckp tu

mama aini said...

better jumpa doktor..mama pernah sakit kepala spt ini..mula2 doktor kata migrain..akhirnya slps ujian mama disahkan minor stroke kat kepala..sbb tu mama selalu sakit kepala..semuga ia hanya migrain biasa..insyaallah..biarpun selepas MBO..mama masih kuat semangat..hu..hu..