Tuesday, July 12, 2011

:: Kisah Pramugari dan Ulama' ::


Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang itu terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhuk. tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu lalu menegurnya...

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama': (Dengan suara lembut dan rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua tiga kali sehari!

Ulama': (Dengan bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!


p/s: terjumpa kisah menarik ni kat sini. :)

19 orang tengah bermadah:

Afikah Aziz said...

pramugari tu sembahyang dua tiga kali sehari je kot hehe..mmg kaki ulama tu lg bersih la dr muka pramugari tu...kesiannn :p

Org Kapong said...

hahaha..amikkk ko..skalipon kaki ulamak tu ade 'sebayam', ia tetap lebih bersih dari muka ko..

wahida said...

hahaha!! padan muka pramugari tu..terkena!!

Unknown said...

angkuhnyer pramugari 2~

Unknown said...

angkuhnyer pramugari 2~

Anonymous said...

uztaz crictical thingking

Sunah Sakura said...

hurmmm... bila Islam bukan diambil sebagai gaya hidup..

nurdani said...

hahaha. sentap hati dia

James Alexander said...

nice...

Liyana Zahim said...

Pramugari kuanjo~

ILA HonEyBuNNy said...

haha...

maloo la pramugari tu...muka ja cantik..ahhha

Pyka Rahmat said...

ambik kau setepek melekat.

Unknown said...

sedap la story nieh! pdn muke pramugari tu haha.

tempah header? mak oi... saye tak berani hahaha

bukanfarah said...

moral: jangan angkuh. nak makan diri. sentap2x.

Alif Haris said...

hambeekk kau .. kaki aku lagi bersih drpd muka pramugari tu !! hahaha

ghost said...

terlalu sinis jawapan ulama tuh..kalau pramugari tuh tak faham gak pasti dia tak pernah berwudhuk..

dah lama baca kisah lawak nih,.

vampire's lovex said...

hahaha hambekkk,kena setempekkkk...

:: cikNuurul :: said...

pernh bce kisah ni,.ehhe,..pdn muke kau pramugari,

Shaharul said...

Saya dah berkerja selama 17 tahun dalam kapalterbang, dah mcm2 kerenah dungu dah bahalol saya jumpa. Persoalan saya ialah bila mengunakan perkataan "ulama" disini. Dari pemahaman saya, "Ulama" tu kurang kefahaman ke tentang cara2 mengambil wuduk? Secara asasnya, tertib wuduk ialah meratakan air dianggota badan. Fasiliti didalam kapalterbang tidak mengizinkan kita mengambil wuduk seperti disurau, rumah dan sebagainya. Tetapi tidak pernah menjadi masalah untuk mengambil wuduk namun janganlah sampai menyusahkan orang lain. Selama ini 2 perkara penting yang anak2 kapal dilarang menegur penumpang atas isu sentitif iaitu AGAMA dan POLITIK. Pencerahan yang cuba ditimbulkan ini cuma memburuk-burukkan "Ulama" jua. Menunjukkan seolah-olah "Ulama" kurang pandai, tidak bertimbangrasa dan tidak peka dengan masalah orang lain dan juga tertib berwuduk. Saya faham tujuan post ini tetapi saya rasa kurang sesuai dengan contoh watak tersebut. Kadang2 kita dalam cuba untuk menunjuk kealiman kita, kita juga tidak lari dari kesilapan. Dan utk pengetahuan semua, saya juga mengambik wuduk didalam kapalterbang dan saya dapati lebih mudah mengunakan cawan kertas dan curahkan ke sink utk meratakan air ke kaki. Dan sebagaimana saya maklumkan ini kapal terbang bukan masjid. Islam ini mudah. Alasan nak buat tu jer susah.
Saya nak kongsi satu lagi pengalaman saya. Bulan ramadan, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Penumpang berpuasa dari KUL dan bersahur mengikut waktu Malaysia, berkeras untuk berbuka mengikut waktu Malaysia iaitu pukul 7.30 malam tetapi bersamaan 3.30pm waktu Jeddah (Terang-benderang diluar kapal). Katanya, "Ulama Internet" mengizinkan dia berbuka mengikut masa Malaysia. Saya sebagai anak2 kapal yang dipandang rendah didikan agama ini tak mau pertikaikanlah isu2 agama ni. Maka sesudahnya beliau berbuka, saya jemputlah dia ke ruang solat di pintu dua utk solat magrib..... Jawapannya, mana boleh tak masuk waktu lagi... Harap tuan punya blog boleh bagi pencerahan sikit kat sini.