Monday, July 11, 2011

:: sejarah berulang? 'Malaysia 2-0 Arsenal' ::



bolehkah sejarah ini berulang? siapa tahu tentang sejarah bolasepak kita pada era 70-an, maka dia memang tahu lah akan sejarah ini. macam pelik je ayat gua. yer. era Mokhtar Dahari atau digelar juga dengan Super Mokh adalah satu era bolasepak yang maju untuk negara pada ketika itu. walaupun negara takde lah maju sangat pun pada waktu tersebut. gaji pun takde lah mahal macam player sekarang. tapi pada waktu itu pasukan bolasepak tanah air memang sangat digeruni.

kalau korang rajin pergi lah search dekat you tube tentang okumentari Super Mokh ni. gua ada full video. tapi takkan lah nak upload semua dalam ni kot. dalam dokumentari Super Mokh tu ada highlight perlawanan yang mana pasukan bolasepak Malaysia yang diketuai Super Mokh telah berjaya mengalahkan pasukan Arsenal ketika penjelajahan Asia mereka.

ko tak bangga? gua bangga weh. ofkos la gua tak lahir lagi masa tu. tahun 1975 beb. kalau gua lahir masa tu takde la gua duk blogger ni. gua tengah main dengan cucu gua kot. dan Super Mokh memang wira kita pada perlawanan itu apabila beliau menjaringkan 2 gol seterusnya menjadi gol kemenangan negara. Malaysia 2-0 Arsenal.



persoalannya bolehkah sejarah ini berulang? gua rasa semua peminat bolasepak sudah sedia maklum kot tentang perlawanan persahabatan antara pasukan negara kita akan menentang Arsenal dalam Asian Tour mereka tak lama lagi.

"Bulan Julai dianggap bulan terbaik bagi seluruh peminat bola sepak tanah air kerana bakal menyaksikan pasukan Arsenal beraksi di Malaysia pada 13 Julai ini."

kata-kata itu gua petik dari blog ini semasa gua tengah mencari-cari tarikh perlawanan ini akan diadakan. maka terjawablah sudah persoalan yang berlegar dalam kepala gua ni kan. apa pun gua taknak melalut panjang lagi. gua harap pasukan Harimau Malaya akan bermain dengan penuh bersungguh-sungguh menentang Arsenal 13 Julai nanti. sekian.



p/s: untuk naikkan semangat pasukan negara, sila tengok video bersejarah ini "Malaysia 2-0 Arsenal"
p/s/s: gua bukan lah fans Arsenal. gua fans Harimau Malaya. :D
p/s/s/s: gua dapat tahu dari sini pasukan Arsenal sudah tiba pun di Malaysia.

18 orang tengah bermadah:

Anonymous said...

x sgka malaysia dulu kuat kan.

belog|amiyo said...

memanglah sebab dulu diorang banyak makan akar kayu kot. haha...

Jie(",)v said...

insyaAllah menang la kalo ada rezeki.. kalo takdak nk wat canner, at least mokhtar boleh berbga sbb tade sape boleh chalege dia..boleh camtu?hahaha..

belog|amiyo said...

mokhtar dah tak boleh bangga dah sebab beliau sudah arwah pada tahun 1991 kalau tak silap gua. lu salah baca sejarah ni. =__=
hahaha

Anonymous said...

bleh menang ke kite?? wahhh ayat keji giler aduhhhhhhh

ewanthology said...

saya tunggu chelsea :-)

belog|amiyo said...

@jiejah: haha. memang keji ayat ko. boleh menang, kalau amik fabregas main dengan kite. haha

@delarocha: saya pulak tunggu Barca :)

Hafizin Jamil said...

balik cepat yo..nk tngok asenal lawe nih.

Alif Haris said...

alaa fabregas tak datag .. mls r tgk . hahaha

cik mas said...

semangat bola ko ni amiyo :P
udah2 le tu.. hahaha...

Ujang9897 said...

malaysia lwn arsenal B dulu tu..=)



argh..!! tension tak dpt g stadium..=(

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

go harimau malaya! i lap u!

vampire's lovex said...

aku ingat cter dongeng je tu..org dulu2 memang power..super power !!

tp skrg byk main game online je,so aku rasa x power dah kot hahaha

apa2 pon smoga malaysia 5-0arsenal..pehhhhh

Wanie said...

kalau diorg hebat boleh je nak menang lagi..:)

semutsengal said...

aku taktau apa-apa tau..


tapi aku harap SABAH menang !


AHHAHAHAHAHAHA

Afikah Aziz said...

ade rezeki insyaallah menang,klu xde melepas la jwb nye muehehe,ape pun arwah mokhtar dahari mmg best :)

Isteri Encek Bard said...

huhuhuhuhuh hebaq....

belog|amiyo said...

Mokhtar Dahari memang hebaq! :D